CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Kien Keat Dan Boon Heong Mahu Layak Ke Olimpik

15-4-2015 11:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2766| Komen: 0

Description: Bekas Beregu Utama Negara, Tan Boon Heong Dan Koo Kien Keat Enggan Ranking Dunia Menjadi Tekanan Selepas Membuat Keputusan Keluar Daripada Persatuan Badminton Malaysia (Bam) Dan Bergerak Sebagai Profe ...
Kien Keat Dan Boon Heong Mahu Layak Ke Olimpik


Bekas beregu utama negara, Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat enggan ranking dunia menjadi tekanan selepas membuat keputusan keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bergerak sebagai profesional.
Kien Keat berkata beliau tidak mahu sasaran tersebut mengganggu perjalanan karier mereka untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil tahun hadapan.

"Saya sudah terkeluar daripada BAM. Saya tidak mahu perkara seperti ini mengganggu saya. Sudah tentu kami menetapkan sasaran untuk berada dalam kelompok 10 terbaik dunia...ini satu tekanan bagi kami berdua.

"Kami cuma mahu menikmati permainan ini dan sasaran akhir ialah mesti layak ke Sukan Olimpik. Jadi kami tidak tetapkan mesti jadi 10 terbaik dalam masa enam bulan," kata Kien Keat kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan dengan Seri Mutiara Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Pasangan Kien Keat dan Boon Heong menerima penajaan berjumlah RM2 juta untuk tempoh dua tahun.

Tajaan itu meliputi perbelanjaan jurulatih, Lee Wan Wah dan Chew Choon Eng serta mengambil bahagian dalam kejohanan.

Kien Keat berkata mereka perlu bermula dari bawah dan percaya dengan pemilihan kedua-dua jurulatih itu, mereka mampu mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Kami yakin dengan jurulatih kami dan saya berharap pihak BAM memberi peluang kepada kami untuk mengadakan latihan bersama dengan pemain di bawah naungan BAM," kata Kien Keat.

Boon Heong berkata walaupun usia semakin meningkat namun beliau masih mempunyai kemahuan untuk bersaing di peringkat tertinggi dan menjadi juara.

"Sebagai pemain profesional, kami harus lebih berdisiplin dan berdikari. Menguruskan segala hal sendiri tanpa bantuan BAM, seperti sebelum ini," kata Boon Heong.

sumber:www.stadiumastro.com

1

Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
10

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.208799 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top