CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Chong Wei Enggan Terlalu Yakin

15-4-2015 11:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3649| Komen: 0

Description: Andaian Chong Wei Sekadar Dikenakan Hukuman Ringan Timbul Selepas Ahli Panel Yang Dilantik Persekutuan Badminton Dunia (Bwf) Berpuas Hati Dengan Hujah Pembelaan Dikemukakan Peguam Belanya Mike Morgan ...
Chong Wei Enggan Terlalu Yakin



Datuk Lee Chong Wei enggan terlalu yakin hanya dikenakan hukuman ringan, sebaliknya mengambil sikap tunggu dan lihat untuk sebarang keputusan berhubung skandal dopingnya.
Susulan gagal ujian doping, Chong Wei berdepan penggantungan maksimum dua tahun sekaligus bakal menamatkan kariernya. Namun jika berjaya membuktikan sebaliknya, hanya hukuman ringan akan dikenakan.

Andaian Chong Wei sekadar dikenakan hukuman ringan timbul selepas ahli panel yang dilantik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berpuas hati dengan hujah pembelaan dikemukakan peguam belanya Mike Morgan ketika sesi pendengaran di Amsterdam, Sabtu lalu.

Ketika ditanya mengenai andaian itu, bekas pemain nombor satu dunia ini enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu proses siasatan.

Chong Wei selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dari Amsterdam, Belanda, awal pagi Isnin.

Dia ditemani Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh bersama seorang anggota majlis BAM Jadadish Chandra.

Perseorangan negara itu akui tekanan yang dialami selama ini kian reda walaupun nasibnya hanya akan diketahui dalam tempoh tiga minggu.

Chong Wei digantung sementara oleh BWF sejak 11 November tahun lalu selepas didapati menggunakan bahan terlarang jenis dexamethasone ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos tahun lalu.


sumber:www.stadiumastro.com

9

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.041204 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top