CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Yana Samsudin Tanggung Suami Ke?

13-4-2015 10:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14253| Komen: 26

Description: Berkesempatan Bertemu Tuan Punya Badan Pada Majlis Pelancaran Program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, Yana Samsudin Ketika Di Aju Pertanyaan Tersebut Masih Mampu Tersenyum Dan Ketawa.
Yana Samsudin Tanggung Suami Ke???


DUA bulan mendirikan rumah tangga bukan bererti pelakon popular ini terlepas daripada terus menjadi perhatian peminat seni tempatan.

Walaupun rumah tangga yang dibina tampak bahagia, tetapi timbul pula khabar angin kurang enak mengenai perkahwinannya mereka.

Kerana kekerapan si suami menemani si isteri di majlis dan program-program tertentu telah menimbulkan ura-ura yang mengatakan si suami menumpang rezeki isteri sepanjang usia perkahwinan mereka.

Berkesempatan bertemu tuan punya badan pada majlis pelancaran program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, Yana Samsudin ketika di aju pertanyaan tersebut masih mampu tersenyum dan ketawa.

Tidak mudah melenting dengan khabar angin sedemikian, ujar pelakon Wawa Semput itu, dia tidak tahu mengapa gosip sedemikian ditujukan kepadanya.

"Mungkin kerana dia sering menemani saya, mereka melihat dia seperti tidak bekerja dan ada kerjaya.

"Lagipun dia seorang yang 'low profile' dan tidak suka menunjuk apa yang dilakukannya," kata Yana mengenai suaminya Fadzil Zahari.

Jelas Yana, khabar angin mengatakan dia yang menanggung suami adalah tidak benar sama sekali.

"Semua orang hanya kenal dia sebagai adik kepada Farid Kamil, yang lain orang tidak tahu.

"Sedangkan suami saya mempunyai syarikat pengiklanan dan agensi bakatnya sendiri.

"Malah dia juga kini dalam proses menerbitkan sebuah cerekarama terbaharu di bawah syarikatnya itu untuk siaran di TV3 yang berjudul Kapal Kertas," jelasnya Fadzil adalah pemilik kepada Prokuya Studio Sdn. Bhd.

Pada masa sama, Prokuya Studio turut menguruskan beberapa selebriti terkenal tempatan seperti Diana Danielle.

Kata empunya nama Norliana Samsudin ini, bagaimanapun, bukan sepanjang masa Fadzil menemaninya.

"Adakala, jika dia perlu menguruskan Diana, dia tidak akan bersama saya. Dia juga punya urusan sendiri, tetapi bila ada kelapangan dia akan mengikut saya," katanya turut bernaung di bawah syarikat suaminya itu. SH

6

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
2

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 12-4-2015 03:33 PM
ooo die mengkuruskan DD
Quote HOTCILI 12-4-2015 03:53 PM
Syarikat anak beranak kekdahnye. Tp ok la tu. Dari mengharap tawaran berlakon semata.
Quote tagas 12-4-2015 03:55 PM
Huntong lar dpt bini pndai coverline laki..
Quote doubleA 12-4-2015 04:01 PM
oh dia la yg uruskan dd jadi model mag segala tu
Quote lonely_surina 12-4-2015 04:11 PM
doubleA replied at 12-4-2015 04:01 PM
oh dia la yg uruskan dd jadi model mag segala tu

Sian si fk yg kena lahar..
Tah2 dia pun xtahu bini n adik p shoot gmbr mag camtu..
Quote olaoliolu 12-4-2015 04:15 PM
aritu dia ada brlakon cerita yg ade dd n fizo omar tu. ok je. dah nama boss kan, bukan koje 9-5 pon.
Quote stania83 12-4-2015 05:08 PM
buat drama pon susah skrg woooo. tv ade kroni masing masing.
Quote lantanao8 12-4-2015 05:12 PM
kapal kertas???? buat la tajuk lain doh..........macam ciplak perahu kertas ajer........malu la
Quote hzln 12-4-2015 05:16 PM
lantak dia lah dia nak tanggung laki dia pun
sayang katanya
bukan dia mintak beras rumah korang pun
Quote slipar_jepon 12-4-2015 05:58 PM
tah ada job lain, mana tau..mak pak pun kaya kan. pe de hal la
Quote torreto 12-4-2015 07:44 PM
ayah mertua dia kan orang kaya kedah. x payah kerja pun suami dia makan x habis
Quote de_ikea 12-4-2015 08:34 PM
Klo dah smua pkat tak kerja kikis ayahnye, toke balak pon bangkrap uols


Parid kerja apa skrg eh? Jrg tgok movie dia dahhh
Quote tomet05 12-4-2015 09:18 PM
aoa isunya .. lantak dia la kan
Quote generalsoap 12-4-2015 09:40 PM
Bapak dia medium class je la bukan jutawan
Quote KucingBiru 12-4-2015 11:04 PM
hzln replied at 12-4-2015 05:16 PM
lantak dia lah dia nak tanggung laki dia pun
sayang katanya
bukan dia mintak beras rumah korang pu ...



kan...? kalau yana ni dok ketuk pintu rumah orang minta beras nak kasik makan laki dia lain la.
Quote spenderterselit 12-4-2015 11:07 PM
Klo betol pon tk kan nak cakap
Quote hzln 13-4-2015 12:57 AM
si meran ada troll psl ni
sporting juga laki yana tu melayan meran bengong tuh
                 
Quote beta_carotene 13-4-2015 02:00 AM
dah takde cerita sangat kan WPH hauk neh

minggu depan kot2 keluar cerita Suami Minat Sambal Sotong Air Tangan Yana
Quote bioessence 13-4-2015 06:44 AM
There is something about yana
Apa yg berubah nya
Very jelita the melayu

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.065416 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top