Zara Zya jawab isu 'pinggir peminat' PELAKON Love You Mr Arrogant ini mengakui tidak terkesan dengan isu pembubaran kelab peminatnya, Love Zara Zya baru-baru ini. Menurut Zara Zya, dia berasa terkejut apabila mendapat tahu mengenai perkara itu walhal dia baru sahaja berjumpa ahli kelabnya itu. Walaupun peminatnya mempersoalkan mengenai perkara tersebut, namun dia tidak mahu memikirkan perkara itu atas alasan peminatnya tahu apa yang berlaku sebenarnya. Malah, jelas Zara Zya, isu tersebut sekadar hendak memanaskan namanya dan imejnya yang bersih daripada sebarang kontroversi selama ini. “Pada awalnya memang peminat saya agak bising. Tiba-tiba sahaja boleh timbul cerita berkenaan. “Pembubaran kelab tersebut tidak berlaku. Saya hanya menukar nama memandangkan pengurusan kelab tersebut kini diuruskan saya sendiri dan bukan lagi pihak yang lama,” ujarnya kelab berkenaan kini dikenali dengan nama Zara Zya Lovers. Mengulas lanjut, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini memberitahu, dia membuat keputusan untuk menguruskan sendiri kelab tersebut atas sebab-sebab tertentu. “Sebenarnya pihak pengurusan lama sudah tidak boleh memberikan komitmen untuk mengendalikan kelab berkenaan. “Mereka juga punya kerja dan hal sendiri untuk diuruskan. Jadi, saya fikir jika mereka tidak mampu meneruskannya, takkan saya hendak berdiam diri. “Lagipun, apabila saya menguruskannya sendiri, ia memudahkan saya untuk berurusan dengan peminat,” katanya. Akuinya, dia juga lebih selesa apabila segala program dan hal yang melibatkan duit kelab berkenaan diselia olehnya. “Duit tersebut bukanlah duit pendaftaran kerana untuk jadi ahli adalah percuma. Cuma duit yang digunakan untuk membuat program dan perkara berkaitan kelab sahaja. “Dengan cara ini saya tahu ke mana duit tersebut pergi dan untuk tujuan apa ia digunakan,” kata pelakon berusia 30 tahun itu. Komunikasi di We Chat Dalam pada itu, untuk memudahkan komunikasinya bersama peminat, Zara Zya juga telah membuat sebuah grup di aplikasi We Chat untuk mereka. “Walaupun bukan setiap hari berkesempatan bersembang dengan mereka, tetapi bila ada masa saya tetap akan ‘join’. “Sedikit sebanyak apabila saya menguruskan kelab ini sendiri, mereka akan lebih kenal dan dekat dengan saya,” katanya mempunyai 300 ahli termasuk di Malaysia dan di Singapura. Zara Zya turut berharap penjelasan yang dibuat dapat memulihkan isu yang timbul. “Memang ramai yang tidak tahu mengenai penukaran nama tersebut. Apa pun, saya harap semuanya sudah jelas kini,” jawabnya. Berkongsi perkembangan terbarunya, Zara Zya, bakal muncul dengan sebuah telemovie terbaharu April ini yang berjudul Isteriku Bukan Tukang Masak di Astro Prima bersama Ajak Shiro. Selain itu, dia juga bakal menjalani penggambaran bagi drama bersiri sempena Ramadan untuk slot Samarinda TV3. Tidak hanya memfokuskan kepada karier lakonan, pelakon sedang meningkat naik ini juga sedang sibuk memberikan perhatian kepada produk kecantikan miliknya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
|
lucky_peace replied at 13-4-2015 08:14 AM
Trend tajuk drama dan beralih dari suamiku ke isteriku pula.....
Innrukia replied at 13-4-2015 07:55 AM
elokla bubarkan pun.... ajk or ahli fc ni org yg sama jer duk ligan retis....
asal akasia baru up, ...
jingga007 replied at 13-4-2015 09:29 AM
Iyeke uols??
Innrukia replied at 13-4-2015 10:50 AM
hangpa lebih tau
Lalang fc kan...
ADVERTISEMENT