Jalan Puncak Alam - Di Pawagam 7 Mei 2015
“Satu malam yang hening, aku berseorang di satu jalan yang penuh misteri, gelap, kosong, sepi sekitar 2.30 pagi dan aku hanya ditemani lagu di radio. Sedang asyik berkhayal, tiba-tiba bulu roma aku meremang dan jantung berdegup laju kerana seperti ada sesuatu melintas, melayang laju seperti kelibat putih yang terus hilang dari pandangan…” Mesti ada antara korang yang pernah lalu Jalan Puncak Alam atau tau sesuatu tentang jalan ni kan? Pernah tak korang dengar kisah seram tentang jalan ni? Lagi-lagi korang yang mendiami di sekitar kawasan tersebut yang terpaksa lalu memandangkan hanya ada satu jalan je untuk menuju ke tempat pengajian korang? MiG Online bukan nak menakutkan korang, tapi apa ada sebenarnya dengan Jalan Puncak Alam? Hari ni MiG Online ada nak share antara pengalaman mereka yang pernah lalu di Jalan Puncak Alam. Seram dan meremang bulu roma lah jugak bila MiG Online baca antara pengalaman mereka yang pernah lalu “Jalan” tu kan? Mangkin Prestij akan muncul dengan filem terbaru “JALAN PUNCAK ALAM” tak lama lagi. Kalau korang nak tau Jalan yang MiG Online ceritakan ni, pastikan korang tunggu kemunculan filem yang bakal buat korang takkan berani lagi lalu jalan tu berseorang lepas ni. Nantikan “JALAN PUNCAK ALAM”! Pelakon : Azwan Kombos, Epy Kodiang, Shahfiez, Niezam Zaidi Sumber : MIG
|
kentel replied at 30-3-2015 11:52 AM
takde exact date ker??
MissNigga replied at 30-3-2015 07:12 PM
pernah lalu jalan ni sekitar thn 2005, sekitar jam 230 pagi gitu ... antar kawan pegi puncak perdana ...
taji2906 replied at 31-3-2015 08:51 AM
antu takut kat ang missnigga.... hahaha
MissNigga replied at 30-3-2015 07:12 PM
pernah lalu jalan ni sekitar thn 2005, sekitar jam 230 pagi gitu ... antar kawan pegi puncak perdana ...
prizadane replied at 12-4-2015 10:32 AM
haha.. aku dulu student puncak perdana 1st batch 2004.zaman tu jalan tu senyap sepi. macam-macam c ...
ADVERTISEMENT