CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M Tidak Setuju Najib Beri Br1m

10-4-2015 09:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8778| Komen: 62

Tun M Tidak Setuju Najib Beri Br1m

Dr Mahathir Mohamed. - Foto Bernama                                                                     

SHAH ALAM - ‎[DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menurut Najib perkara ‎itu dinyatakan kepadanya dalam pertemuan antara dua pemimpin itu yang diadakan di rumah Dr Mahathir sendiri.

"Saya sendiri pergi ke rumah beliau untuk bertemu dengannya," katanya.

‎Dalam pertemuan itu, Najib turut mendedahkan, terdapat beberapa perkara yang dilakukannya tidak dipersetujui oleh Dr Mahathir.

"‎Ada satu, dua perkara beliau tak setuju saya buat. Antaranya BR1M. Beliau juga meminta saya buat jambatan bengkok di Tambak Johor," katanya yang menganggap perbincangan itu satu perbincangan sihat antara dua pemimpin.

Bagaimanapun, tegas Najib, sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan parti (BN), beliau perlu bertanggungjawab kepada rakyat serta parti," katanya ketika mengulas kritikan pedas Dr Mahathir, baru-baru ini dalam satu wawancara khas yang disiarkan TV3, malam ini.

‎Tambah Najib, pemberian BR1M kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan bukan satu 'handout'.

Sebaliknya, Najib menjelaskan, ia adalah satu bentuk jaringan keselamatan sosial untuk golongan itu.

Beliau berkata pemberian BR1M yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Dasar Fiskal itu dapat memberi timbal balas kepada golongan berpendapatan rendah berikutan pengurangan dan pemansuhan subsidi.

Menurutnya banyak negara juga mempunyai sistem jaringan keselamatan sosial dalam pelbagai kaedah bagi membela nasib rakyat mereka.

Najib berkata, beliau tetap menghormati bekas Perdana Menteri itu sama seperti menghormati rakyat Malaysia yang lain.

"‎Saya terbuka kepada mana-mana pihak termasuk rakyat yang hendak mengkritik pentadbiran saya. Cuma saya berharap, kritikan yang dikemukakan mestilah berhemah dan bertanggungjawab.

"Setiap kritikan yang diterima, saya teliti, namun, sebagai Perdana Menteri dan presiden parti, saya perlu bertanggungjawab kepada rakyat dan parti," tegas beliau.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-tidak-setuju-najib-beri-br1m-1.378130


14

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote puterikhaleeda 10-4-2015 07:56 AM
sat=ya pun tak setuju
Quote Teh_90 10-4-2015 08:04 AM
saya pun....tp klu nak bg utk org oku atau warga emas sebab xada pendapatan...sy setuju...ni mat gian pun dpt juga...
Quote kentel 10-4-2015 08:04 AM
sependapat dgn Tun...
Quote primemova 10-4-2015 08:07 AM
Saya pun x setuju... pengecualian dari membayar cukai oleh golongan berpendapatan rendah sudah cukop ... Bygkan golongan yg pendapatan rm4200... Dh la kena byr cukai, brim pun x dpt... Kalau dikira apa yg net income mereka (tolak byr cukai) lebih rendah dari golongan yg dpt brim dan tak perlu byr cukai
Quote sgbuloh 10-4-2015 08:40 AM
tak setuju sb dia tak layak dapat?
Quote d'zeck 10-4-2015 08:45 AM
tidak setuju bukan bermakna menentang
habis2 an

kaedah pengagihan mungkin boleh ditambah baik
termasuk dalam bentuk saham amanah,

di sebalik pemberian tunai

apapun, jika Tun ada pandangan
tersendiri,

DS Najib juga begitu,
dan BR1M adalah langkah
jangka pendek dalam
mewujudkan keseimbangan antara golongan
berpendapatan tinggi yang
menumpang subsidi, dan golongan
yang sememangnya perlukan subsidi
Quote akik 10-4-2015 08:48 AM
aku pun tak setuju sebab kawan aku dapat dia pegi beli handphone.sepatutnya br1m ni diberi pada yg betul2 tak mampu,oku,warga tua.dan maybe patut diberi dalam bentuk voucher instead of cash.
Quote gaara_X 10-4-2015 08:52 AM
Kesan BR1M mmg dahsyat......mereke yang berada di pertengahan akan terasa...dah ler cukai kena bayo...BR1M tak dapat..apo citer.....gaji pun cukup makan je.....

then...kalau nak ditarik BR1M plak.....korang rasa tak terbalik Malaysia nie jadinya....nak dikurang tak leh....
Quote tightcherry 10-4-2015 08:53 AM
Org miskin sure tak setuju dgn tun m.. Brim ni utk IBU tunggal miskin, oku n warga Emas uzur dah la
Quote pearl.silver 10-4-2015 08:57 AM
aku pun x sokong brim...

kawan aku gaji 8k pun boleh amik brim..
nyampah je aku tgk. gaji dah banyak amik brim lagi.
Quote NurussalamAziz 10-4-2015 09:10 AM
Saya sokong statement Tun M. BR1M hanya membuat rakyat tidak maju ke hadapan.

"give a man a fish and you feed him for a day; teach a man to fish and you feed him for a lifetime".
Quote sam_survivor 10-4-2015 09:14 AM
Teh_90 replied at 10-4-2015 08:04 AM
saya pun....tp klu nak bg utk org oku atau warga emas sebab xada pendapatan...sy setuju...ni mat gia ...

Tuh la. Patut khusus pada warga emas, OKU shj. Ni yg bujang pun dapat, yg sihat walafiat pun dapat. Pi la cari kerja sungguh2, berniaga ka apa ka kalau dah tak berkelayakan nak makan gaji...

Quote liton 10-4-2015 09:16 AM
Sape x setuju bermakna dia dengki sbb x layak dpt BR1M termasuk Mahathir..
Quote epis 10-4-2015 09:22 AM
saya pon tak setuju....
Quote WawaRaRa 10-4-2015 09:23 AM
saya pon tak stuju!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! membebankan negara jer brim tu.... last2 rakyat yg x dpt brim ni kena bayar GST.... sangat2 x adil....
Quote gula_tebu 10-4-2015 09:32 AM
mansuhkan je brim tu. salurkan peruntukan brim tu ke oku, warga emas, asnaf, anak yatim, fakir miskin.
Quote BlueEagle 10-4-2015 09:35 AM
saya setuju dengan tun....sebab bantuan ni tersasar...yg dpt bantuan ni terdiri dari org2 yang tak bekerja yg sihat tubuh badan, yg penagih dadah, yg kerja sendiri tapi masuk bulan2 ribu2 tapi tak de register ngan LHDN, kalau warga emas pun ada yg dapat  duk ngan anak yg kaya rayo...

yang tak dapat bantuan ni pun bukan nyer kaya sangat takat cukup2 makan...lain la kalau gaji bulan2 RM10 ribu ke atas..

golongan brim tak dapat, bayo gst dan income tax...terbaekkkk....
Quote d'zeck 10-4-2015 09:36 AM
WawaRaRa replied at 10-4-2015 09:23 AM
saya pon tak stuju!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! membebankan negara jer brim tu.... last2 rakyat yg x dpt br ...

yang dapat BR1M pun kena
bayar GST
Quote WawaRaRa 10-4-2015 09:39 AM
d'zeck posted on 10-4-2015 09:36 AM
yang dapat BR1M pun kena
bayar GST

mmg la... skurang2 nyer diorg dpt brim...

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061024 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top