CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilikan Hartanah Bumiputera Masih Ketinggalan?

7-4-2015 10:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5602| Komen: 32

Pemilikan Hartanah Bumiputera Masih Ketinggalan Berbanding Bukan Bumiputra




KUALA LUMPUR 6 April - Pemilikan hartanah bumiputera masih ketinggalan berbanding bukan bumiputera pada tahun lalu dengan nisbah transaksi pembelian sebanyak 39.5 peratus, manakala bukan bumiputera ialah 53.4 peratus dan baki 7.1 peratus ialah daripada syarikat.

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia menunjukkan rekod transaksi hartanah kediaman bagi bumiputera pada tahun lalu adalah sebanyak 97,722 unit manakala bukan bumiputera sebanyak 132,091 unit.

Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) JPPH, Khuzaimah Abdullah berkata, pihaknya mendapati berlaku peningkatan transaksi pembelian hartanah bumiputera dalam tempoh lima tahun lalu, tetapi peningkatan tersebut masih tidak dapat menyaingi pembelian daripada bukan bumiputera.

Katanya, peningkatan transaksi hartanah dalam kalangan bumiputera hanya satu peratus setiap tahun sejak lima tahun lalu yang menunjukkan satu peningkatan yang sederhana berbanding dengan peningkatan populasi Malaysia sekitar 2.3 peratus setahun.

“Sepatutnya, peningkatan transaksi pembelian hartanah bumiputera yang sihat adalah sekitar dua peratus hingga tiga peratus setahun.

“Transaksi pembelian 97,722 unit bumiputera berbanding 132,091 unit bukan bumiputera menunjukkan ketidakseimbangan dari segi populasi negara ini yang 60 peratus dihuni oleh bumiputera.

“Nisbah transaksi 50:50 boleh dicapai tetapi mengambil sedikit masa,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Ditanya mengapa Bumiputera mencatatkan kurang transaksi pembelian hartanah berbanding bukan bumiputera, Khuzaimah berkata, hal ini mungkin disebabkan oleh tujuan pembelian hartanah oleh bumiputera adalah untuk didiami manakala bukan bumiputera adalah untuk tujuan pelaburan.

Katanya, bumiputera mungkin tidak mempunyai minda perniagaan dalam hartanah berbanding bukan bumiputera.

“Dari segi statistik, bumiputera mungkin masih lagi banyak dalam pemilikan hartanah menerusi harta pusaka yang diwarisi oleh nenek moyang dan belum dipindahkan nama yang mana data itu boleh diperoleh di pejabat-pejabat tanah seluruh negara,” katanya.


21

Bagus
15

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 7-4-2015 02:56 AM
Dari segi bilangan saja bumi kalah.Dari segi nilai keseluruhan kaum apa pula yg kalah ?
Quote Acong 7-4-2015 03:38 AM
BotakChinPeng replied at 7-4-2015 02:56 AM
Dari segi bilangan saja bumi kalah.Dari segi nilai keseluruhan kaum apa pula yg kalah ?

china tongkang terpaksa bunuh diri kat tongsan sbb sudah kerja 30 tahun tak mampu miliki rumah......

dan terima kasih pd BN, org tua aku dpt tanah free kat kampung  
Quote Knowlee 7-4-2015 05:36 AM
Ye ke kurang? Apesal everytime ada pameran, lot bumi semua sold out?
Quote JokesCop 7-4-2015 06:18 AM
Knowlee replied at 7-4-2015 05:36 AM
Ye ke kurang? Apesal everytime ada pameran, lot bumi semua sold out?

Kene main la ape lagi. Sume sold out awal2, buat laporan banyak rumah bumi xjual. Developer apply isi quota non-bumi.

Lulus. Benefit.
Quote Acong 7-4-2015 06:29 AM
JokesCop replied at 7-4-2015 06:18 AM
Kene main la ape lagi. Sume sold out awal2, buat laporan banyak rumah bumi xjual. Developer apply  ...

kakitangan kerajaan tu bodoh kaa?
Quote bluehedgehog 7-4-2015 08:04 AM
bodoh la sgt melayu asyik diperkudakan melayu sendiri (golongan atasan ameno)
Quote primemova 7-4-2015 08:12 AM
Knowlee replied at 7-4-2015 05:36 AM
Ye ke kurang? Apesal everytime ada pameran, lot bumi semua sold out?

Lot wajib jual kpd bumi sikit je % nya... Katakan 20%... Lagi 80% up for grab antara cina melayu dan india, tp mostly cina la yg grab....
Quote eco_internet 7-4-2015 08:29 AM
melayu ramai duduk kat flat PPRT... itu juga satu kebanggaan...
Quote kecimpret 7-4-2015 08:33 AM
salahkan diri sendiri jer..ramai je aku tgk yg sewa umah kecik tapi keta mahal2..bila ditanya nape x beli umah kata nak retired kat kampung..mentaliti jumud sebijik cam macai




kalo gomen kasi diskaun 25% pun tp dah mentaliti camtu mmg x kemana laaaa
Quote bluehedgehog 7-4-2015 08:39 AM
pergi la pprt tgo, rumah lbih mahal ke keta lagi mahal
astro pun byk
Quote bluehedgehog 7-4-2015 08:40 AM
pergi la pprt tgo, rumah lbih mahal ke keta lagi mahal
astro pun byk
Quote aks_berhad 7-4-2015 09:01 AM
kecimpret replied at 7-4-2015 08:33 AM
salahkan diri sendiri jer..ramai je aku tgk yg sewa umah kecik tapi keta mahal2..bila ditanya nape x ...

aku setuju dengna ko....ddk flet pprt yg rega 70K, tp keta rega 100K. camana tu? kete impot penting ooo....lambang status kaedahnya.
Quote BotakChinPeng 7-4-2015 09:17 AM
Edited by BotakChinPeng at 7-4-2015 09:23 AM
eco_internet replied at 7-4-2015 08:29 AM
melayu ramai duduk kat flat PPRT... itu juga satu kebanggaan...

jiran flat pprt engkau paling ramai bukan melayu lu lagi mau pokpek ngokngek
Quote BotakChinPeng 7-4-2015 09:21 AM
Beli apartmen murah buat pelaburan ni kaum tak tau berniaga saja suka buat. Padan la tak maju. Di KL mereka jaguh merempat
Quote Knowlee 7-4-2015 09:28 AM
primemova replied at 7-4-2015 08:12 AM
Lot wajib jual kpd bumi sikit je % nya... Katakan 20%... Lagi 80% up for grab antara cina melayu d ...

Ooo... Ai nak beli rumah tp confuse.
Quote Knowlee 7-4-2015 09:29 AM
JokesCop replied at 7-4-2015 06:18 AM
Kene main la ape lagi. Sume sold out awal2, buat laporan banyak rumah bumi xjual. Developer apply  ...

Tahi kan mereka ini.
Quote lurve82 7-4-2015 09:37 AM
bumiputra lebih suka beli kete mewah, melancong dan membazir...sbb tu xde duit nk beli rumah..mungkin mgharap harta pusaka family...makanya selesa menyewa sahaja...
Quote BotakChinPeng 7-4-2015 09:39 AM
Pembeli dari negara lain dikira sebagai bukan bumi gak.
Kalo dikira berasingan bukan saja hartanah yg dibeli kaum bukan bumi lebih sedikit dari bumiputera.Malah harga purata seunit  juga jauh lebih rendah. Wakakakaka
Quote freebird 7-4-2015 09:41 AM
eco_internet replied at 7-4-2015 08:29 AM
melayu ramai duduk kat flat PPRT... itu juga satu kebanggaan...

kalau tak pun, flet pprt tu memang kepunyaan melayu tapi sewa kat indon...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.163489 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top