CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahathir : 'Hudud Pas Tidak Islamik'

6-4-2015 10:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8226| Komen: 78

Mahathir : 'Hudud PAS Tidak Islamik


KUALA LUMPUR 4 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Hukum Hudud yang dicanang PAS selama ini tidaklah Islamik dan bermotifkan politik semata-mata.

Beliau berkata, matlamat PAS menggunakan hukum tersebut bukanlah demi menegakkan Islam sebaliknya sebagai alat meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

"Hudud yang dicadangkan PAS bukan hudud Islamik, tetapi hudud PAS kerana ianya (bersifat) tidak adil.

"Apa niat PAS? Ia bukannya kerana Islam tetapi kerana hendak memenangi pilihan raya," katanya pada sidang media selepas menghadiri sebuah forum di Cyberjaya pada Sabtu.

Beliau menegaskan, hukum yang dibawa PAS tidak memberi keadilan kepada masyarakat di negara ini malah memberi persepsi negatif terhadap agama Islalm itu sendiri.


Katanya, apabila PAS mendakwa Hudud hanya melibatkan seorang Islam dan bukan Islam, kedua-duanya tidak menerima hukuman yang sama adil.

"Apabila seorang Islam dan bukan Islam dihukum kerana mencuri, seorang dipotong tangan tetapi seorang lagi hanya dipenjara dua bulan... adilkah itu?

"Ia satu undang-undang yang tidak adil... dan jika ianya tidak adil, ia bukan Islamik," tegasnya.

Beliau turut menjelaskan, hukuman rejam sampai mati yang terkandung dalam 'hudud PAS' itu tidak disebut di dalam Al-Quran.

Tambahnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Kelantan yang menyokong enakmen tersebut semasa ia dibentangkan juga tidak tahu yang mereka sokong sebenarnya.

"Hudud PAS itu salah dan tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk," ujarnya.


25

Bagus
17

Marah
24

Terkejut
24

Sedih
19

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (137 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amirgo 5-4-2015 10:38 AM
yg lebih islamik adalah benarkan anak berniaga arak
Quote cikilala 5-4-2015 10:44 AM
Hudud versi mahadey camne pulak...
Quote pendeta 5-4-2015 10:46 AM
TuN m memang dari dulu anti hudud..tiada yang mengejutkan bila beliau berkata begini
Quote DTECCONAN 5-4-2015 11:06 AM
hudud tak adil kpd semua tetapi bab arak, judi tak apa pula
Quote dodolgemok 5-4-2015 11:14 AM
Macai aritu acah2 kata nak sokong hudud,alih2 kata hudud pas pulak.bijan pon xbagi pendirian tentang hudud lagi.aku dah cakap dah dulu bn ni sekadar nak retakkan hubungan pr je.bila dap dah keluar pr,mulalah bn berdolak dalih kata hudud pas la tak ikut perlembagaan la.pas dap dah termakan umpan bn,bn tepuj tangan gembira
Quote lawakkampus 5-4-2015 11:16 AM
Edited by lawakkampus at 7-4-2015 01:32 AM

....................
Quote peYno 5-4-2015 11:18 AM
pastu macai2 umno bersorak

kami dgn hudud sebenarnya no hal

cuma hudud pas je tak leh
jom join kami tinggalkan dapauuh bersatu la melayu ku   macai
Quote Maideen. 5-4-2015 02:40 PM
Ada ker kena adil baru boleh dikatakan Islamik? Prrrrrrrrrrrrrrrpffffftght
Quote PEPPERMAN 5-4-2015 03:35 PM
Mahathir memang dah lama mengecam hudud PAS.
Apa yang saya nak highlightkan adalah, meskipun sekian lama, dia mengecam dalam nada berhemah - sesuatu yang perlu dipelajari oleh Nazri Aziz dan pompuan dalam video aritu.
Quote BotakChinPeng 5-4-2015 03:51 PM
Org pas bacul datang bulan semua mana  berani tegakkan hudud ?  Kerana takutkan tuan kafir masing masing mereka sanggup murtad serta engkar kepada Allah subhanahuwataala
Quote jetrofa 5-4-2015 03:57 PM
Peserta2 forum ka ni

amboi kelas hakak sorang tu.....a rose among the thorns giteww

Quote sgbuloh 5-4-2015 04:06 PM
TDM ada bakat jadi mufti negara. pandai bagi fatwa
Quote axl_bach 5-4-2015 04:26 PM
peYno replied at 5-4-2015 11:18 AM
pastu macai2 umno bersorak

kami dgn hudud sebenarnya no hal

macai laaa dol, mmg laa akal mudah baca.......

kengkonon hentam sbb HUDUD tu HUDUD PAS......dok ulang isu HUDUD PAS KASI LIWAT ISTERI, HUDUD PAS ZALIM TERHADAP MANGSA ROGOL....padahal isu tu dah berkurun dijelaskan tp yg tu gak laa nak dijaja




o.t......pe cer tred poll ko chaprhut??mesti sakit ati kan nak tembak ummah lain sekali Poll menunjukkan UMMAH lain yg terundi.....wakakakakakakak

Quote Maideen. 5-4-2015 04:51 PM
Kahkahkahkah

Apa lah nak jadi dengan Mahathir nih? Ada ka dia kata kalau tak adil itu bukan Islamik......kahkahkah

Patutnya dia belajar lah dulu dengan ahlul hudud.....
Quote truly 5-4-2015 05:01 PM
Maideen. replied at 5-4-2015 04:51 PM
Kahkahkahkah

Apa lah nak jadi dengan Mahathir nih? Ada ka dia kata kalau tak adil itu buk ...

Islam is a religion designed for men, and for the fortunates anyway. Fairness is never in the agenda.
I think ppl should stop talking about fairness and Islam in one sentence.




Quote ajinomotonosuga 5-4-2015 05:03 PM
lawakkampus replied at 5-4-2015 11:16 AM
Kenapa Brunei boleh laksanakan hudud?sedangkan undang2 Brunei banyak diambil dari Undang2 Malaysia?  ...

dalam quran dah kata agama itu telah sempurna, telah di sempurnakan, TIADA SATU PUN DI TINGGALKAN

so tangmana dakwaan ko apa yang tadak dalam quran di tafsirkan oleh hadis

kalo hadis dok tafsir mende ALREADY ada dalam quran..tu baru sensible

kalo quran kata kalo berzina sebat lelaki dan perempuan tu 100 kali..pasai pa ko tambah, kalo perempuan tu dah nikah or lelaki dah nikah maka di rejam

kenapa dok tambah dan melampau cam tuh? setau aku hukum rejam tu depa amik dari bible dan kita tau bible cedok dari yahudi gak so hukum rejam tu dari yahudi

tepat sekali tuhan dan nabi kata kita orang islam akan ikut yahudi dan nasrani ..nabi tambah kebenaran quran tu dengan hadis dia dok kata walo masuk ke lobang cacing

macam tu baru tepat maksud hadis tafsir quran cam ko mention

quran cite yahudi dan nasrani takkan senang ati selagi kamu orang islam tak ikut depa, kendian hadis nabi tafsir sokong ayat ini dengan kata sampai ke lobang bewak kalo depa masuk pun korang akan ikut..ni baru btul

pasal hudud brunei tu bleh ko cerahkan 1 hal aku terbaca pasal klausa dok kata undang2 itu inapplicable pada tuanku sultan..lebih kureng gitu ler

tapi kalo ikut hadis nabi , nabi kata kalo fatimah mencuri pun aku potong tangan dia..tu anak nabi tu

so macam mana tuanku sultan buleh exceptional dalam hudud brunei? itu yang aku faham..maybe aku silapppp dan ko bleh tolong btuikan
Quote Maideen. 5-4-2015 05:07 PM
truly replied at 5-4-2015 05:01 PM
Islam is a religion designed for men, and for the fortunates anyway. Fairness is never in the agen ...

Mahathir doesn't know Islam it seems. No wonder he once said that the real Islamlic Fundamentalist are those who love peace and do good and are fair in their dealings with others.
Sepatutnya dia belajar daripada "ahli" Islam dulu.......




Quote ajinomotonosuga 5-4-2015 05:15 PM
truly replied at 5-4-2015 05:01 PM
Islam is a religion designed for men, and for the fortunates anyway. Fairness is never in the agen ...

no laa..islam is not a religion laaa

religion is man made

religion is unnatural..bukan mende semulajadi, ianya di cipta oleh manusia

dalam hidup ni yang kuat menguasai yang lemah

untuk kerja itu yang kuat akan cipta baaaaaaaaaanyak ALAT macam mana nak make sure yang lemah stay lemah, terpenjara dalam kelemahan depa

supaya yang kuat terus menguasai, tidak di ganggu

itu ler antara sejarah how religion is made

oang yahudi depa buang apa nabi musa a.s sampaikan dan depa guna apa depa tambah tokok dengan tangan depa.. esp the pharisee

kemudian oang kristian pun ikut jejak cam tu..macam2 versi bible

kemudian tak eran orang islam pun ikut jejak cam tuh..sebab quran di janjikan ALlah akan di peliharaNYA so depa came up with so calleed hadiths haaaaa

tapi basically semua berjalan tetap sama..yakni yang kuat mesti menguasai yang lemah

islam ni sejak nabi adam a.s lagi, sejak dalam alam roh lagi..kendian lahir ke dunia manusia itu akan cari sapa cipta dia..dan dia takkan aman selagi dia tak dapat islam

so kat sini we see apa ekonomist kata THE DEMAND side

loh kalok ada demand musti ada supply..disitu ada duittttt haa..btui dak?  see around u..btui dak aku cakap?

in obat islam, ada 30 juzuk quran sudah di bacakan, ini air sirap islam ada surah qul sudah di bacakan, ente minum jin semua lari haaaaa..murah je 20 inggit sebotoi..nak mahai skit tu haa air zam zam al kazammmmm..mekah mari...qari saudi dok baca ayat quran lagi haaa...mahai la skit import ko..aaaa 50 inggit sebotoii.. tak btui ka aku cakap?

sakit kalo pi darul sifar tuh..depa kata syifa tapi aku kata sifar..kosong

ni adaaa mambanggg dok jaga diaaa nii..tak adaaaaaa jin buster lain buleh lawan di kolompo niii..sayaa jek boleh haaa...puhhhhhhhh !!!

tu pasal dah jadi doktor pun pangey tukang karut ni dok mai pagaq sepital tu..kata ada makhluk haluihhhh kaco depa memalam haa..apa jenis minda tuh?
Quote truly 5-4-2015 05:16 PM
Maideen. replied at 5-4-2015 05:07 PM
Mahathir doesn't know Islam it seems.  No wonder he once said that the real Islamlic Fundamental ...

Im assuming "ahli" tu ada di serambi Mokah hehe.

A married friend of mine was talking about sex outside marriage as dosa besar recently.

So I asked him, god gives me desire but I'm not allowed to have sex, if I did, I will be stoned to death. But you can have sex, daily if you like and its okay because you are married?

He said yes if you want to have sex, go get married. I kata what if I havent found anyone suitable enough to marry, then I should just remain celibate lest I'd b stoned to death?

Then dia kata pulak Tuhan tu maha pengampun. Nak ampun apa, to me I didnt do anything wrong.

Why doesnt God just give desire to married people then? Dont even talk about 'a test from god' what kind of screwed test is that?

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.081541 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top