CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya 4 Jam Dari Padang Besar Ke Kl Kalau Naik ETS

3-4-2015 11:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13398| Komen: 62

Hanya 4 Jam Dari Padang Besar Ke Kl Kalau Naik ETS


ALOR SETAR – Sukar dibayangkan apabila perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) dari Padang Besar, Perlis ke Kuala Lumpur bakal memakan masa hanya empat jam 15 minit berbanding kira-kira 12 jam menerusi perkhidmatan lokomotif diesel.

Perkara ini dinyatakan Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Ir Nawawi Ahmad kepada Bernama yang turut memberitahu perkhidmatan ETS bakal bermula September ini menggunakan landasan berkembar selaju 160 kilometer sejam.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Langkawi berkata secara rasmi ETS akan bermula September ini, namun diharap ia dapat beroperasi sebulan lebih awal iaitu pada Ogos.

“Sah ia akan bermula secara rasmi September ini. Kami kini sedang melakukan pelbagai ujian,” katanya.

Nawawi menjelaskan bagi laluan Padang Besar-Kuala Lumpur, ETS akan berhenti di lima buah stesen utama.

Difahamkan stesen berkenaan ialah Arau, Alor Setar, Bukit Mertajam, Ipoh sehingga berakhir di KL Sentral.

Beliau berkata KTMB akan menjalankan ujian laluan selama sebulan Jun ini.

Perkhidmatan Padang Besar-Kuala Lumpur pada mulanya akan menggunakan empat set tren daripada 10 set yang dibeli daripada sebuah syarikat China, CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co, katanya.

KTMB dijangka menerima lima set tahun ini manakala selebihnya tahun depan, tambahnya.

“Dengan empat set itu, kita berkemungkinan akan mengadakan perkhidmatan sebanyak empat kali sehari iaitu pada sebelah pagi, tengah hari, petang dan malam,” jelasnya.

Nawawi berkata KTMB masih menjalankan kajian mengenai jadual perkhidmatan ETS selain turut mengambil kira faktor penawaran dan permintaan daripada pengguna.

“Jadual perkhidmatan ETS Padang Besar-Kuala Lumpur serta harga tiket akan ditentukan kemudian,” katanya.

Projek landasan berkembar elektrik Ipoh-Padang Besar bermula pada 2008 dan bernilai kira-kira RM13 bilion. Ia juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan kargo.

Laluannya bakal dipanjangkan sehingga Johor Baharu. – BERNAMA

18

Bagus
6

Marah
14

Terkejut
1

Sedih
9

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 3-4-2015 07:37 AM
Ooh ni la kut mak aku bitau lalu 2 hari lps...wat testing kut...dia berenti sat ja kt stesen tu...looking 4wd to this ...
Quote haryatie 3-4-2015 07:53 AM
waaa...cam best jerk..
senang la nk balik Ipoh atau trus melencong ke utara..
Quote gaara_X 3-4-2015 08:05 AM
untong ler....tak laku ler bas kek sano nanti.....
Quote MissMamamia75 3-4-2015 08:30 AM
yey...xsabor nak pi holiday ke Perlis skali lagi..byk masa blh jimat ni...

terbayang2 sawah nan menghijau di tepi rumah adik ipar ku..
sambil memancing ikan keli....


Quote manehnya 3-4-2015 08:35 AM
Arau, Alor Setar, Bukit Mertajam, Ipoh sehingga berakhir di KL Sentral.


bm? butterworth?
Quote lavender_aqua 3-4-2015 08:37 AM
turun bm senang balik kulim

takyah harap kat bas je

nak tunggu airport lambat lagi
Quote harimau76 3-4-2015 08:41 AM
kena la consider utk berenti kat bandar2 besar cam SP jugak.... excited nak tunggu launching nak bawak anak2 balik kampung naik train..
Quote jofizo 3-4-2015 08:45 AM
semua tu x penting.... yg penting nak tau harga tiket berapa....
Quote nononcrux 3-4-2015 08:58 AM
gaara_X replied at 3-4-2015 08:05 AM
untong ler....tak laku ler bas kek sano nanti.....

KALAU TIDAK KEBAS BONTOT MAU 6JAM NAK SAMPAI KE KEDAH NAIK BUS. . DARI KL
Quote blackred99 3-4-2015 09:01 AM
tak sabar nak tau. suka gi perlis.
Quote gambus 3-4-2015 09:05 AM
TAMBANG?
KALO RM200..XPELA BAIK NEK BAS..KEBAS MONTOT PUN XPE..
Quote kluangman 3-4-2015 09:11 AM
Harap Pak Lah tak dijemput untuk merasmikan projek ni.
Kalau tak dulu kosnya hanyalah RM6 Billion drp JB-Padang Besar.
Bila dibatalkan dan dibuat semula kosnya RM13 Billion Gemas-Padang Besar sahaja.

Lagi satu fakta, keretapi KTM ini merupakan yang terlaju di duniawi ini yang menggunakan landasan sempit.
Quote ninja boy 3-4-2015 09:11 AM
pekena laksa pasembur mee udang pulut mangga
Quote crossfire 3-4-2015 09:14 AM
harimau76 replied at 3-4-2015 08:41 AM
kena la consider utk berenti kat bandar2 besar cam SP jugak.... excited nak tunggu launching nak baw ...

boleh mancing sepat dari ketapi, ada pekej.....
Quote kluangman 3-4-2015 09:16 AM

ETS rasanya taknak singgah Butterworth sebab akan buang masa.
Harapannya Komuter utara akan serve sector ini Sungai Petani-BM-Butterworth, Parit Buntar
Quote epis 3-4-2015 09:35 AM
haryatie replied at 3-4-2015 07:53 AM
waaa...cam best jerk..
senang la nk balik Ipoh atau trus melencong ke utara..

ETS ke ipoh dah lama ade la awak~~~
Quote epis 3-4-2015 09:35 AM
kluangman replied at 3-4-2015 09:11 AM
Harap Pak Lah tak dijemput untuk merasmikan projek ni.
Kalau tak dulu kosnya hanyalah RM6 Billion d ...

kan, landasannya sempit betul, huhu...
Quote brownstone 3-4-2015 09:50 AM
Boleh pegi Penang for weekend holiday
Quote kluangman 3-4-2015 09:55 AM
epis replied at 3-4-2015 09:35 AM
kan, landasannya sempit betul, huhu...

Banyak negara tak guna jadi susah nak dapat bekalan atau nak service keretapi.

Aku heran KTM ni. Patut dah boleh migrate ke standard gauge terus.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.081767 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top