Juliana Evans Jaga Tatatusila? Status sebagai artis daripada anak kacukan kadang-kala membuatkan ada yang berpandangan tuan punya badan tidak mendalam jiwa ketimurannya. Sementelah ada artis sejenis mereka yang begitu berani tampil moden sehingga menimbulkan kontroversi seperti bergambar seksi. Namun Juliana Evans lain daripada itu dan masih kuat jiwa Timurnya.
JULIANA EVANS“Sebagai orang Malaysia dan Islam, saya tahu batas-batas yang perlu dijaga. Saya perlu menjaga sensitiviti dan budaya sebagai wanita Asia,” kata Juliana kepada Hits, Utusan Malaysia.
Malah semasa berada di Amerika Syarikat ketika menyambung pengajian, dia bersama ajen talent Boby Ball untuk urusan kerjaya seni di sana. Perkara itu juga ditekankan kepada pihak pengurusan. “Saya letakkan syarat agar agensi itu tidak memberikan tawaran semi yang memerlukan saya bercium atau melakonkan adegan intim, Mereka faham dan akur dengan syarat saya. “Mereka faham saya perlu menjaga nama baik keluarga di sini walaupun semua tahu industri seni di sana sangat terbuka,” katanya lagi. Dia juga akan kembali semula ke sana sekiranya ada tawaran kerja seperti yang dirancangkan. Sementara itu dia menerukan karier di Malaysia. Apatah lagi kehadirannya kembali mendapat respons positif dan dia diterima oleh peminat serta industri. Dia juga terpalit gosip bila persahabatan dengan SonaOne dianggap menjalin cinta. “Saya sudah lama mengenali SonaOne, waktu itu kami berjumpa dalam satu sesi uji bakat semasa zaman remaja dulu dan kami hanya berkawan biasa sahaja,” jelasnya lagi. http://www.manggaonline.com.my/jue-evans-jaga-susila-timur/
|
9
Bagus |
11
Marah |
6
Terkejut |
6
Sedih |
11
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kiyudi replied at 2-4-2015 03:53 PM
muka dh nmpk kertu la dik...bape umur dia ya??
kiyudi replied at 2-4-2015 03:53 PM
muka dh nmpk kertu la dik...bape umur dia ya??
piao replied at 2-4-2015 04:16 PM
kalau tak silap 28
ADVERTISEMENT