CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Wak Doyok Dah Ada Awek?

1-4-2015 04:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26803| Komen: 89

Wak Doyok Dah Ada Awek?

Sesiapa di luar sana yang bercita-cita ingin mengorat Wak Doyok, silalah lupakan hasrat suci murni anda itu. Lelaki kacak berjambang ini kini dalam proses mengenali seseorang. Identiti wanita bertuah itu tidak didedahkan oleh Wak Doyok, namun mereka telah pun berkenalan sejak setahun yang lalu. Tak sabar rasanya nak melihat wajah si gadis yang berjaya mencuri hati Wak Doyok. Mesti sama bergaya macam Wak Doyok.


Apa pun Wak Doyok turut menafikan dirinya seorang playboy. Tohmahan itu dilemparkan selepas ikon fesyen tempatan ini dilihat sering bergambar terlebih mesra dengan seorang model wanita ‘mat salleh’ di laman sosialnya. Kata Wak Doyok:-


Saya bukan ‘playboy’ dan tidak pernah menggunakan populariti yang dikecapi sebagai jalan mudah mendekati mana-mana wanita. Setakat ini tak adalah orang gelar saya playboy mahupun saya guna kesempatan untuk jadi playboy. Mungkin faktor usia saya pun memang dah tak sesuai digelar playboy.

Tapi masa zaman remaja dulu adalah ramai kawan-kawan perempuan sehingga sampai satu tahap saya dilabel ‘player’ oleh rakan lelaki lain, tapi perkara itu sampai setakat itu saja. Sekarang ini sedang dalam proses mengenali hati budinya (teman istimewa)… wanita ini saya kenalinya sejak setahun lalu, apa-apa pun saya belum bersedia mendedahkan siapa wanita berkenaan.


Abang Nara tertarik mendengar cerita Wak Doyok tentang dirinya yang berkecimpung dalam dunia fesyen sejak tahun 2010 lagi. Fuh!!! Banyak juga pancaroba yang harus ditempuhinya. Cemuhan, kutukan dan kritikan itu perkara biasa. Malah ada satu ketika poster mukanya ditampal di beberapa lokasi di ibu kota dan beberapa negeri oleh individu tertentu dengan tulisan nama ‘Wak Dogol’. Sedih kan? Kata Wak Doyok:-

Memang sedih apabila dihina sebegitu rupa, tapi saya tabahkan hati dan anggap masyarakat kita pada masa itu tidak boleh terima benda baharu.

Sebab kemunculan saya bukan bermula dari mana-mana platform hiburan, hanya menerusi fesyen. Jadi, bila muncul dalam dunia hiburan ia menjadi satu kejutan kepada orang lain yang mungkin tidak boleh terima orang biasa seperti saya, sampai ada yang persoalkan apa kerja saya, siapa saya dan kenapa saya boleh popular?

Walhal saya sudah lama menggerakkan dunia fesyen gaya ‘gentleman’ ini, dan atas dorongan rakan juga yang meminta saya untuk sebar luaskan fesyen ini. Apabila masyarakat mula melihat kebangkitan fesyen ‘gentleman’, mulalah timbul dengki.

Bagaimanapun, cemuhan itu tidak pernah saya simpan dalam hati kerana saya tahu siapa diri saya sebenarnya.

Biasalah Wak Doyok benda-benda macam ini. Sekarang ini anda dah popular dah pun. Pergi ke mana-mana menjadi tumpuan orang. Sponsor pun banyak. Yang penting jangan lupa diri dan jangan lupa kawan. Teruskan dengan misi serta visi anda. Pedulikan kata-kata orang lain. Lagi satu lepas ini janganlah merecik tak kena tempat. Hehehe. Sumber Berita Harian.



2

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuryakmal 1-4-2015 11:15 AM
merecik
Quote whadda 1-4-2015 11:29 AM
untuk misai yg melentik itu tak sesuai langsung spek ngan topi yg ala2 hip hop dan tak terkecuali baju kotak2 itu.. bukak semua dan tukar baju panas ko tuh balik....
Quote cik_tonggek 1-4-2015 11:40 AM
akak geli tgk ko dik doyok
bukan gegeli hokeh
Quote makciktijah 1-4-2015 11:43 AM
pendek. x sesuai nak jadi playboya.
Quote fairy_fairy 1-4-2015 11:43 AM
Ok. Nak muntah!
Quote doubleA 1-4-2015 11:44 AM
Sory nampak busuk
Quote kosukeconan 1-4-2015 12:02 PM
sapa yg taste kat doyok nih
Quote amyainsamad 1-4-2015 12:04 PM
Quote harkktuih 1-4-2015 12:06 PM
Abang Nara tertarik mendengar cerita Wak Doyok tentang dirinya yang berkecimpung dalam dunia fesyen sejak tahun 2010 lagi.


dia neh saper?designer?
Quote tomet05 1-4-2015 12:11 PM
gudlalk lah wak
Quote bellaa 1-4-2015 12:13 PM
kosukeconan replied at 1-4-2015 12:02 PM
sapa yg taste kat doyok nih

@vespa_oren
Quote Mr.Virus 1-4-2015 12:39 PM
ade jugak orang yang minat kat dia ni yek
Quote sixret 1-4-2015 12:54 PM
makciktijah replied at 1-4-2015 11:43 AM
pendek. x sesuai nak jadi playboya.

Dia ni badan je kecik.
Quote Changa 1-4-2015 01:00 PM
aznil pun kahwen sampai terberanak, so??

coverina la gimana sekalipun tetap gaydar akak berdering.
kau beranak la setiap tahun pun tetap takkan mampu menipu gaydar akak.
Quote kecikgurl 1-4-2015 01:03 PM
soalan aku ade 2..

1. ade ke yg bercita2 na ngorat mamat nih??
2. sape jek yg dengki ngan die nih??die tau x beza dengki ngan meluat??
Quote doubleA 1-4-2015 01:03 PM

ikon fesyen katanya
Quote ninjago 1-4-2015 01:04 PM
ntah2 dia syok sendiri..
Quote DayangKirana 1-4-2015 01:13 PM
to me....kalu nk rank dari segi keloyaan..dia ni between Amir I'm sori dengan Tokey Jambu batu..
Quote sixret 1-4-2015 01:13 PM
I can confirm that dia heterosexual. Orientasi seks dia normal i.e. dia minat perempuan.

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.048209 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top