CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Basuh Pinggan Dihendap Sang Tedung

30-3-2015 08:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9544| Komen: 35

Basuh Pinggan Dihendap Sang Tedung


ULAR tedung selar ditangkap di perkarangan rumah di Jalan Tahang Rimau, Segamat, semalam.

Segamat: Seorang wanita terkejut apabila mendapati seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter berada di kawasan rumah ibunya di Jalan Tahang Rimau, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Sabrina Asraf, 31, membasuh pinggan di dapur sebelum menjenguk ke luar tingkap selepas berasa pelik ketika terdengar bunyi bising haiwan peliharaan ibunya.

“Saya pelik apabila kucing dan ayam tidak berhenti berbunyi lalu memandang melalui tingkap sebelum melihat ular tedung selar yang sangat besar sedang berdiri setinggi kira-kira 1.5 meter.

“Saya terus menghubungi saudara terdekat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk bantuan sambil menutup tingkap dan pintu bimbang ia masuk ke dalam rumah,” katanya.

Suri rumah yang menetap di Kuala Lumpur itu berkata, dia bersyukur kerana anak-anaknya belum keluar bermain di laman rumah seperti kebiasaan.

Dia yang pulang pada hujung minggu ke rumah ibunya, berkata halaman rumah ibunya memang pernah didatangi ular sawa sebelum ini.

“Sudah beberapa kali rumah ini didatangi ular dan saya selalu berpesan kepada ibu supaya sentiasa menutup tingkap dan pintu kerana bimbang haiwan itu masuk ke dalam rumah,” katanya.

Ketua JPAM Daerah Segamat Nur Jazlan Jamaluddin berkata, pihaknya menghantar empat anggota ke tempat kejadian dan menangkap ular tedung selar yang dianggar seberat lebih 40 kilogram itu.

“Kami mengambil masa 25 minit untuk menangkap reptilia berkenaan dan akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Segamat,” katanya.

2

Bagus

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cecite 30-3-2015 07:41 AM
terima kasih kepada kucing dan ayam, siap tolong bagi amaran
Quote mrsav 30-3-2015 07:54 AM
scary betol tgk ular tu..
Quote JohnDeSouza 30-3-2015 07:57 AM
special thanks to kucin dan ayam
Quote Simunggu 30-3-2015 08:14 AM
ini buat sup atau masak kicap sodap ni...
Quote Syd 30-3-2015 08:26 AM
makcik neh mungkin duk dalam area rimba gitu..
ramai kawan2 dari rimba datang berziarah jugak
Quote mekya 30-3-2015 08:47 AM
besarnya ular.. takut tgk
Quote zameyla 30-3-2015 08:50 AM
uishh...scarynya...seb baik ada kucing ayam tolong bgtau...
Tabur belerang la keliling umah..huhu
Quote jejaka00 30-3-2015 08:53 AM
Ni la kelebihannya kalo duk kg kite bela kucing ngan ayam

Saling menjaga
Quote musangcomel 30-3-2015 08:56 AM
besornya ular tedung tu
takot tgk
naseb baik sempat ditangkap sebelum sesapa kena patuk
disarankan makcik ni tabur belerang la siap2 keliling rumah
Quote Mr.Virus 30-3-2015 08:59 AM
fuh besar betol sang tedung nya
Quote senahitam 30-3-2015 09:02 AM
ngerinya baca....huhuhu....umah mak i kt kg tgh2 bendang....dulu2 slalu gak ular tedung yg kaler itam tu masuk menumpang especially time panas. elok gak bela kucing...dia akan buat bising kalo ada ular...takut sungguh ngan ular2 berbisa nih...huhuhu.

selain tabur belerang...ada gak org bg petua letak limau purut yang dipotong2 kt pintu umah or lubang2 yg ular boleh masuk.
Quote fifie_olin 30-3-2015 09:21 AM
ular mcm ni la dok lintas depan keta aku ...somi aku sempat brek..kalo x dh slmat kne lenyek ...
eiii naik bulu roma aku kalo tgk ulau2 ni laa
Quote milo_888 30-3-2015 09:25 AM
Berat 40kg?? Besar mana tu?

Berdiri 1.5mtr... tak boleh bayangkan
Quote elmen 30-3-2015 10:37 AM
mak aihhhhh.. scaryyyyy
Quote LENS2U 30-3-2015 10:53 AM
yang ni nak jual berapa rm kalau sehiris??.......
Quote eyansss 30-3-2015 11:08 AM
Edited by eyansss at 30-3-2015 11:10 AM

teringat ada dua ekor ular tedung hitam berlawan kat halaman rumah opah aku... pastu ayam2 pun sama2 mematuk sebab nak halau keluar... pakcik aku lak standby... katanya bila salah sekor ular yang mati ada batu delima... diorang bergado pun sebab batu tu...

last2 opah aku rembat dedua ekor dengan penyapu sampah... baik punya rembat ala2 tiger woods... melayang masum semak samun tepi rumah... merajuk pakcik aku... hahaha...
Quote Lorra2411 30-3-2015 01:07 PM
seram betul tgok ular tu
Quote Artemesiaa 30-3-2015 01:15 PM
Mengerikan nasib ada ayam kucing tolong alertkan sama
Quote sekel 30-3-2015 01:16 PM
ewaaaaahhhhhhhhh ular pun sempat selfiekan diri yek

tunggu tuan rumah bukak tingkap eh  

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.068008 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top