COMEL... Aaisyah Dhia Rana kini berusia lima bulan. - Foto BHOnline KUALA LUMPUR: Anak selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lima bulan menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.
Malah bayi popular kegilaan ramai itu menjadi artis termuda menaungi syarikat pengurusan popular yang sudah lima tahun beroperasi. Bahkan Zain turut membuat keputusan untuk bersama pengurusan LOL yang dimiliki Afeeq Abd Wahab dan penyanyi Dafi sejak awal tahun ini. "Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air.
AAISYAH Dhia Rana menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment. - Foto BHOnline "Jadi dalam hal anak, saya biarkan yang lebih arif untuk mengatur apa yang sewajarnya untuk dia. Tambahan pula rezeki anak saya kian murah dan mendapat perhatian syarikat yang berkeinginan menjadikannya sebagai duta," kata Rozita Che Wan yang kini berada di Narita, Jepun untuk penggambaran program Primadona. Sementara itu, Zain berkata beliau turut senang melihat bagaimana LOL selama ini menguruskan kerjaya isterinya. "Jadi kenapa saya tidak menerima tawaran mereka untuk menguruskan saya sekali termasuk anak," kata Zain. LOL bakal menyambut ulang tahun kelima pada 15 Jun depan. |
miabebe replied at 28-3-2015 03:23 AM
Miabebe jika d izin kn Allah mia nk baby secantik aaisyah ni 12org...6laki 6ppuan
Felycya replied at 28-3-2015 12:22 PM
WoWwW !!!!
miabebe replied at 28-3-2015 04:23 AM
Bhahahahahaha
Nape wowww fel...miabebe terlebih ka sudah?hihihi
aku_spek replied at 28-3-2015 12:49 PM
1 je nk tanya, gelang emas kiri kanan tgn baby comel ni mmg emas tulen ke? Besau bebenor. jgn ...
aku_spek replied at 28-3-2015 12:49 PM
1 je nk tanya, gelang emas kiri kanan tgn baby comel ni mmg emas tulen ke? Besau bebenor. jgn ...
masz83 replied at 28-3-2015 01:11 PM
Ye tulen... Habib kasi
aku_spek replied at 28-3-2015 12:49 PM
1 je nk tanya, gelang emas kiri kanan tgn baby comel ni mmg emas tulen ke? Besau bebenor. jgn ...
ADVERTISEMENT