hiasan GEORGETOWN - Liga Muslim Pulau Pinang mendesak pihak berkuasa membuat siasatan terperinci selain mengambil tindakan sewajarnya berhubung perbuatan biadab pengguna laman sosial yang menghina Rasulullah SAW. Presidennya, Datuk Najmudeen Kader berkata, tindakan pengguna Facebook yang menggunakan nama Programmer Calvin Gani yang dipercayai ahli Red Bean Army adalah keterlaluan dan cuba mencetuskan huru hara. Najmudeen berkata, pihak berkuasa seharusnya segera memberkas mereka agar kegiatan menghina agama Islam dan agama lain dapat dihentikan segera. “Kami yakin perkara ini dirancang untuk menghuru-harakan keamanan negara dan cuba membangkitkan kemarahan umat Islam. “Aktiviti jenayah siber ini adalah serius dan polis perlu bertindak membanteras penjenayah siber ini yang telah menyalahi undang-undang. Kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk bercakap tanpa tapisan atau menghina, mencemar dan menyebarkan penipuan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam. Najmudeen berkata, pihaknya percaya, objektif kumpulan penjenayah siber berkenaan mahu melihat masyarakat Islam beremosi dan sentiasa dalam tahap kerahan selain sibuk melakukan protes sehingga mengabaikan dan tidak lagi memberi tumpuan sewajarnya terhadap pembangunan, kedudukan sosio, ekonomi dan politik. Sehubungan itu, pihaknya menyeru umat Islam untuk beramai-ramai memakai pakaian berwarna putih pada hari Jumaat ini sebagai tanda bantahan terhadap penghinaan kepada Rasulullah SAW selain simbolik kesucian Islam. Katanya, kempen itu juga akan melambangkan penyatuan ummah dan meminta semua umat Islam mendoakan kesejahteraan bangsa, agama dan negara.
|
Presidennya, Datuk Najmudeen Kader berkata, tindakan pengguna Facebook yang menggunakan nama Programmer Calvin Gani yang dipercayai ahli Red Bean Army adalah keterlaluan dan cuba mencetuskan huru hara.
ADVERTISEMENT