CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1497|Reply: 1

Hina Rasulullah: Liga Muslim mahu tindakan tegas

[Copy link]
Post time 12-6-2013 11:56 AM | Show all posts |Read mode

hiasan

GEORGETOWN - Liga Muslim Pulau Pinang mendesak pihak berkuasa membuat siasatan terperinci selain mengambil tindakan sewajarnya berhubung perbuatan biadab pengguna laman sosial yang menghina Rasulullah SAW.

Presidennya, Datuk Najmudeen Kader berkata, tindakan pengguna Facebook yang menggunakan nama Programmer Calvin Gani yang dipercayai ahli Red Bean Army adalah keterlaluan dan cuba mencetuskan huru hara.

Najmudeen berkata, pihak berkuasa seharusnya segera memberkas mereka agar kegiatan menghina agama Islam dan agama lain dapat dihentikan segera.

“Kami yakin perkara ini dirancang untuk menghuru-harakan keamanan negara dan cuba membangkitkan kemarahan umat Islam.

“Aktiviti jenayah siber ini adalah serius dan polis perlu bertindak membanteras penjenayah siber ini yang telah menyalahi undang-undang. Kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk bercakap tanpa tapisan atau menghina, mencemar dan menyebarkan penipuan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Najmudeen berkata, pihaknya percaya, objektif kumpulan penjenayah siber berkenaan mahu melihat masyarakat Islam beremosi dan sentiasa dalam tahap kerahan selain sibuk melakukan protes sehingga mengabaikan dan tidak lagi memberi tumpuan sewajarnya terhadap pembangunan, kedudukan sosio, ekonomi dan politik.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru umat Islam untuk beramai-ramai memakai pakaian berwarna putih pada hari Jumaat ini sebagai tanda bantahan terhadap penghinaan kepada Rasulullah SAW selain simbolik kesucian Islam.

Katanya, kempen itu juga akan melambangkan penyatuan ummah dan meminta semua umat Islam mendoakan kesejahteraan bangsa, agama dan negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2013 08:01 AM | Show all posts
Presidennya, Datuk Najmudeen Kader berkata, tindakan pengguna Facebook yang menggunakan nama Programmer Calvin Gani yang dipercayai ahli Red Bean Army adalah keterlaluan dan cuba mencetuskan huru hara.


apo bondo mamat ni ....nak namake ...hello Naj ....kaw poyilah ...sebarkan ugama Islam kat meke ...nak duduk macang olang koparat ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.060995 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list