CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Telan Katak Hidup-Hidup, Parasit Bersarang Di Otak

25-3-2015 03:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10922| Komen: 93

Padah Telan Katak Hidup-Hidup, Parasit Bersarang Di Otak

CHINA – Ewww memang geli mendengar cerita ini.

Seorang wanita yang pernah makan katak hidup-hidup ketika kecil, akhirnya terpaksa menanggung kesannya apabila parasit sepanjang 8cm dikenalpasti bersarang di otaknya.

Parasit tersebut dikesan menjangkiti wanita itu, Yin Meng, 29, selepas dia makan katak ketika berusia lima tahun.

Keadaan itu hanya disedari oleh Yin Meng selepas dia terpaksa menanggung sakit kepala selama enam tahun.

Selepas dikejarkan ke hospital, doktor mengesan benda dalam otaknya, namun mereka tidak mengetahui apa benda itu dan bagaimana mahu membuangnya.

Dia kemudiannya dibenarkan keluar hospital dan diberikan ubat. Namun selepas Yin Meng pengsan sekali lagi, barulah doktor terpaksa membuat keputusan dengan membedah kepalanya.

Hasilnya, mereka menemui parasit tersebut yang dipanggil Sparaganosis dalam otaknya.

Selepas sedar dari pembedahan dan dimaklumkan mengenai parasit itu, barulah Yin Meng mengingati saat-saat di mana dia dan neneknya makan katak hidup-hidup.

“Ketika usia lima tahun, saya selalu menangkap katak dan makannya dengan nenek saya.

“Saya boleh ingat ketika katak itu melompat-lompat di kerongkong saya selepas ia ditelan,’’ katanya.

- MYNEWSHUB.CC


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WawaRaRa 25-3-2015 11:57 AM
“Saya boleh ingat ketika katak itu melompat-lompat di kerongkong saya selepas ia ditelan,’’ katanya.


ewww sgt... kenapa dia mkn katak tu??? suka2 or traditional medicine?
Quote Madel 25-3-2015 11:58 AM
Apa jadi dgn nenek dia pulak...dah kiok atau masih hidup
Quote afira 25-3-2015 12:07 PM
teringat ade satu vid tp dr jepun kalau x silap.. dia amek katak sekor..lapah kulit nye mase katak tu masih idup pastu siat2 dagingnye letak dlm mangkuk.. diorg trus amek daging tu cicah ngn kicap n mkn.. mase diorg mkn tuh.. kepala katak td di halakan ke arah diorg..mata katak tuh terkebil2 je bila tgk dagingnye di mkn manusia.. nk meronta dh x bleh daging semua dh xde..tapi masih idup..alahai...skeri!!
Quote miabebe 25-3-2015 12:35 PM
Only in china
Quote jofizo 25-3-2015 12:38 PM
di china mcm2 bende pelik berlaku...
Quote ice_sky92 25-3-2015 12:38 PM
afira replied at 25-3-2015 12:07 PM
teringat ade satu vid tp dr jepun kalau x silap.. dia amek katak sekor..lapah kulit nye mase katak t ...

Tengok kat mana video tu?
Quote ice_sky92 25-3-2015 12:38 PM
China dan pelik berpisah tiada.
Quote psychobubble 25-3-2015 12:38 PM
afira replied at 25-3-2015 12:07 PM
teringat ade satu vid tp dr jepun kalau x silap.. dia amek katak sekor..lapah kulit nye mase katak t ...

omg skerinye...tingat lak citer psl org mkn otak monyet hidup2

Quote DayangKirana 25-3-2015 12:51 PM
psychobubble replied at 25-3-2015 12:38 PM
omg skerinye...tingat lak citer psl org mkn otak monyet hidup2

ohh..that one..dah lama vid tuh.. serious aku takleh terima selera eksotik mcm nih..kejam weh..
Quote psychobubble 25-3-2015 01:19 PM
DayangKirana replied at 25-3-2015 12:51 PM
ohh..that one..dah lama vid tuh.. serious aku takleh terima selera eksotik mcm nih..kejam weh.. :m ...

ko tgk ke vid monyet tuh...beraninye sis
xsanggup nk tgk haiwan2 kene dera/aniaya neh

Quote DayangKirana 25-3-2015 01:30 PM
psychobubble replied at 25-3-2015 01:19 PM
ko tgk ke vid monyet tuh...beraninye sis
xsanggup nk tgk haiwan2 kene dera/aniaya neh

tertengok kejap je...tapi, terkesan kat dlm memori sepanjang hayat...
Quote spiderman80 25-3-2015 01:32 PM
DayangKirana replied at 25-3-2015 12:51 PM
ohh..that one..dah lama vid tuh.. serious aku takleh terima selera eksotik mcm nih..kejam weh.. :m ...


Itu tak eksotik sangat...Spidey aritu baru terbaca sebuah artikel tentang satu perkara pelik di Jepun. Sindiket ini mencari beberapa gadis yang mesti berstatus DARA. Gadis2 itu akan dibayar dengan pendapatan lumayan melakukan sesuatu yang di luar biasa tak masuk akal.
Dalam masa sebulan, si dara2 tu diberikan makanan organik dan tidak dibenarkan memakan daging sebab mahu 'cucikan' tubuh mereka.
Selepas hampir genap sebulan, salah seorang cuma akan diberikan makan buah durian, seorang gadis lain cuma diberikan minum wine, seorang gadis lagi diberikan makan anggur ( lagi seorang dua anak dara Spidey dah lupa diberikan makan apa).
Beberapa hari kemudian, anak-anak dara tersebut akan buang air besar dan masing-masing akan menghasilkan tahi pelbagai flavour. And guess what, tahi-tahi itu akan dihidangkan kepada pelanggan yang dah awal-awal buat pre-order dengan harga yang agak mahal. Kononnya 'makanan' itu sungguh berkhasiat sebab dihasilkan dari tubuh anak dara.

Ummah Oriental memang gila....nasib baik moyang Spidey dulu dah awal-awal datang ke Tanah Melayu, kalau tidak hari ini Spidey tengah lahap seekor katak ataupun daging kucing.
Quote CrowneGlory 25-3-2015 01:32 PM
Cina...cina.. Semua nak ditelan...euwwa
Quote Simunggu 25-3-2015 01:33 PM
pembalasan si katak durjana...
Quote DayangKirana 25-3-2015 01:37 PM
spiderman80 replied at 25-3-2015 01:32 PM
Itu tak eksotik sangat...Spidey aritu baru terbaca sebuah artikel tentang satu perkara pelik di  ...

eat shit? thats not ecsotic..that's freaking disgusting!!
~spidey..i tengah makan nie..terputus selera kejap..huhu..~
Quote spiderman80 25-3-2015 01:39 PM
DayangKirana replied at 25-3-2015 01:37 PM
eat shit? thats not ecsotic..that's freaking disgusting!!
~spidey..i tengah makan nie..terputus  ...

Ops...sorry. Hihi
Quote lindarafee 25-3-2015 01:46 PM
tengok katakpun geli. apa lagi nak telan. hidup2 plak tu
Quote CrowneGlory 25-3-2015 01:47 PM
Jiran sebelah rumah dulu..beli bbrp ekor katak gemuk2...sekali bawak bekas terjatuh..melompat2 katak2 tu ...dah huru hara masing2 nak tgkp..ada mak dia suruh abang dgn kakak aku tolong..dah tentu xkanla..
Quote reeny 25-3-2015 01:51 PM
Di China apa aje yang bergerak semua nk ditelan...tak hairan kalau dorang dpt penyakit yg pelik2..dah tabiatnya pun pelik..

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.786306 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top