CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Viral Minuman 'Coconut Shake Oreo' Berisi Katak, Pemilik Kedai Menafikan

28-12-2016 06:55 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7618| Komen: 44

Description: Sejak semalam heboh apabila gambar penemuan katak dalam minuman Coconut Shake Oreo di sebuah kedai makan di Kota Bharu Kelantan telah viral laman sosial media seperti Facebook dan Whatsapp.

sumber foto: FB Min Hoo


Sejak semalam heboh apabila gambar penemuan katak dalam minuman Coconut Shake Oreo di sebuah kedai makan di Kota Bharu Kelantan telah viral laman sosial media seperti Facebook dan Whatsapp.

Menurut individu yang memuat naik gambar tersebut dia mendakwa menjumpai katak dalam minuman yang dipesannya di sebuah kedai makan yang terletak di Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan.

Memetik laporan Sinar Harian, pemilik kedai makan tersebut, Mohd Khairi Mohamad Sidi berkata dia berasa terkejut dengan kejadian yang berlaku pada jam 4 petang semalam selepas seorang pelanggan lelaki memaklumkan padanya penemuan katak tersebut.

Sumbe foto: FB Min Hoo

sumber foto: FB Min Hoo

Ketika ditunjukkan katak tersebut berada di atas meja dan dibasahi air coconut shake, beliau yang merasakan bertanggungjawab telah meminta maaf daripada pelanggan berkenaan.

“Saya pun tidak pasti bagaimana seekor katak boleh berada atau masuk ke dalam air minuman tersebut kerana saya dan pekerja sentiasa memastikan kebersihan makanan dan minuman yang dihidangkan kepada pelanggan di kedai kami."

“Segala kelengkapan membuat air termasuk mesin pengisar dan ais krim sentiasa tertutup rapat dan jika benarlah katak itu masuk ketika kami membuat air, pastinya katak itu hancur kerana terkisar bersama-sama air kelapa.” 

Kejadian tersebut dianggap cabaran terbesar sepanjang empat tahun perniagaannya namun beliau tidak merasa marah dengan tindakan memviralkan kejadian itu dan mengharapkan pelanggan tersebut memaafkannya dan memadamkan gambar berkenaan.

Beliau juga mengharapkan para pelanggan akan tetap berkunjung ke kedainya dan menjamin kebersihan adalah keutamaan dalam perniagaannya.

Gambar coconut shake yang didakwa mempunyai katak di dalamnya telah dimuatnaik oleh seorang lelaki dan menerima pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-rata tidak mempercayai dakwaan tersebut.- CARI



12

Bagus
8

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
21

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sebu 28-12-2016 09:21 AM
..ya Allah besaunye
Quote sebu 28-12-2016 09:22 AM
Lol gambar zoom rupanya walau kecik tetap trauma seumur hidup
Quote insulin 28-12-2016 09:32 AM
Katak pun nak merasa coconut shake....
Quote mbhcsf 28-12-2016 09:33 AM
Vue dah ada milkshake...sedap
Quote harrypoter 28-12-2016 09:40 AM
penambah perisa...
sedap apa
Quote prettyuglybabe 28-12-2016 09:44 AM
nak tengok gambar kedai yang dikata bersih tu..
Quote Mary_jane 28-12-2016 09:45 AM
Katak tu dah lemas agaknya. Elok je posing atas meja.
Quote Themilo 28-12-2016 09:45 AM
ada la tu sedikit kecuaian. terleka sekejap, sampai katak masuk dalam air pun tak perasan..
Quote Andyscenes 28-12-2016 09:51 AM
haha. comel je katak. xpelah bkn selalu mkn katak
Quote dubuk 28-12-2016 09:53 AM
makan budok!
Quote cekelatkopi 28-12-2016 09:59 AM
Tgk kulit licin mcm bkn jenis puru je. Ni katak sangkut dlm sayur2 kot? Sbb pernah je tgh basuh sayur terjumpa mcm ni.sure lompat masa air tu dah siap x perasan.tp tobattt geli
Quote FARRAZOOL 28-12-2016 10:04 AM
Loya tekak..
Quote FARRAZOOL 28-12-2016 10:04 AM
Loya tekak..
Quote susukambingbest 28-12-2016 10:07 AM
ini la jnis katak yg wajib ada kt rak pnggan tepi sinki umah mil aku. sheol mmg jnis kurg brsih. air takung bwh tmpat rak pnggan tu sllu dibiarkn x dibuang. smpai brlendir hitam, adoi geli. katak tu mmg suka la dduk tmpat brair n gelap bwh pnggan2 yg bnyk x disimpan kat rak besar tu. entah brapa bnyk katak tu dok mmbiak kt situ, aku pun xtau. tiap hari buang, esoknya ada lg.

yg peliknya sinki tu tinggi, cmna katak ni blh panjat naik atas ksmpulannya, kdai ccnutshake brkatak ni smstinya agk kurg bersih.
Quote ohnoLia 28-12-2016 10:08 AM
Maknanya.lebih selamat pakai bekas plastik jernih yg bertutup tu nampaknya..
Quote R2D2 28-12-2016 10:08 AM
Menjelang PRU nama katak kerap diseru
Quote matchstick 28-12-2016 10:09 AM
mngkin katak tu duk celah2 buah kelapa kt situ, pastu lompat masuk dalam air yg dh siap dlm cawan tu
Quote whadda 28-12-2016 10:11 AM
coconut froggy shake oreo.. ribbitt !!
Quote CiliPadiSedap 28-12-2016 10:42 AM
katak kong kong namanya ni.

kalau hujan dia lah kuat berbunyi.

kong kong kong kong

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.239535 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top