Single Kedua Hanie Soraya - Rasa Sayang KUALA LUMPUR: Hanie Soraya Taha atau lebih dikenali dengan nama Hanie Soraya salah seorang penyanyi yang semakin dikenali di dalam industri muzik tanah air. Bermula sebagai seorang penggemar muzik di Youtube, bakatnya yang ada padanya tidak disia-siakan. Bakatnya dikesan oleh Faizal Tahir. Kini bernaung di bawah syarikat rakaman milik mentornya Faizal Tahir, Faithful Music, Hanie kembali dengan single kedua beliau iaitu 'Rasa Sayang'. Lagu berentak pop ini merupakan olahan daripada lagu rakyat yang menggunakan tajuk yang sama dan sangat sinonim dengan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Lagu yang diberi nafas baru ini telah dicipta dan digubah oleh Mike Chan, Omar K dan artis terkemuka negara, Faizal Tahir. Lagu yang catchy ini telah pun berada di Youtube dan kini telah mencecah 'hits' melebihi 200 ribu tontonan dan semakin meningkat dari hari ke hari.
Klip video ini secara ringkasnya menunjukkan kehidupan Hanie yang kini merupakan seorang pelajar di salah sebuah universiti di Mesir. Hampir keseluruhan video ini menunjukkan Hanie merakamkan dirinya sendiri hanya dengan menggunakan iPhone dan menggunakan aplikasi Skype untuk berhubung bersama Faizal untuk menyiapkan lagu ini. 'Rasa Sayang' juga telah mendapat sambutan yang hangat dari para pendengar dan sering dimainkan di corong-corong radio tempatan. Kepada peminat-peminat Hanie Soraya, jangan ketinggalan untuk menyaksikan muzik video 'Rasa Sayang' yang kini sudah pun berada di YouTube. |
fatehana replied at 25-3-2015 02:17 PM
jd guhsipnya psl dia naik kapal terbang dgn jayanya atau sbb dia blk mesia x pki tudung
miabebe replied at 25-3-2015 01:20 PM
Memati TD ingat hanez soraya tp nape muka lain..rupanya
ADVERTISEMENT