150 Terkorban Dalam Nahas Germanwings
Pesawat Germanwings milik Syarikat penerbangan Lufthansa dilaporkan terhempas hari ini di selatan Perancis yang membawa 144 penumpang berserta enam anak kapal Pesawat tersebut sedang dalam laluan penerbangan antara Barcelona ke Dusseldorf di Jerman. Menurut Alain Vidalies, Menteri Muda Pengangkutan Perancis, tiada mangsa terselamat sambil menambah kemalangan malang itu berlaku tidak lama selepas juruterbang mengeluarkan isyarat kecemasan semasa cuaca yang baik, lapor AFP. Beliau berkata satu panggilan kecemasan telah didaftarkan pada pukul 10:47. "Isyarat kecemasan itu menunjukkan bahawa pesawat itu berada pada 5,000 kaki dalam keadaan yang tidak normal ," kata Vidalies.
Beliau berkata ia merupakan satu kawasan yang diliputi salji dan tidak boleh diakses dengan kenderaan darat dan hanya helikopter sahaja yang boleh melalui kawasan itu. Sementara itu, twitter rasmi syarikat penerbangan tersebut menyifatkan kemalangan ini merupakan hari gelap untuk mereka. Selain memuat naik status tidak tahu apa yang berlaku kepada pesawat 4U 9525 itu. |
7
Bagus |
2
Marah |
14
Terkejut |
5
Sedih |
18
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT