Aaron Aziz SIAPA yang tidak kenal dengan aktor popular, Aaron Aziz, yang semakin rancak mencipta nama dalam industri perfileman tempatan? Walaupun kini sibuk dengan jadual seninya, namun aktor kacak ini masih sempat meluangkan masa untuk program amal, 'LariAmalAaronERA bagi membantu Malaysian AIDS Council dalam mengumpul dana. Acara yang turut mendapat sokongan radio Era, itu juga turut direalisasikan sempena mempromosikan filem terbaru Aaron iaitu, Lari, arahan Ahmad Idham, yang kini rancak ditayangkan di pawagam Bertempat di Stadium Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil, Aaron, yang juga selaku duta selebriti sokongan Riben Merah Majlis AIDS Malaysia, memulakan larian amal itu seawal jam 7.30 pagi. Berjaya menyempurnakan lima pusingan larian di stadium itu, aktor kesayangan ramai ini bagaimanapun hampir pengsan demi menjayakan program itu. "Saya akui memang tidak berminat dengan sukan larian. Kali terakhir saya sertai larian ketika di bangku sekolah. Namun ia membuatkan saya rasa sangat letih dan sejak itu saya tidak minat untuk mengikuti sukan larian lagi. "Tapi kali ini saya menyahut cabaran untuk berlari sebanyak lima pusing di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Walaupun pada pusingan kedua saya rasa nak pengsan, namun saya kuatkan semangat untuk sempurnakan program ini," kata pelakon Ombak Rindu ini. Sumbangan minimum RM1.00 Turut dipancarkan secara langsung di radio Era, dana yang diperoleh dari larian amal itu akan disumbangkan menerusi tabung Circle Of Friends, Yayasan AIDS Malaysia. “Bagi saya setiap jumlah wang yang disumbangkan merupakan langkah yang baik secara tidak langsung dapat menyelamatkan nyawa serta mengubah nasib mereka "Hari ini kita dapat lihat wanita, remaja serta kanak-kanak terpinggir terpaksa melalui pengalaman hidup yang terlalu getir sebagai Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS, sekurang-kurangnya sumbangan sebegini dapat membantu memberi kehidupan baru buat mereka," kata Aaron. Sumbangan boleh dilakukan dengan seminimum RM1.00. Sementara bagi mereka yang memberi sumbangan sebanyak RM50.00 berhak mendapatkan rebet cukai pendapatan. Dalam pada itu, Aaron memberitahu dia akan sentiasa membawa tabung sumbangan dana Yayasan AIDS Malaysia ke mana sahaja majlis yang melibatkan dirinya. "Saya akan membawa tabung sumbangan ini kesemua majlis bagi mengumpul dana sebanyak yang mungkin, "Saya tidak mengenakan sebarang sasaran untuk mengumpul dana tersebut, bila tabung berkenaan penuh saya akan menyerahkan kepada yayasan berkenaan. "Saya juga berharap dengan cara ini saya dapat membantu golongan seperti ini, agar dapat memberi kehidupan baru buat mereka," katanya. Untuk sumbangan juga boleh melalui akaun Yayasan AIDS Malaysia menerusi akaun Maybank- 5141-0542-1257.
|
arisa_imamura posted on 15-6-2013 11:50 PM
pemalas bersenam rupanya..tapi badan ketul2
dah lama nak cakap dari dulu, aaron kena kecikkan/kurus ...
salimrock replied at 18-6-2013 12:46 PM
bukan malas bersenam..tp malas lari..mgkn dia gi gym wat senaman lain..sit up ke, push up ke...mgk ...
ADVERTISEMENT