CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penswastaan: Kembalikan Maruah Rtm

25-3-2015 09:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9432| Komen: 76

Penswastaan: Kembalikan Maruah Rtm


Apakah yang terpacul di layar minda anda apabila nama RTM diutarakan? Lidah rasmi kerajaan? Wadah propaganda? Atau stesen televisyen/radio yang lapuk? Persepsi masyarakat biar pun tidak tepat dan berasas, namun ia sangat penting dalam menentu ukur jatuh bangun sesebuah institusi termasuklah RTM selaku stesen penyiar rasmi nasional.

Kuasa persepsi ibarat wabak yang berjangkit – dari seorang ke seorang – semakin lama semakin membesar sehingga ke tahap kritikal – ia bisa membunuh jika gagal dibendung. Sedar atau tidak, RTM sedang dilanda wabak itu!

Generasi muda tidak akrab dengan RTM. Rata-rata bukan sahaja tidak menonton rancangan-rancangan yang disiarkan malah memperlekehkan kredibilitinya. Program-program RTM hanya dilihat untuk tontonan orang tua, ketinggalan zaman dan berbaur agenda kerajaan. Perhatian mereka dicuri Media Prima dan ASTRO.

Media Prima dan ASTRO bersifat komersial bertunjangkan rating dan popular meminggirkan rancangan-rancangan siaran RTM yang tampak lebih serius, matang, dry dan ilmiah.

Arena penyiaran Malaysia sangat kompetitif dan mencabar. Persoalannya, di manakah RTM dalam persaingan ini? Apakah percaturan RTM untuk terus kekal signifikan? RTM tidak sepatutnya menjadi artifak yang membebankan kerajaan. Justeru, objektif penubuhan RTM perlu diperhalusi semula.

Sebagai penyiar rasmi kerajaan, RTM bertanggungjawab menguar-uarkan agenda, polisi dan aspirasi nasional demi menyuburkan kefahaman rakyat. Ia adalah instrumen utama menyebar informasi dan berita terkini yang sahih disamping program hiburan yang sesuai untuk umum.

Malangnya kini, orang ramai lebih senang mengikuti laporan mutakhir sesuatu tragedi atau peristiwa oleh ASTRO Awani atau menonton rancangan realiti/pertandingan nyanyian TV3 atau membaca blog-blog di internet.

Tidak adil juga untuk menyalahkan khalayak dalam soal ini. Masa siaran yang tidak strategik dan konsisten atau format rancangan yang tidak mesra penonton, bagaimana RTM mampu menyempurnakan objektif penubuhannya? Stesen nyawa-nyawa ikan ini ternyata gagal menjadi medium pengantaran kerajaan.

Media rasmi yang gagal

Kegagalan RTM turut menyumbang prestasi buruk UMNO dalam pilihan raya bermula tahun 1999. Tumbangnya beberapa buah negeri kepada pembangkang juga bersabit dengan ketempangan RTM yang tidak berupaya menyalurkan maklumat sejelas-jelasnya kepada rakyat. Orang ramai mula membina persepsi negatif terhadap badan penyiaran itu. Ini mendorong mereka untuk mengakses internet dan media alternatif yang terang-terang mengecam kerajaan dan memutar belit fakta. Apabila orang ramai, terutamanya belia hilang kepercayaan dan minat terhadap RTM, pada saat itulah RTM tercalar kredibilitinya sebagai media rasmi kerajaan.

Ketidakmampuan media dalam mengadun, mengacu dan membentuk minda masyarakat memberi impak kepada kerajaan. Isu MH370 misalnya, apabila orang ramai lebih percaya berita antarabangsa dan pojok-pojok media sosial daripada lidah rasmi kerajaan.

Malahan, peruntukan berjuta-juta ringgit kepada RTM adalah pembaziran duit rakyat memandangkan ia tidak menjana sebarang keuntungan ini. Kerugian ini harus dihentikan dengan segera. Hanya kerana label ‘lidah rasmi kerajaan’, tidak bermakna RTM tidak perlu mendapat pulangan atau menjana pendapatan.

Jawapan bagi kepincangan ini ialah penswastaan RTM. Perkara ini pernah dibangkitkan sekitar tahun 2001 sewaktu TYT Tun Mohd. Khalil Yaakob menjadi Menteri Penerangan. Namun, sehingga kini ia belum menampakkan tanda-tanda akan diperbadankan.

Masa untuk tranformasi

RTM perlu melalui satu proses tranformasi menyeluruh dengan gerak kerja baru yang boleh memainkan peranan secara mapan, pada masa yang sama meraih keyakinan dan sokongan masyarakat.

Kaji semula kandungan rancangan, termasuk individu yang menonggak pentadbiran RTM. RTM perlukan orang muda dengan idea segar, progresif, dinamik dan versatil, selari dengan tuntutan khalayak yang semakin bijak dan skeptikal. Tenaga kerja muda ini pula seharusnya dipantau oleh otai-otai yang berfikiran terbuka, sedia menerima cadangan-cadangan baru dan berani untuk berubah ke arah kebaikan.

RTM mesti kompetitif – bukan atas tuntuan komersial atau rating semata-mata. ‘Maruah’nya, sebagai stesen penyiaran utama negara yang dominan dan dipercayai perlu dikembalikan.

Kemelut yang berpusar di dasar badan penyiaran nasional ini mesti diperakui dan jangan sesekali dipinggirkan. Kita mesti berani berdepan dengan realiti, bawa isu ini ke meja perbincangan, perdebatkan di Dewan Rakyat dan cari resolusi yang menguntungkan semua pihak.

Menteri yang dipertanggungjawabkan tampaknya gagal mentransformasi RTM. Oleh itu, mengapa tidak peluang diberikan sahaja pada syarikat-syarikat lain untuk mengambil alih tadbir urusnya? RTM perlu menjana sendiri pendapatannya dan berdikari.

Baru-baru ini kita disajikan berita Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan membantu RTM dalam proses pendigitalannya. Teringin juga untuk melihat pendigitalan RTM di bawah projek Angkasapuri Media City ini dapat mengembalikan zaman kegemilangan RTM. Satu perkara yang pasti, pendigitalan atau teknologi yang canggih amatlah penting untuk memacu RTM ke mercu yang lebih tinggi, tetapi kandungan rancangan berkualiti selari dengan selera masyarakat dan pada masa yang sama menjunjung aspirasi kerajaan tidak boleh dikompromi dan dikesampingkan dan inilah masalah utama RTM.

Saya tidak skeptikal oleh gagasan pendigitalan RTM ini. Saya menyambutnya dengan penuh optimis. Tetapi saya juga pasti, jika kerajaan berdegil untuk tidak menswastakan RTM ia akan terus kekal tidak relevan dimata rakyat.

Aizat Fikri Nasir Fikri ialah Timbalan Presiden UMNO London

7

Bagus
12

Marah
19

Terkejut
22

Sedih
11

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 24-3-2015 01:05 PM
takyah tgk jauh.... tgk myklik rtm yg nak lawan tonton...
selagi org tua dok jd bos kat rtm tu... sampai bile rtm lagu tu je...
Quote Mary_jane 24-3-2015 02:07 PM
Rtm ibarat teratai layu ditasik madu. Sendu ya amat.
Quote fealefea 24-3-2015 02:15 PM
hei2, i skrg tgk tv2 je. nice. berinfomatif dan berita die tak over pon cam buletin utama.
Quote ryer25 24-3-2015 02:15 PM
mindset orang2 dalam tu kena ubah dulu kalau nak transform rtm jadi lebih baik
Quote brown_pupil 24-3-2015 02:22 PM
tunggu la stesen tv baru under RTM yg nak kuar tak lama lagi ni.. hopefully ada le peningkatan compared to the current ones..
Quote ice_sky92 24-3-2015 02:25 PM
Rancangan-rancangan RTM sendu je aku tengok.
Quote ice_sky92 24-3-2015 02:27 PM
Bukak RTM bila Astro xde cerita yang best
Quote gaara_X 24-3-2015 02:29 PM
kata transformasi.....tak de apo pun...
Quote dino 24-3-2015 02:30 PM
fealefea replied at 24-3-2015 02:15 PM
hei2, i skrg tgk tv2 je. nice. berinfomatif dan berita die tak over pon cam buletin utama.

tak dinafi ade content kat rtm ade yg bagus... tp branding tarak....
cth rtm ni ade kelebihan takyah gigih nak cari pengiklan berbanding stesen swasta.... yg penuh iklan.... penuh iklan maknanya movie ka apa byk kena potong.... mcm tv3 slalu buat.... potong scene nak bg laluan iklan.... klau ade tenaga kerja kreatif... bleh je rtm promote dgn penuh gaya la.... cuba tgh kempen hebahan awam mcm jimat air elektrik.... banding ngan rtm buat mcm mana.... tu iklan nyamuk aedes tu... sedih tgk tahu 2015 aku masih tgk iklan zaman 80an....
rtm ni dah berapa kali buat pembedahan plastik.... semua tak jd... cuba tgk brp byk personaliti rtm yg nmpk kusam kat rtm.... bile pindah ke stesen tv lain nmpk bergaya.....
Quote bmw_e34 24-3-2015 02:31 PM
drama RTM sapa yg supply pilaa siasat kenapa kompeni yg satu tu aja yg supply
Quote mattzzx 24-3-2015 02:39 PM
Harap2 lah RTM boleh berjaya dipulihkan....
Quote dino 24-3-2015 02:42 PM
bmw_e34 replied at 24-3-2015 02:31 PM
drama RTM sapa yg supply  pilaa siasat kenapa kompeni yg satu tu aja yg supply



ni dr web ala tonton tv3 tuh.... sampai ke sudah suka wat banner dok tempek gambo segala retis aku dah ckp branding penting.... mcm mana kite present produk.... mcm tv3 ade drama tahap sampah.... tp org tgk jugak... psl org ingat stp slot2 drama.....



Quote wipers81 24-3-2015 02:43 PM
Memang banyak pembaharuan yang perlu RTM buat. Bila tengok berita RTM... saya tak tahulah nak kata apa. Kadang2 berita basi baru nak disiarkan.
RTM... selagi 'warga emas' yang menerajui tanpa mahu mengambil kira pandangan orang muda selagi itulah akan berada di takuk lama.
Alah biasalah keje GOMEN, terlalu banyak kerenah birokrasi dan para pegawai atasan.
Quote cmf_blingblings 24-3-2015 02:48 PM
ice_sky92 replied at 24-3-2015 02:25 PM
Rancangan-rancangan RTM sendu je aku tengok.

sendu sesendu-sendunya
Quote dino 24-3-2015 02:51 PM
wipers81 replied at 24-3-2015 02:43 PM
Memang banyak pembaharuan yang perlu RTM buat. Bila tengok berita RTM... saya tak tahulah nak kata a ...

bkn takde org muda.... tp org tua yg buat keputusan.... pastu klau rtm nak buat anugerah.... lagu2 kena ikut taste pak menteri yg dijemput.... persembahan pun kena la ikut taste org tua....
Quote hzln 24-3-2015 03:02 PM
bmw_e34 replied at 24-3-2015 02:31 PM
drama RTM sapa yg supply  pilaa siasat kenapa kompeni yg satu tu aja yg supply

kita kena tolong syarikat bumiputra...selain kita bayar lebih tinggi banding dgn stesen swasta..cth kalu stesen swasta bayar 30k-40k..kita bayarlah 50k

untuk LEBIH tolong lagi kita bagi lump sum jah let say 1000 jam setahun ka
kalu sejam kita bayar 50k, bayangkanlah kalu 1000 jam?
u tak suka bumiputra berjaya kah?
pppfftthhhh

Quote buragazz 24-3-2015 03:02 PM
Ya ampun aku klu bukak RTM pun sbb tersalah tekan guna remote Astro.. pastu sebelum HD dtg aku ada la jugak jengok lepas HD TV3 pun dah lama tak tgk Astro Ria pun jarang giler...
Quote hzln 24-3-2015 03:04 PM
definisi re-branding: tukar logo baru
Quote saladin780 24-3-2015 03:06 PM
dokumentari rtm ok pe..byk gak rancangan ilmiah berbanding tv3suku jahanam tu..dah sebijik mcm stesen tivi kat indon aku nampak..memanjang hiburan tarian talkshow realiti tv bangang sinetron bodoh drama leleh

rtm cuba la tiru2 nhk ke kbs ke sikit..segar n fresh je nampak dari segi penampilan..rtm ni so 80's la..suram dan muram je (padahal content dah ok dah)

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.092377 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top