View: 7930|Reply: 76
|
[Tempatan]
Penswastaan: Kembalikan maruah RTM
[Copy link]
|
|
Oleh Aizat Fikri Nasir Fikri
Apakah yang terpacul di layar minda anda apabila nama RTM diutarakan? Lidah rasmi kerajaan? Wadah propaganda? Atau stesen televisyen/radio yang lapuk? Persepsi masyarakat biar pun tidak tepat dan berasas, namun ia sangat penting dalam menentu ukur jatuh bangun sesebuah institusi termasuklah RTM selaku stesen penyiar rasmi nasional.
Kuasa persepsi ibarat wabak yang berjangkit – dari seorang ke seorang – semakin lama semakin membesar sehingga ke tahap kritikal – ia bisa membunuh jika gagal dibendung. Sedar atau tidak, RTM sedang dilanda wabak itu!
Generasi muda tidak akrab dengan RTM. Rata-rata bukan sahaja tidak menonton rancangan-rancangan yang disiarkan malah memperlekehkan kredibilitinya. Program-program RTM hanya dilihat untuk tontonan orang tua, ketinggalan zaman dan berbaur agenda kerajaan. Perhatian mereka dicuri Media Prima dan ASTRO.
Media Prima dan ASTRO bersifat komersial bertunjangkan rating dan popular meminggirkan rancangan-rancangan siaran RTM yang tampak lebih serius, matang, dry dan ilmiah.
Arena penyiaran Malaysia sangat kompetitif dan mencabar. Persoalannya, di manakah RTM dalam persaingan ini? Apakah percaturan RTM untuk terus kekal signifikan? RTM tidak sepatutnya menjadi artifak yang membebankan kerajaan. Justeru, objektif penubuhan RTM perlu diperhalusi semula.
Sebagai penyiar rasmi kerajaan, RTM bertanggungjawab menguar-uarkan agenda, polisi dan aspirasi nasional demi menyuburkan kefahaman rakyat. Ia adalah instrumen utama menyebar informasi dan berita terkini yang sahih disamping program hiburan yang sesuai untuk umum.
Malangnya kini, orang ramai lebih senang mengikuti laporan mutakhir sesuatu tragedi atau peristiwa oleh ASTRO Awani atau menonton rancangan realiti/pertandingan nyanyian TV3 atau membaca blog-blog di internet.
Tidak adil juga untuk menyalahkan khalayak dalam soal ini. Masa siaran yang tidak strategik dan konsisten atau format rancangan yang tidak mesra penonton, bagaimana RTM mampu menyempurnakan objektif penubuhannya? Stesen nyawa-nyawa ikan ini ternyata gagal menjadi medium pengantaran kerajaan.
Media rasmi yang gagal
Kegagalan RTM turut menyumbang prestasi buruk UMNO dalam pilihan raya bermula tahun 1999. Tumbangnya beberapa buah negeri kepada pembangkang juga bersabit dengan ketempangan RTM yang tidak berupaya menyalurkan maklumat sejelas-jelasnya kepada rakyat. Orang ramai mula membina persepsi negatif terhadap badan penyiaran itu. Ini mendorong mereka untuk mengakses internet dan media alternatif yang terang-terang mengecam kerajaan dan memutar belit fakta. Apabila orang ramai, terutamanya belia hilang kepercayaan dan minat terhadap RTM, pada saat itulah RTM tercalar kredibilitinya sebagai media rasmi kerajaan.
Ketidakmampuan media dalam mengadun, mengacu dan membentuk minda masyarakat memberi impak kepada kerajaan. Isu MH370 misalnya, apabila orang ramai lebih percaya berita antarabangsa dan pojok-pojok media sosial daripada lidah rasmi kerajaan.
Malahan, peruntukan berjuta-juta ringgit kepada RTM adalah pembaziran duit rakyat memandangkan ia tidak menjana sebarang keuntungan ini. Kerugian ini harus dihentikan dengan segera. Hanya kerana label ‘lidah rasmi kerajaan’, tidak bermakna RTM tidak perlu mendapat pulangan atau menjana pendapatan.
Jawapan bagi kepincangan ini ialah penswastaan RTM. Perkara ini pernah dibangkitkan sekitar tahun 2001 sewaktu TYT Tun Mohd. Khalil Yaakob menjadi Menteri Penerangan. Namun, sehingga kini ia belum menampakkan tanda-tanda akan diperbadankan.
Masa untuk tranformasi
RTM perlu melalui satu proses tranformasi menyeluruh dengan gerak kerja baru yang boleh memainkan peranan secara mapan, pada masa yang sama meraih keyakinan dan sokongan masyarakat.
Kaji semula kandungan rancangan, termasuk individu yang menonggak pentadbiran RTM. RTM perlukan orang muda dengan idea segar, progresif, dinamik dan versatil, selari dengan tuntutan khalayak yang semakin bijak dan skeptikal. Tenaga kerja muda ini pula seharusnya dipantau oleh otai-otai yang berfikiran terbuka, sedia menerima cadangan-cadangan baru dan berani untuk berubah ke arah kebaikan.
RTM mesti kompetitif – bukan atas tuntuan komersial atau rating semata-mata. ‘Maruah’nya, sebagai stesen penyiaran utama negara yang dominan dan dipercayai perlu dikembalikan.
Kemelut yang berpusar di dasar badan penyiaran nasional ini mesti diperakui dan jangan sesekali dipinggirkan. Kita mesti berani berdepan dengan realiti, bawa isu ini ke meja perbincangan, perdebatkan di Dewan Rakyat dan cari resolusi yang menguntungkan semua pihak.
Menteri yang dipertanggungjawabkan tampaknya gagal mentransformasi RTM. Oleh itu, mengapa tidak peluang diberikan sahaja pada syarikat-syarikat lain untuk mengambil alih tadbir urusnya? RTM perlu menjana sendiri pendapatannya dan berdikari.
Baru-baru ini kita disajikan berita Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan membantu RTM dalam proses pendigitalannya. Teringin juga untuk melihat pendigitalan RTM di bawah projek Angkasapuri Media City ini dapat mengembalikan zaman kegemilangan RTM. Satu perkara yang pasti, pendigitalan atau teknologi yang canggih amatlah penting untuk memacu RTM ke mercu yang lebih tinggi, tetapi kandungan rancangan berkualiti selari dengan selera masyarakat dan pada masa yang sama menjunjung aspirasi kerajaan tidak boleh dikompromi dan dikesampingkan dan inilah masalah utama RTM.
Saya tidak skeptikal oleh gagasan pendigitalan RTM ini. Saya menyambutnya dengan penuh optimis. Tetapi saya juga pasti, jika kerajaan berdegil untuk tidak menswastakan RTM ia akan terus kekal tidak relevan dimata rakyat.
Aizat Fikri Nasir Fikri ialah Timbalan Presiden UMNO London |
|
|
|
|
|
|
|
takyah tgk jauh.... tgk myklik rtm yg nak lawan tonton...
selagi org tua dok jd bos kat rtm tu... sampai bile rtm lagu tu je... |
|
|
|
|
|
|
|
Rtm ibarat teratai layu ditasik madu. Sendu ya amat. |
|
|
|
|
|
|
|
hei2, i skrg tgk tv2 je. nice. berinfomatif dan berita die tak over pon cam buletin utama. |
|
|
|
|
|
|
|
mindset orang2 dalam tu kena ubah dulu kalau nak transform rtm jadi lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu la stesen tv baru under RTM yg nak kuar tak lama lagi ni.. hopefully ada le peningkatan compared to the current ones.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rancangan-rancangan RTM sendu je aku tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukak RTM bila Astro xde cerita yang best |
|
|
|
|
|
|
|
kata transformasi.....tak de apo pun... |
|
|
|
|
|
|
|
drama RTM sapa yg supply pilaa siasat kenapa kompeni yg satu tu aja yg supply |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 lah RTM boleh berjaya dipulihkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
ni dr web ala tonton tv3 tuh.... sampai ke sudah suka wat banner dok tempek gambo segala retis aku dah ckp branding penting.... mcm mana kite present produk.... mcm tv3 ade drama tahap sampah.... tp org tgk jugak... psl org ingat stp slot2 drama.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang banyak pembaharuan yang perlu RTM buat. Bila tengok berita RTM... saya tak tahulah nak kata apa. Kadang2 berita basi baru nak disiarkan.
RTM... selagi 'warga emas' yang menerajui tanpa mahu mengambil kira pandangan orang muda selagi itulah akan berada di takuk lama.
Alah biasalah keje GOMEN, terlalu banyak kerenah birokrasi dan para pegawai atasan. |
|
|
|
|
|
|
|
bkn takde org muda.... tp org tua yg buat keputusan.... pastu klau rtm nak buat anugerah.... lagu2 kena ikut taste pak menteri yg dijemput.... persembahan pun kena la ikut taste org tua....
|
|
|
|
|
|
|
|
kita kena tolong syarikat bumiputra...selain kita bayar lebih tinggi banding dgn stesen swasta..cth kalu stesen swasta bayar 30k-40k..kita bayarlah 50k
untuk LEBIH tolong lagi kita bagi lump sum jah let say 1000 jam setahun ka
kalu sejam kita bayar 50k, bayangkanlah kalu 1000 jam?
u tak suka bumiputra berjaya kah?
pppfftthhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampun aku klu bukak RTM pun sbb tersalah tekan guna remote Astro.. pastu sebelum HD dtg aku ada la jugak jengok lepas HD TV3 pun dah lama tak tgk Astro Ria pun jarang giler... |
|
|
|
|
|
|
|
definisi re-branding: tukar logo baru |
|
|
|
|
|
|
|
dokumentari rtm ok pe..byk gak rancangan ilmiah berbanding tv3suku jahanam tu..dah sebijik mcm stesen tivi kat indon aku nampak..memanjang hiburan tarian talkshow realiti tv bangang sinetron bodoh drama leleh
rtm cuba la tiru2 nhk ke kbs ke sikit..segar n fresh je nampak dari segi penampilan..rtm ni so 80's la..suram dan muram je (padahal content dah ok dah) |
|
|
|
|
|
|
| |
|