Zainan sedang berbincang dengan mangsa samun. CHERAS - Seorang pemilik restoran makanan laut di Taman Taynton View, di sini, tidak serik untuk meneruskan perniagaannya walaupun restoran itu pernah disamun oleh kumpulan bersenjatakan parang, awal pagi Sabtu lalu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Phan, 50, menceritakan semula detik cemas yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi itu apabila sekumpulan 10 lelaki bersenjatakan parang bertindak ala ‘mafia’, menyerang dan memukul hampir 50 pelanggan di restoran itu. “10 lelaki itu dipercayai menaiki dua kereta, kemudian meluru ke arah pelanggan sambil mengacukan senjata. “Saya bersama beberapa pekerja berlari ke arah belakang restoran. Sebahagian pelanggan pula menyelamatkan diri dan meninggalkan barang-barang berharga mereka,” katanya.
Menurutnya, kejadian samun itu pertama kali berlaku sejak restoran itu beroperasi 20 tahun lalu. Difahamkan mangsa kerugian RM1,300 dalam kejadian tersebut. Susulan daripada kejadian itu, anggota polis dari Balai Polis Cheras mempertingkatkan rondaan di sekitar kawasan restoran dan kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam itu bagi mengelak kejadian tersebut berulang. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, 26 anggota, diketuai oleh Ketua Balai Polis Cheras, Inspektor Zainan Mohd Ahmad, melakukan rondaan seawal jam 3 pagi dan berakhir kira-kira lima jam kemudian. “Anggota tersebut terdiri daripada peronda kenderaan serba guna (MPV) dan motosikal. Operasi khas itu akan dilaksanakan dari masa ke semasa dalam mempertingkatkan tahap keselamatan masyarakat di kawasan tersebut,” |
4
Bagus |
4
Marah |
8
Terkejut |
4
Sedih |
3
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Peterpan17 posted on 12-6-2013 02:55 AM
Meh ronda kat area rmh aku lak. Tmn Shamelin Perkasa/Pandan Perdana. Area ni panas. Selalu pecah rum ...
mattdemon posted on 12-6-2013 10:11 AM
betul.
penah duduk situ 2 tahun.
kalo keluar malam penyangak dan penyamun lagi ramai dari hantu ...
mattdemon posted on 12-6-2013 10:42 AM
ohh,pasal moto tu sabarla je la bro. kite penat2 kije tuk bayai moto , orang lain senang2 kebas.
ta ...
ADVERTISEMENT