CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1285|Reply: 7

[Tempatan] Polis perhebat rondaan

[Copy link]
Post time 12-6-2013 09:45 AM | Show all posts |Read mode

Zainan sedang berbincang dengan mangsa samun.

CHERAS - Seorang pemilik restoran makanan laut di Taman Taynton View, di sini, tidak serik untuk meneruskan perniagaannya walaupun restoran itu pernah disamun oleh kumpulan bersenjatakan parang, awal pagi Sabtu lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Phan, 50, menceritakan semula detik cemas yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi itu apabila sekumpulan 10 lelaki bersenjatakan parang bertindak ala ‘mafia’, menyerang dan memukul hampir 50 pelanggan di restoran itu.

“10 lelaki itu dipercayai menaiki dua kereta, kemudian meluru ke arah pelanggan sambil mengacukan senjata.

“Saya bersama beberapa pekerja berlari ke arah belakang restoran. Sebahagian pelanggan pula menyelamatkan diri dan meninggalkan barang-barang berharga mereka,” katanya.
Menurutnya, kejadian samun itu pertama kali berlaku sejak restoran itu beroperasi 20 tahun lalu. Difahamkan mangsa kerugian RM1,300 dalam kejadian tersebut.

Susulan daripada kejadian itu, anggota polis dari Balai Polis Cheras mempertingkatkan rondaan di sekitar kawasan restoran dan kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam itu bagi mengelak kejadian tersebut berulang.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, 26 anggota, diketuai oleh Ketua Balai Polis Cheras, Inspektor Zainan Mohd Ahmad, melakukan rondaan seawal jam 3 pagi dan berakhir kira-kira lima jam kemudian.

“Anggota tersebut terdiri daripada peronda kenderaan serba guna (MPV) dan motosikal. Operasi khas itu akan dilaksanakan dari masa ke semasa dalam mempertingkatkan tahap keselamatan masyarakat di kawasan tersebut,”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2013 09:55 AM | Show all posts
Meh ronda kat area rmh aku lak. Tmn Shamelin Perkasa/Pandan Perdana. Area ni panas. Selalu pecah rumah & curi keta/motor berleluasa. Klu setakat 3-4 sebulan tu dah biasa kita org.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:03 AM | Show all posts
ronda siap pasang lampu siren tuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:11 AM | Show all posts
Peterpan17 posted on 12-6-2013 02:55 AM
Meh ronda kat area rmh aku lak. Tmn Shamelin Perkasa/Pandan Perdana. Area ni panas. Selalu pecah rum ...

betul.
penah duduk situ 2 tahun.
kalo keluar malam penyangak dan penyamun lagi ramai dari hantu dan pocong

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:15 AM | Show all posts
mattdemon posted on 12-6-2013 10:11 AM
betul.
penah duduk situ 2 tahun.
kalo keluar malam penyangak dan penyamun lagi ramai dari hantu  ...

Motor aku pernah kena curi bai. Sial punya pencuri tu. Ada sekali tu, pkl 3ptg aku balik rmh coz ada techician aircond nak repair aircond rmh. Aku tunggu dia & tgk dr balcony tgkt 3 dr unit aku. Aku nampak ada 2 melayu dok buka pintu keta kat area parking dibawah. Selamba je durang buka pintu keta tu. Aku tak suspect apa2 pun coz siang2 hari & dia buka pun penuh confident.

Lah!! rupanya pencuri keta. Mlm tu baru aku tau yg ada keta penduduk kat sana kena bawa lari. Siang2 hari pun durang berani buat keja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 10:42 AM | Show all posts
ohh,pasal moto tu sabarla je la bro. kite penat2 kije tuk bayai moto , orang lain senang2 kebas.
tapi kalo cheras belah situ mmg agak 'gelap' sikit kan.
masa duduk situ mmg selalu polis ronda. tapi nampaknya itu tak cukup tuk bendung jenayah.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2013 11:37 AM | Show all posts
mattdemon posted on 12-6-2013 10:42 AM
ohh,pasal moto tu sabarla je la bro. kite penat2 kije tuk bayai moto , orang lain senang2 kebas.
ta ...

2 org polis ronda utk kawasan besar tu bro. Mana cukup. Klu nak dekat2 raya cina, raya puasa ke ko gi kat tepi bulatan belakang sekolah seri bintang tu. Adalah beberapa kerat polis buat kerja pau motorist yg lalu kat situ. Aku durang nak pau tp takde point coz semua cukup. Siap intai2 kat belakang seat penumpang tgk apa aku beli. Aku kata baru balik dr jusco shopping raya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutttyt.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.362897 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list