CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 17 Tahun Pengantin Termuda

18-3-2015 10:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10504| Komen: 88

Remaja 17 Tahun Pengantin Termuda

                                                                  
Pengantin berarak sebelum memasuki dewan untuk bersanding.                                                                     

MUAR - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun menjadi pengantin termuda daripada 26 pasangan yang dinikahkan  pada Majlis Walimatulurus Perdana Daerah Muar 2015 di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini, semalam.

Norazlina Faezzlin Radzali dan suaminya, Mohd Azumali Wagi, 25, mengambil keputusan berkahwin selepas mendapat restu bapanya, Radzali Atan, 54.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, meskipun baharu menamatkan persekolahan tahun lalu, dia tidak menyesal mengambil keputusan berkahwin awal kerana menganggap jodohnya sudah tiba.

Baginya, bukan semua orang berpeluang melalui pengalaman seperti itu (nikah ramai-ramai) dan kenangan ini akan menjadi momen terindah dalam hidup mereka.

“Usia bukan penghalang untuk bergelar isteri, tetapi yang penting kesediaan individu memikul tanggungjawab sebagai isteri pada usia muda,” katanya.

Norazlina Faezzlin berkata, kepada pasangan muda lain yang berniat berkahwin awal, teruskan hasrat jika sudah bersedia.

Namun katanya, mereka perlu mendapatkan restu kedua ibu bapa dahulu supaya perkahwinan dibina beroleh keberkatan dan kekal bahagia.

Radiah Jasa, 21, pula berkata, pakej RM1,900 yang disediakan Pejabat Kadi Daerah Muar, sangat membantu meringankan bebannya dan pasangan untuk mendirikan rumah tangga.

“Tawaran seperti ini juga membolehkan saya menyegerakan perkahwinan yang dirancang dilaksanakan tahun ini.

“Amat bagus sekiranya tawaran ini diteruskan pada tahun akan datang supaya lebih ramai lagi pengantin berpeluang merasai kelebihan yang saya peroleh ini,” katanya.

Sementara itu, Kadi Daerah Muar, Dzulkafli Mohamed berkata, seramai 26 pasangan dari seluruh negara antaranya Johor, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan menyertai program itu dengan bayaran RM1,900 untuk setiap pasangan.

Menurutnya, promosi perkahwinan ini dilakukan menerusi risalah, banting dan Facebook bertujuan meringankan beban dan memudahkan pasangan melangsungkan perkahwinan.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/remaja-17-tahun-pengantin-termuda-1.369612

9

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 17-3-2015 03:03 PM
jangan lupa sambung belajar dek
Quote ib-instaforex 17-3-2015 03:04 PM
tahniah dik
Quote shernazz 17-3-2015 03:04 PM
Makcik sokong adek.
Semoga adek beroleh kebahagiaan...


Makcik sunarti binti suratman..
Parit jawa..muor
Quote bungarose 17-3-2015 03:05 PM
Baju hijau tu ker pengantin perempuan 17thn?
Quote white_musk 17-3-2015 03:05 PM
GhostWalking replied at 17-3-2015 03:03 PM
jangan lupa sambung belajar dek

takde maknanya dik.. somi suruh duk rumah jaga orat dan jaga anak...
Quote mak_wa95 17-3-2015 03:06 PM
baru nak masuk alam perkahwinan dik,manis,indah le..
baru bergelar isteri xsampai sehari,konon2 nak nasihat orang..
orang nak bina kerjaya bagi mantap dulu baru ...
Quote missDollie 17-3-2015 03:09 PM
kecik2 sunat ramai2..dah besar nikah ramai2..how sweet..
Quote FanTasyCreaTioN 17-3-2015 03:12 PM
TAHNIAH dik

best nyer boleh jimat duit

cuma

cuma

tak best skit

kongsi hari bahgia dengan orang .. orang .. orang lain

Quote Suchi 17-3-2015 03:13 PM
takpelah dia abis gak form 5 amik spm bagai
drpd pmr pun xmo amik pastu nk kawen ngn pakwe yg baru 16 tahun.
Quote JandaSedap 17-3-2015 03:15 PM
mcm bulat jer body pengantin perempuan tu...
Quote Vellfire 17-3-2015 03:16 PM
tahniah dik...
Quote miabebe 17-3-2015 03:19 PM
Bak Kate shahrul shiro...

Ku puteh ku puteh kus semangat..

Tahniah dik...
Quote GhostWalking 17-3-2015 03:24 PM
FanTasyCreaTioN replied at 17-3-2015 07:12 AM
TAHNIAH dik

best nyer boleh jimat duit

terpaksa sebab kos kawin dah mahal sekarang.kat sana berapa dik?
Quote wafeloren 17-3-2015 03:24 PM
semoga bahagia adekku
Quote bellaa 17-3-2015 03:27 PM
body alignment dah lari banyak nih..

macam beranak 5

Quote PEPPERMAN 17-3-2015 03:27 PM
baguslah... tp 18 tahun akan datang, harap nasihatkan anak2 belajar dulu, carik bekal ilmu secukupnya. sebab ketika tu cabaran tentulah jauh lebih besar
Quote asfna 17-3-2015 03:35 PM
tahniah..jodoh dah sampai..tapi kalau dapat sambung belajar, sambung la..ilmu tu penting..
Quote amyainsamad 17-3-2015 03:38 PM
thniah dik.....
Quote kokocrunch 17-3-2015 03:41 PM
selamat pengantin baru adik..
moga kekal hingga ke Jannah

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.061102 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top