View: 8434|Reply: 88
|
[Tempatan]
Remaja 17 tahun pengantin termuda
[Copy link]
|
|
Pengantin berarak sebelum memasuki dewan untuk bersanding.
[url=]
[/url]
MUAR - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun menjadi pengantin termuda daripada 26 pasangan yang dinikahkan pada Majlis Walimatulurus Perdana Daerah Muar 2015 di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini, semalam.
Norazlina Faezzlin Radzali dan suaminya, Mohd Azumali Wagi, 25, mengambil keputusan berkahwin selepas mendapat restu bapanya, Radzali Atan, 54.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, meskipun baharu menamatkan persekolahan tahun lalu, dia tidak menyesal mengambil keputusan berkahwin awal kerana menganggap jodohnya sudah tiba.
Baginya, bukan semua orang berpeluang melalui pengalaman seperti itu (nikah ramai-ramai) dan kenangan ini akan menjadi momen terindah dalam hidup mereka.
“Usia bukan penghalang untuk bergelar isteri, tetapi yang penting kesediaan individu memikul tanggungjawab sebagai isteri pada usia muda,” katanya.
Norazlina Faezzlin berkata, kepada pasangan muda lain yang berniat berkahwin awal, teruskan hasrat jika sudah bersedia.
Namun katanya, mereka perlu mendapatkan restu kedua ibu bapa dahulu supaya perkahwinan dibina beroleh keberkatan dan kekal bahagia.
Radiah Jasa, 21, pula berkata, pakej RM1,900 yang disediakan Pejabat Kadi Daerah Muar, sangat membantu meringankan bebannya dan pasangan untuk mendirikan rumah tangga.
“Tawaran seperti ini juga membolehkan saya menyegerakan perkahwinan yang dirancang dilaksanakan tahun ini.
“Amat bagus sekiranya tawaran ini diteruskan pada tahun akan datang supaya lebih ramai lagi pengantin berpeluang merasai kelebihan yang saya peroleh ini,” katanya.
Sementara itu, Kadi Daerah Muar, Dzulkafli Mohamed berkata, seramai 26 pasangan dari seluruh negara antaranya Johor, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan menyertai program itu dengan bayaran RM1,900 untuk setiap pasangan.
Menurutnya, promosi perkahwinan ini dilakukan menerusi risalah, banting dan Facebook bertujuan meringankan beban dan memudahkan pasangan melangsungkan perkahwinan.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/remaja-17-tahun-pengantin-termuda-1.369612
Baru dapat result spm kot.Selamat Pengantin Baru dek
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan lupa sambung belajar dek |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik sokong adek.
Semoga adek beroleh kebahagiaan...
Makcik sunarti binti suratman..
Parit jawa..muor |
|
|
|
|
|
|
|
Baju hijau tu ker pengantin perempuan 17thn? |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking replied at 17-3-2015 03:03 PM
jangan lupa sambung belajar dek
takde maknanya dik.. somi suruh duk rumah jaga orat dan jaga anak... |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak masuk alam perkahwinan dik,manis,indah le..
baru bergelar isteri xsampai sehari,konon2 nak nasihat orang..
orang nak bina kerjaya bagi mantap dulu baru ... |
|
|
|
|
|
|
|
kecik2 sunat ramai2..dah besar nikah ramai2..how sweet.. |
|
|
|
|
|
|
|
TAHNIAH dik
best nyer boleh jimat duit
cuma
cuma
tak best skit
kongsi hari bahgia dengan orang .. orang .. orang lain
|
|
|
|
|
|
|
|
takpelah dia abis gak form 5 amik spm bagai
drpd pmr pun xmo amik pastu nk kawen ngn pakwe yg baru 16 tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm bulat jer body pengantin perempuan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
terpaksa sebab kos kawin dah mahal sekarang.kat sana berapa dik?
|
|
|
|
|
|
|
|
body alignment dah lari banyak nih..
macam beranak 5
|
|
|
|
|
|
|
|
baguslah... tp 18 tahun akan datang, harap nasihatkan anak2 belajar dulu, carik bekal ilmu secukupnya. sebab ketika tu cabaran tentulah jauh lebih besar |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah..jodoh dah sampai..tapi kalau dapat sambung belajar, sambung la..ilmu tu penting.. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat pengantin baru adik..
moga kekal hingga ke Jannah |
|
|
|
|
|
|
| |
|