1.Mencegah Penyakit Asma Kandungan vitamin C yang terkandung di dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma. 2. Mengawal Tekanan Darah Buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan. 3. Mencegah Kanser Sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser. 4. Mengurangkan Kesakitan Otot Tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet. Penyelidik percaya yang asid amino L-citrulline yang terkandung dalam tembikai yang membawa kepada kelebihan tersebut. 5. Kesihatan Kulit Tembikai baik untuk kulit kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang lembab.
6. Atasi Masalah Keradangan Choline dalam buah tembikai membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik 7. Membantu Penghadaman Kandungan air di dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang baik. 8. Membuat Kulit Sihat Berseri Buah tembikai kaya dengan vitamin C dan A yang menjadi nutrisi baik untuk kulit. Makanlah dua atau tiga potong buah tembikai setiap hari dan ia mampu memberikan manfaat baik buat kulit. Asid amino yang terkandung dapat mengubati luka pada kulit dengan cepat. 9. Mata Yang Lebih Sihat Ini adalah kerana buah ini mengandungi betakaroten yang akan diubah di dalam tubuh menjadi vitamin A. Vitamin A merupakan vitamin yang akan menyihatkan organ penglihatan anda. 10. Memperkuatkan Tulang Tubuh Buah tembikai merupakan salah satu buah yang kaya dengan kandungan kalium. Kalium ini berfungsi untuk mempertahankan kalsium dalam tubuh, sehingga tulang dan sendi menjadi lebih sihat dan kuat sepanjang waktu. |
ADVERTISEMENT