CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masyarakat Tak Kisah Kedai Makan Kotor, Janji Makanan Sedap

16-3-2015 11:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8334| Komen: 57

Masyarakat Tak Kisah Kedai Makan Kotor, Janji Makanan Sedap

Gambar hiasan


GEORGETOWN - Sikap tidak kisah tentang kebersihan kedai makan asalkan sedap dilihat seakan sudah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat kita.

Ini dapat dilihat daripada beberapa kedai terkenal di negeri ini yang sentiasa dipenuhi pelanggan walaupun keadaan kebersihan kedai berkenaan mendukacitakan.

Lebih menyedihkan, pelanggan buat-buat tidak nampak dengan tikus yang sering kali melintas di dalam kedai dan terus menjamu selera.

Tinjauan mendapati, ramai pelanggan berpendapat mereka tidak pernah menghiraukan tentang kebersihan dek kesedapan makanan yang dijual.

Pekerja hotel, Nurhusliza Hussin, 33, berkata, orang ramai seharusnya bijak membuat pilihan dengan memilih kedai makan yang bersih.

Menurutnya, masyarakat kini perlu lebih peka dengan keadaan kedai makan sebelum menjamu selera bagi memastikan kesihatan mereka dijamin.

“Masyarakat sendiri perlu memainkan peranan mereka dengan memilih kedai yang bersih. Jangan nak harap makanan sedap saja sedangkan kebersihan tidak dijaga.

“Makhluk perosak seperti tikus dan lipas amat berbahaya.

Kita selalu dengar penyakit kencing tikus, ini yang ditakuti. Bayangkan jika perkara ini terkena pada pelancong luar, apa persepsi mereka terhadap Malaysia?,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi suri rumah, Saudah Judin, 47, pengguna perlu menggunakan kuasa mereka memboikot kedai yang kotor.

Menurutnya, pemilik premis semakin naik kepala apabila kedai mereka tetap menjadi pilihan walaupun tahap kebersihan amat teruk.

“Pengguna perlu memainkan peranan dengan memboikot kedai yang kotor. Ada sebuah kedai nasi kandar di negeri ini, ia memang cukup terkenal namun, kita boleh lihat tikus sering kali lalu lalang di bawah almari yang diletakkan makanan.

“Apa yang menyedihkan, kedai itu tetap menjadi pilihanorang ramai terutama pengunjung dari luar. Bagi mereka, biar kotor tetapi sedap dan lebih menyedihkan, sudah tahu kedai itu kotor, mereka masih menjadi pelanggan tetap,” katanya.


Peka dengan kebersihan

Namun, bagi pemilik kedai makanan Thailand, Asmah Hashim, 50, dia sentiasa memastikan kedainya bersih tetapi tidak dapat mengelak kehadiran makhluk perosak kerana kedainya berdekatan dengan longkang besar.

Bagaimanapun, katanya, dia akan memastikan pekerjanya membersihkan premis itu sebelum selesai waktu perniagaan bagi memastikan tiada kehadiran makhluk perosak.

“Kedai saya ini jual makanan, jika ada bahan mentah seperti ayam, daging dan ikan, tentu akan ada makhluk perosak. Sama juga seperti rumah anda. Namun, saya tidak abaikan sahaja perkara itu.

“Saya akan pastikan pekerja membersihkan premis selain menyimpan bahan mentah di tempat yang sepatutnya bagi mengelak lebih banyak makhluk perosak hadir.

Kedai saya betul-betul di tepi longkang besar, itu antara puncanya,” katanya. Menurutnya, dia juga memastikan premisnya dicuci dengan pencuci khas bagi mengelak kehadiran makhluk perosak terutamanya lipas dan tikus.

“Saya tahu tanggungjawab saya sebagai pemilik premis.

Oleh itu, saya akan pastikan selepas selesai perniagaan, premis harus bersih.

“Saya peka dengan hal ini kerana berniaga juga satu ibadah.

Jika kita buat dengan betul, hidup akan diberkati. Saya bagi orang makan makanan yang bersih, maka rezeki saya akan bertambah,” katanya.


Kerap adakan operasi

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, kekerapan pihaknya  mengadakan operasi sebelum ini menyebabkan ramai pemilik kedai makan menitik beratkan soal kebersihan.

Katanya, ia terbukti apabila semakin kurang kedai makan dan restoran yang diarah tutup kerana kotor dengan kehadiran makhluk perosak.

“Jika kita lihat kepada jumlah premis makanan yang diarah tutup sebelum ini, ia dilihat berkurangan berbanding terdahulu. Dalam operasi terdahulu, sekurang-kurangnya 10 premis diarah tutup kerana kotor namun kini, dengan kekerapan operasi yang
dibuat, kita yakin, ia memberi kesedaran kepada pemilik premis makanan ini.

“Bagaimanapun, pemilik premis jangan mengharapkan kepada operasi sematamata untuk mengekalkan kebersihanpremis,” katanya.

Ku Nafishah berkata, pemilik premis sepatutnya mempunyai kesedaran dalam mengendalikan makanan bagi  menjamin kebersihan kepada pelanggannya.

“Selain diarah tutup, Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga mengenakan kompaun kepada pemilik di bawah Seksyen 32 B (peraturan terhadap diri pengendali).

“Saya minta kepada orang ramai supaya peka dengan premis makanan yang dikunjungi. Sekiranya didapati premis itu kotor atau tidak menepati aspek yang ditekankan, boleh membuat aduan di talian 042017277, 042017235 atau terus datang ke pejabat kesihatan yang berdekatan,” katanya.

Menurutnya, sepanjang tahun lalu, kira-kira 100 aduanditerima berhubung premis yang kotor dan tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan manakala sebanyak 10,031 premis berdaftar dengan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.

18

Bagus
9

Marah
11

Terkejut

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 15-3-2015 04:16 PM
Orang Penang pengotoqqq.. macam babi gantung !!!


oang kelantan jek pembersih..dah ler tu awek depa cun cun wooo..aaaabeee aaaaaabee..toksih laaa behh

perghhhh
Quote peYno 15-3-2015 04:19 PM
ajinomotonosuga replied at 15-3-2015 04:16 PM
Orang Penang pengotoqqq.. macam babi gantung !!!



dah tgk org johor aji???
spender sumpan bawah katil jiiiii
Quote atekome 15-3-2015 04:22 PM
Penang kelantan pngotoq jawa johor jgk yg bersih
Quote fairy_fairy 15-3-2015 04:22 PM
Kepada orang2 yang suka datang KK for the seafood, gerai2 dalam Pasar Filipina dan gerai2 dekat bulatan ikan todak tu pun apa kurangnya. Cuci piring dan gelas pun tepi longkang jer. Source of water pun taktau ambil dari mana hehehe
Quote tahanlasak 15-3-2015 04:23 PM
kebersihan mesti di utamakan ..
Quote ajinomotonosuga 15-3-2015 04:23 PM
peYno replied at 15-3-2015 04:19 PM
dah tgk org johor aji???
spender sumpan bawah katil jiiiii

osmet ko kat jepun ke tu penok? isk isk iskkkk ngopoto de eh
Quote R2D2 15-3-2015 04:24 PM
kawasan pantai dalam
berderet gerai makan dekat kawasan loji
maju pulak tu business
Quote nagapompuan 15-3-2015 04:29 PM
R2D2 replied at 15-3-2015 04:24 PM
kawasan pantai dalam
berderet gerai makan dekat kawasan loji
maju pulak tu business

Asal isle, halal kekdahnya. Laku adja. Bersih belakang kira.
Quote Felycya 15-3-2015 04:35 PM
Restoran kat kuantan kat belakang
Terminal rapid gila kotor !!!.
Tapi orang tetap penuh, ramai,
Tikus toksah cakap la, gile besar besar !.
Ngan lipasnye, tengah makan tukang
Sapu menyapu, habuk trok... Tapi tetap menjadi pilihan ramai lagi lagi bulan puasa nk berbuka.
Quote Al-Patih 15-3-2015 04:37 PM
makang kat warong tepi jalan best...sobab tak payah bayaq sewa, tak yah lesen, oreng kesihatan tak siasat....
Quote miabebe 15-3-2015 06:37 PM
Lagi Kotor lg sedap sbb kt situ LA ajinomoto nye..

Bluerkkkkkkkkk
Quote GhostWalking 15-3-2015 06:40 PM
Memang pun.tipsnya lalu jenguk belakang kedai dapur dan toilet
Quote mesmerize 15-3-2015 06:43 PM
geli aku.. baik masak sendiri meskipun lauk simple
Quote bluehedgehog 15-3-2015 06:53 PM
kotor x kotor, janji halal
Quote Anak_Nogori 15-3-2015 06:54 PM
Makan tempat kotor..otak pun sama kotor...tu yg asik menyalak je tu..
Quote bluehedgehog 15-3-2015 06:58 PM
org tua nogori, lu cakap lu sendiri ke
Quote Vympel77 15-3-2015 07:05 PM
Rattatouille?
Quote Vympel77 15-3-2015 07:06 PM
Rattatouille?
Quote sub5zero 15-3-2015 07:13 PM
Sikit2 malu kt pelancong luar esp kokesen...igt diorg pembersih sgt ke? Nak bersih x pyh la hipokrit.....yg kena penyakit diri sendiri pastu sibuk ckp dh suratan takdir

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.068501 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top