CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cadangan Tukar Lagi Nama-Nama Jalan Di Malaysia

16-3-2015 11:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8215| Komen: 31

Cadangan Tukar Lagi Nama-Nama Jalan Di Malaysia


KUALA LUMPUR: Seorang warga Malaysia yang kini bermaustautin di Sydney, Australia menyeru kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf wira negara yang tidak didendang dengan mengabadikan nama mereka sebagai nama jalan raya di Malaysia.

Pereka grafik, pencerita dan aktivis kepelbagaian kaum Kevin Bathman menerusi akaun Facebooknya telah memuat naik beberapa gambar papan tanda jalan raya yang telah diubahsuai di album “Malaysian Street Sign Tribute for Unsung Heroes".

“Secara jujur, saya buat ini untuk suka-suka. Saya ikuti perkembangan Malaysia dan ini adalah peluang saya untuk memberikan respon dalam bentuk sebuah kerja seni. Saya juga terfikir tentang sumbangan beberapa personaliti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama kepada negara.

“Inilah masanya untuk sumbangan mereka diiktiraf,” kata Bathman ketika dihubungi Astro AWANI.

Ditanya tentang pemilihan nama-nama di album gambar beliau, Bathman berkata mereka ialah antara personaliti yang dikenali dan dekat di hati rakyat Malaysia.

“Banyak lagi nama yang berhak namun ini juga adalah satu peluang untuk memulakan perbualan. Ada yang mungkin setuju atau tidak setuju dengan senarai saya. Sebagai contoh, mungkin ada yang tidak setuju dengan Ambiga Sreenevasan, tetapi ini adalah satu permulaan untuk mendapat maklum balas,” jelas Bathman.





3

Bagus

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 14-3-2015 03:17 PM
Tukar nama2 jalan di kg sudah lah..yang di bandar2 besar xder pekdah nk menyusahkan orang nk hafal nama panjang 7 harakat rakaat segala.

Pprt sngt sis.
Quote Aya_Osman 14-3-2015 03:42 PM
pening pale otak..nnti nak g kl pun bole sesat...kiki...tuka sana..tuka sini...ade pekdah ape...
Quote revolusi_30 14-3-2015 03:51 PM
Tukar jalan2 yg guna nombor di taman2 lagi bagus rasa nya, takda efek besar sangat.  Cth jalan 1/234 tukar gi Jalan Abdullah CD ke.
Quote revolusi_30 14-3-2015 03:52 PM
famri7 replied at 14-3-2015 03:17 PM
Tukar nama2 jalan di kg sudah lah..yang di bandar2 besar xder pekdah nk menyusahkan orang nk hafal n ...

Jln di kg sis banyak guna nama tokoh sis, tokoh setempat mungkin.  Baik di taman2 perumahan je.
Quote white_musk 14-3-2015 03:57 PM
Jalan Tun Danish Heykarl Al Hakimi Ashraf Rayyan Fazreen Aiman Shah
Quote apam 14-3-2015 04:17 PM
Nama jalan pun nak dipolitaikkan.
Quote bazinga 14-3-2015 04:18 PM
Bukan ke lg menyusahkan.. Org nak mudah, n senang ingat
Quote HOHA 14-3-2015 04:20 PM
Ambiga tu letak kat nama jalan Estet sana lah.. kasi perangsang budak budak estet jadi lawyer.
Quote Decaffeinated 14-3-2015 04:29 PM
revolusi_30 replied at 14-3-2015 03:51 PM
Tukar jalan2 yg guna nombor di taman2 lagi bagus rasa nya, takda efek besar sangat.  Cth jalan 1/234 ...

Setuju.

Cara menamakan jalan contoh Jalan 17/43A sangat tidak membantu. Selain susah disebut, tiada sistem yang sama digunapakai di semua tempat. Ada masa ia bermaksud jalan 17 dalam kawasan 43 sebelah A, pada waktu lain ia bermaksud jalan 43, kiri dalam kawasan 17. Lebih memeritkan apabila aturan jalan tidak semestinya mengikut turutan nombor.

bagus bubuh namanya. nak sebut pun senang.

macam negara2 maju lain.



Quote Decaffeinated 14-3-2015 04:39 PM
white_musk replied at 14-3-2015 03:57 PM
Jalan Tun Danish Heykarl Al Hakimi Ashraf Rayyan Fazreen Aiman Shah

With all due respect, even kalau nama sultan panjang sedepa pun tak perlulah nak bubuh semua sampai haji pun nak mention.

Contohi Sydney, George St yang membelah pusat bandar dari utara ke selatan itu sempena King George the 3rd.



Quote Bedah.Cun 14-3-2015 04:49 PM
Eiiii, letak dlm muzium lar!! Pening tauu org nk cek peta! Kau dh duk di OZ bayar tax sane menyebok hal sineh watpe lg???
Quote kelana36 14-3-2015 04:49 PM
kat johor banyak nama parit parit yang guna parit 1,2,3 etc etc. bagi lah kat dia kalau nak sangat..
Quote v(T.T)v 14-3-2015 05:24 PM
Orang IQ rendah mmg suka buat kerja macam ini, kalau cinta sangat dgn mesia, buat apa berhijrah? dahlah berhijrah, tutup mulut aje.
Quote wirazam 14-3-2015 05:28 PM
v(T.T)v replied at 14-3-2015 05:24 PM
Orang IQ rendah mmg suka buat kerja macam ini, kalau cinta sangat dgn mesia, buat apa berhijrah? dah ...

ini mmg win...

Quote asfna 14-3-2015 06:00 PM
v(T.T)v replied at 14-3-2015 05:24 PM
Orang IQ rendah mmg suka buat kerja macam ini, kalau cinta sangat dgn mesia, buat apa berhijrah? dah ...

adakah yg berhijrah tu tak cinta Malaysia? i musykil....so kalau duduk luar Malaysia memang takleh amik tahu langsung pasal Malaysia?
Quote Al-Patih 15-3-2015 05:24 AM
bukang dapek hasil untuk rakyat...kalu tukar namo jalan....
Quote Muntz 15-3-2015 06:28 AM
Satu benda aku heran. Kenapa banyak sangat nama jalan di Malaysia nie dibagi nama Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn? Aku taulah diorg bekas PM, tapi perlu ker banyak sangat? Almost setiap tempat inci tanah kat Malaysia nie ada jalan nama diorg? Pastu byk nya tokoh politik jah. Mcm mana dgn tokoh bidang lain?
Quote jazaa 15-3-2015 06:34 AM
Menyusahkn org lah....

Mcm jln duta tu....dah sebati dah teriba tukar je jln apa ntah.....menyusahkn org je....

Jln gurney tu, dah dari kecik aku panggil jln gurney pastu tukar ke jln semarak.....aku tetap panggil jln gurney....
Quote Decaffeinated 15-3-2015 11:58 AM
v(T.T)v replied at 14-3-2015 05:24 PM
Orang IQ rendah mmg suka buat kerja macam ini, kalau cinta sangat dgn mesia, buat apa berhijrah? dah ...

berhijrah tu sebab merajuk....

kalau ditanya secara jujur siapa yang boleh lupa kampung halaman macam tu je.... sedangkan jenerasi kedua immigran pun kekadang masih terasa connection dengan negara asal melalui cerita2 yang didengar, apa lagi kalau saban tahun balik kg ziarah tok nenek....

it probably takes a few generations to get over it, if ever.


Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.039303 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top