CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Solat Serentak Jumaat Ini

12-3-2015 05:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7981| Komen: 31

Solat Serentak Jumaat Ini


Gambar hiasan


JOHOR BAHRU – Seluruh masjid di Johor  diminta mengadakan solat sunat istisqa’ serentak pada Jumaat ini bagi memohon kepada ALLAH SWT agar diturunkan hujan berikutan fenomena cuaca panas El Nino yang berlaku sejak pertengahan Februari lalu yang dijangka berlarutan sehingga April ini.   

Penasihat Majlis Agama Islam negeri, Datuk Noh Gadut berkata, solat sunat Istisqa' tersebut disarankan dilakukan serentak selepas solat Jumaat.

“Perkara ini (solat sunat istisqa')  turut mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahukan semua masjid di negeri ini mengadakan ibadah itu serentak memohon diturunkan hujan kerana cuaca panas berlarutan.

“Kita juga akan mengadakan bacaan Yassin dan solat Istisqa’ di Empangan Sembrong,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Noh berkata, solat sunat mohon hujan di empangan tu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Noh memaklumkan kewajaran untuk melakukan solat minta hujan meskipun keadaan masalah bekalan air di negeri ini masih belum berada pada peringkat kritikal.

Fenomena cuaca panas ini telah menyebabkan kemerosotan air di empangan dan loji-loji rawatan sehingga beberapa kawasan di negara ini mulai dibekalkan air secara berjadual termasuk di daerah Kluang, Johor.

Solat Istisqa’ ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan bertujuan memohon kepada ALLAH SWT menurunkan hujan bagi mengatasi kemarau panjang.

Ia merupakan sunat muakkad iaitu sangat dituntut bagi umat Islam di sesuatu tempat yang telah lama mengalami kemarau, musim kering, berjerebu dan kesukaran memperoleh sumber air yang boleh mengakibatkan kesihatan terjejas, tanaman mati dan binatang ternakan kebuluran dan memerlukan air (hujan).

6

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lina66 12-3-2015 01:28 PM

kat sini ujan slalu petang2... afternoon cuaca very the hot..
Quote revolusi_30 12-3-2015 01:40 PM
Org kata Sultan ada daulat, mgkn lepas kemahkotaan hujan turun dgn melimpah ruah membasahi mahkota johore ..
Quote krustykrab 12-3-2015 02:10 PM
kat KL ok je...ada hari panas, ada hari hujan so nyaman nyaman je
Quote pittjie 12-3-2015 02:12 PM
kat PJ pun hujan almost tiap petang. Alhamdulillah. Hari yang feng shui ramalkan tak hujan (tuk buat Open House CNY) pun hujan jgk. udah  sifu tu kena jeling je dgn bos aku.
Quote Simunggu 12-3-2015 02:14 PM
bila tak ada air..baru sebok pasal isu air....

bila musim hujan...baru nak refer banjir besar tahun lepas....

apa ni.....???
Quote dubuk 12-3-2015 02:50 PM
kawasan saya ini alhamdullilah dah mula turun hujan

tapi malam tetap rasa bahang panas
Quote Star_el 12-3-2015 03:04 PM
revolusi_30 replied at 12-3-2015 01:40 PM
Org kata Sultan ada daulat, mgkn lepas kemahkotaan hujan turun dgn melimpah ruah membasahi mahkota j ...

are u serious?
Quote vandergooh 12-3-2015 03:24 PM
Best solution johor kena buat empangan baru beli dari dari pahang pula...
Quote nuralisa 12-3-2015 03:27 PM
aha..kl ptg2 ujan elok jer.. malam2 shah alam pulak hujan...
Quote cmf_kunyit 12-3-2015 03:27 PM
bukan ke negeri selangor yg ada masalah air?
Quote missyqaldina 12-3-2015 03:41 PM
kl buat masa ni hujan lagi...tggu la akhir bulan 3 ni smpai bulan 4 nnt...msti panass giloss...
Quote JandaSedap 12-3-2015 03:44 PM
hujan pun ala2 manjer jer kat kl ni....sendu sgt....
Quote kentel 12-3-2015 04:18 PM

don't be stupid..of course sarcasm
Quote ira_229 12-3-2015 04:28 PM
Edited by ira_229 at 12-3-2015 04:30 PM
Lina66 replied at 12-3-2015 01:28 PM
kat sini ujan slalu petang2... afternoon cuaca very the hot..

tulah sebelah je...tengok kat tingkap ni pun dah mendung...semalam pagi hujan jugak...
pagi tadi perasaan pokok2 tepi jalan dah start keluar bunga ala2 sakura...dapatlah feeling2 musim bunga kat jepun..

Quote Lina66 12-3-2015 04:54 PM
ira_229 replied at 12-3-2015 06:28 PM
tulah sebelah je...tengok kat tingkap ni pun dah mendung...semalam pagi hujan jugak...
pagi tadi  ...


a'ah.. kan..

kat sini langit pon dah mendung je... redup je..
Quote Star_el 12-3-2015 04:57 PM
kentel replied at 12-3-2015 04:18 PM
don't be stupid..of course sarcasm

Bukan ape,aku dah pernah jumpa beberapa org yg taksub betul bab daulat2 ni XD
kira high level la sarcasm kamu,sampai org ingat bebetul hahaha
Quote Al-Patih 12-3-2015 05:01 PM
krustykrab replied at 12-3-2015 02:10 PM
kat KL ok je...ada hari panas, ada hari hujan so nyaman nyaman je

kenapoh oreng klumpor tak  buwek baco yasin dan solat Istiqa kat empangan Ulu Klang atau Batu.....poong adoh hujang????
Quote krustykrab 12-3-2015 05:08 PM
Al-Patih replied at 12-3-2015 05:01 PM
kenapoh oreng klumpor tak  buwek baco yasin dan solat Istiqa kat empangan Ulu Klang atau Batu..... ...

mano la eden tau...kuaso tuhan...kalau tuhan kato idak idak la jawabnya..
Quote Al-Patih 12-3-2015 05:15 PM
krustykrab replied at 12-3-2015 05:08 PM
mano la eden tau...kuaso tuhan...kalau tuhan kato idak idak la jawabnya..

Bonar tu jang.....

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.073009 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top