LadyLista - Seorang peminat fanatik Rihanna, Saha Ridge telah menzahirkan kefanatikkannya dengan mentatu dadanya dengan "Queen of Barbados". Sarah memiliki tatu yang sama yang dimiliki oleh Rihanna iaitu bentuk hati di lengan. Dan dia memilih muka rihanna sebagai pilihan gambar di dada, dan belakang badan. Dia telah menjalani 14 kali operasi dibawah jarum.
Sarah yang berumur 23 tahun ini telah menghabiskan lebih 2 ribu paun semata-mata untuk hobi gila dan telah menghabiskan 48 jam dibawah jarum panas. Tidak terkecuali, dia juga mentatu bahagian bawah dada sama seperti Rihanna. Menurut Sarah, ibunya merayu untuk dia tidak pergi jauh dengan mentatu keseluruhan badan dan ramai kawannya beranggapan dia akan menyesal dikemudian hari. Namun, dia berpegang pada prinsip : "Ultimately, as long as I love my tattoos, that's all that matters."
Jangan nanti menyesal kemudian hari sudahlah! |
ADVERTISEMENT