LadyLista - Di Jepun mereka terkenal dengan Kafe Neko yang membolehkan anda bermain dengan kucing comel. Tetapi di Korea Selatan kafe kucing adalah terlalu mainstream maka mereka menghasilkan kafe kambing biri-biri.
Thank Nature Cafe yang terletak di Seoul membolehkan anda makan sambil bermain dengan bebiri yang hidup di dalam kafe. Ianya dibuka oleh Lee Kwang-ho sejak 2011 dan tahun ini bisnes semakin baik kerana tahun ini ialah tahun kambing. Beliau mendapat idea membuka kafe kambing kerana menyedari ramai orang bandar Seoul mahu bermain dengan kambing tetapi ladang kambing terletak jauh di luar bandar. Good idea.
|
ADVERTISEMENT