New York Umum Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha Sebagai Cuti Sekolah
Datuk Bandar New York, Bill de Blasio berkata, keputusan itu dibuat sebagai satu titik perubahan bagi satu kumpulan masyarakat yang telah menghadapi pelbagai diskriminasi sejak serangan 11 September 2001. Beliau berikrar untuk menjadikan New York itu lebih toleransi dan inklusif serta menambah dasar baharu yang bakal diperkenalkan pada musim persekolahan akan datang sebagai satu lambang keadilan. Melalui pengumuman yang disampaikan di gimnasium sebuah sekolah di Bay Ridge Rabu lepas, de Blasio yang ditemani aktivis Muslim serta pegawai-pegawai bandar turut disoal mengenai tentangan yang bakal dihadapi ekoran keputusannya. “Bagi yang hendak mengkritik, mereka perlu melihat kembali Perlembagaan AS. Negara ini dibentuk untuk menjadi sebuah negara yang mempunyai pelbagai kepercayaan dan budaya,” katanya. Sekolah-sekolah di daerah lain seperti Vermont, Massachusetts dan New Jersey terlebih dahulu telah menjadikan perayaan umat Islam itu sebagai cuti umum sekolah dan New York menjadi bandar terbesar yang melaksanakannya buat kali pertama. Dalam pada itu, aktivis Islam menyifatkan pengumuman datuk bandar itu sebagai kemenangan besar dan tanda-tanda bahawa badan itu telah matang dalam soal polisi awam. – AGENSI
|
9
Bagus |
18
Marah |
14
Terkejut |
14
Sedih |
14
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
TuntungReturn replied at 7-3-2015 08:33 AM
islam telah menang!
Dalam pada itu, aktivis Islam menyifatkan pengumuman datuk bandar itu sebagai kemenangan besar dan tanda-tanda bahawa badan itu telah matang dalam soal polisi awam
white_musk replied at 7-3-2015 08:56 AM
ohhhh tidakkkkk
zjen posted on 7-3-2015 09:33 AM
kalu lenkali amerika jadi negara Islam, satu dunia punya pompuan kene pakai tudung, satu dunia pun ...
white_musk replied at 7-3-2015 09:37 AM
satu dunia jadi taliban
ADVERTISEMENT