CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Video@CARI Gaya Hidup Lihat artikel

8 Ultraman Berentap Di Genting

9-3-2015 03:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27811| Komen: 27

Fyruz Hanna



Dulu-dulu rasa tak sabar sangat, lepas balik sekolah, letak beg sekolah, terus terpacak depan televisyen semata-mata nak tengok Ultraman. Bayangkan superhero kegilaan dulu lepas habis cerita, pasti ada sahaja watak yang ingin diberangankan. LadyLista paling ingat Ultraman Taro, Tiga dan segala tok nenek Ultraman lah pendek kata. Siap buat koleksi lagi permainan Ultraman. 


Sedikit sejarah mengenai Ultraman, siri adiwira ini berasal daripada negara Jepun dan telah bertapak seawal tahun 1966. Orang Jepun memanggilnya 'Urutoraman ' merupakan Ultra pertama (menurut cerita) yang datang ke bumi demi misi menyelamatkan bumi daripada raksasa dan makhluk jahat. Seperti kebiasaan cerita fiksyen yang lain, Ultraman yang kehilangan kuasa akan ditunjukkan oleh lampu kelip-kelip didada dengan bunyi [tee-nong-tee-nong]. Pasti ramai kanak-kanak yang menjerit kerana Ultraman kesayangan mereka semakin hilang kuasa dan tenaga. Tapi!! Nanti dulu, pastinya Hero takkan mudah menyerah kalah kan. Lalu Ultraman bangkit melawan raksasa.

Kalau dulu kita hanya melihat menerusi kaca televisyen, kini peminat Malaysia boleh bertemu sendiri dengan Ultraman secara 'live' di Genting. Jangan tak tahu ya, persembahan ini merupakan persembahan pertama dari Tsuburaya Production dengan semua krew keluar dari Jepun. Hebat kan?!


Kesemua krew diterbangkan khas dari Jepun dengan segala kecanggihan mereka dengan aksi-aksi yang memang mengujakan lah! Siap ada raksasa besar lagi, memang mengimbau sangat sewaktu zaman kecil-kecil semasa melihat aksi Ultraman.

Siri Ultraman yang popular ke 100 buah negara ini, menampilkan 8 Ultraman di Genting International Showroom. Pendek kata seperti 'reunion' puak-puak Ultraman lah untuk selamatkan bumi. Antara Ultraman yang turut serta adalah Ultraman Zero, Ginga, Tiga, Seven, Taro, Cosmos dan Mebius serta 2 watak jahat kaiju Alien Baltan dan Ultraman Belial.


Bermula pada 19 Februari sehingga 29 Mac 2015 ini anda berpeluang untuk melihat lebih dekat bagaimana Ultraman selamatkan bumi. Selain itu juga, anda berpeluang untuk memiliki barangan eksklusif Ultraman dengan diskaun 30%. Harga tiket seperti dibawah :



Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.rwgenting.com/


-Cari Infonet


14

Bagus
26

Marah
23

Terkejut
21

Sedih
21

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miabebe 5-3-2015 09:59 AM
Miabebe mmg minat sgt otomen tp dulu2 la
Quote kejoraria 5-3-2015 10:28 AM
Ultraman Taro ngan Ultraman Seven
Quote sikatkutu 5-3-2015 10:30 AM

macam best je ni. otemen fakry xde ke

[youtube]NX-pA2w-SGg[/youtube]


Quote mayaBB 5-3-2015 10:31 AM
sikatkutu replied at 5-3-2015 10:30 AM
macam best je ni. otemen fakri xde ke

Otomen Jepun tak hallo hallo ke? dekat  Fakri.. hahahaha best jugak kalau Fakri join lawak raksasa
Quote sikatkutu 5-3-2015 10:34 AM
mayaBB replied at 5-3-2015 10:31 AM
Otomen Jepun tak hallo hallo ke? dekat  Fakri.. hahahaha best jugak kalau Fakri join lawak raksasa ...




otemen mana tau cakap kelate. x boleh nak communicate
Quote fatehana 5-3-2015 10:36 AM
STONER replied at 5-3-2015 10:23 AM
apa pulak buat julung kali. bkn dah byk kali ke

x sangka otomen leh kecek kelate
Quote mayaBB 5-3-2015 10:50 AM
sikatkutu replied at 5-3-2015 10:34 AM
otemen mana tau cakap kelate. x boleh nak communicate

Bukan dorang boleh pakai kuasa ape tu mcm cakap dlm hati tu.. ahahahah adoii Fakry xbole blah la..

Quote prettyuglybabe 5-3-2015 11:12 AM
kalu kena fire, raksaksa tu berkecai tak nanti?
Quote tungkai 5-3-2015 11:32 AM
Gaduh resakse pastu makan mee..Siyal laa...
Quote dodolgemok 5-3-2015 11:43 AM
Otromen taro kena ade,legend tu
Quote dodolgemok 5-3-2015 11:44 AM
prettyuglybabe replied at 5-3-2015 11:12 AM
kalu kena fire, raksaksa tu berkecai tak nanti?

Kalau nak berkecai kena masuk panggung 7d,nnti setepek taik kucing lekat kat muka penonton.hehehe...
Quote MissNigga 5-3-2015 11:55 AM
sikatkutu replied at 5-3-2015 10:30 AM
macam best je ni. otemen fakry xde ke

kekekekeke... kelakoooo
Quote Mr.Virus 5-3-2015 12:02 PM
budak2 sekarang ade upin-ipin dengan boboiboy jah
Quote belacan_gurl 5-3-2015 12:13 PM
Da pi tgk .....mmg best...... kita yg tua ni  pun jerit teruja tauuu
Quote kerunai 5-3-2015 12:22 PM


ulrtaman n ultrawomen melayu siap siaga menyerang bumi

haipppp
Quote RED 666 5-3-2015 02:29 PM
sikatkutu replied at 5-3-2015 10:30 AM
macam best je ni. otemen fakry xde ke

Malaysia sebenarnya dah ada atromen rasmi yg direka oleh syarikat pembuat atromen, tsuburaya iaitu atromen ribut dalam siri upin ipin
Quote CrowneGlory 5-3-2015 02:33 PM
Kalau setakat buat kat genting, kirim salam la aku nk bawak anak tgk, tmpt jin & iblis bersidang...
Quote cicakgemok 5-3-2015 02:41 PM
Ultraman zero anak ultraseven paling femes era ini..banyak filem ultraman dia watak utama..apa2 pun ultraman ace tetap menjadi pujaan aku
Quote mirage_46 5-3-2015 02:45 PM
ultramen taro @lil_honey

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.060518 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top