[Video] Billionaire Zionis Warisi Cip Paling Canggih Dalang Mh370? Antara yang hangat dibincangkan menerusi laman maya seluruh dunia ialah kemungkinan insiden itu sebenarnya sudah dirancang rapi sekumpulan pemodal Zionis antarabangsa bagi mewarisi satu paten cip rahsia paling canggih pernah dicipta. Kononnya, sekumpulan empat penyelidik cip mikro dikenali sebagai KL-03, versi terbaharu daripada KL-02; berada dalam pesawat Boeing 777 itu dalam perjalanan pulang ke tanah air di Suzhou, China selepas sekian lama bertugas di Malaysia. Kilang Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, Selangor. – Gambar hiasan Peidong Wang, Zhijun Chen, Zhihong Cheng dan Li Ying merupakan pencipta cip paling berkuasa itu dan berkhidmat dengan kilang pembuatan berpusat dari Texas, Amerika Syarikat (AS), Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, Selangor. Mereka malah termasuk dalam kumpulan 20 petugas firma teknologi tinggi itu dipercayai dalam perjalanan untuk mengembangkan cawangan kilang tersebut di Tianjin, China dan sudah memfailkan paten cip itu di AS pada 21 Disember 2012. Cip berkenaan yang dibangunkan sejak 50 tahun lalu berfungsi sebagai alat komunikasi medan perang, sistem avionic, radar HR jalur L dan S, pemanduan peluru berpandu, perang elektronik serta sistem pengenalan sahabat dan musuh. Prototaip bentuk cip mikro paling canggih di dunia, KL-03. Malangnya, hak cipta atau paten cip itu hanya berkuat kuasa pada 11 Mac 2014 dan menurut peraturan AS, jika pemohon dan pencipta produk tersebut meninggal dunia, hak ke atas ciptaan berkenaan akan diwarisi pemegang penama. Di sinilah timbul teori konspirasi kerana secara kebetulan penama itu ialah Freescale Semiconductor dengan pemiliknya, Jacob Rothschild sendiri, billionaire Zionis yang nenek moyangnya menjadi pemodal sistem perbankan dunia Barat. Perkara ini bertambah ‘panas’ kerana firma itu dalam kenyataan selepas peristiwa kehilangan MH370 pada 8 Mac 2014, menjelaskan bahawa kesemua staf mereka adalah jurutera teknikal dan pakar berpengalaman dalam bidang cip canggih. Jacob Rothschild Tidak pasti apakah agenda tersirat Rothschild, 78 tahun, beria-ria mahu mewarisi paten cip KL-03 sehingga sanggup menyebabkan satu tragedi besar dengan mengorbankan 239 nyawa tidak berdosa dalam pesawat MAS berkenaan. Untuk rekod, warga British ini yang dianggap penderma pemurah ialah presiden kehormat Institut Penyelidikan Dasar Yahudi dan amat bertanggungjawab dalam merangka strategi 100 tahun perancangan Zionis ke atas masyarakat dunia. Mungkin tanpa disedari, kejadian MH370 sengaja direka pihak Zionis sebagai teknik ‘false flag’ bagi menutup satu isu besar dengan mewujudkan isu baharu yang tampak realiti, namun melibatkan harga tidak ternilai untuk dibayar. – Agensi
|
FOTHER-MUCKER replied at 7-3-2015 11:05 PM
Yahudi juga dapat nama. Kan setiap kejadian tu telah tertulis sebelum manusia lahir lagi. Tuhan tela ...
Acong replied at 8-3-2015 01:11 AM
lu bodoh kaa? bebal? OKU? tak tau ada google boleh search?
http://www.freescale.com/webapp/sps/ ...
FOTHER-MUCKER replied at 8-3-2015 01:18 AM
Wa cerita pasal tuhan sama Yahudi lah acong. Bukan pasal itu cip
ADVERTISEMENT