Putri Mardiana & Kekasih Ditangkap Basah Kali Kedua! Shah Alam: Pelakon wanita yang pernah ditangkap khalwat dengan suami orang Disember tahun lalu sekali lagi ditangkap khalwat dengan orang yang sama di sebuah rumah di Subang Mewah, Subang Jaya, awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim mengesahkan penahanan pelakon berusia 34 tahun itu yang juga janda beranak tiga. Katanya, pelakon terbabit ditahan kira-kira jam 4 pagi selepas pihaknya menerima maklumat awam mengenai kehadiran mereka di rumah berkenaan. "Pelakon terbabit bersama pasangannya ditahan mengikut Seksyen 29(1)a&b Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat," katanya kepada Harian Metro, petang ini. Harian Metro sebelum ini melaporkan pelakon terbabit ditahan penguat kuasa agama di sebuah kondominium di Ukay Perdana, Disember tahun lalu. Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/35327#sthash.h7TrON1O.dpuf
|
mak_wa95 replied at 7-3-2015 07:20 PM
perghhhhh...
kali ke 2 tu,mmang xserik la..anak 3 dah..umur 34 tua dah
ib-instaforex replied at 7-3-2015 07:23 PM
siapa ni..sorry tt tak tahu artis mana ni
mak_wa95 replied at 7-3-2015 07:26 PM
kan saya tulis wartawan..
saya tak kata tt atau pembuka thread..
ib-instaforex replied at 7-3-2015 07:30 PM
kawe tahu sis tuju kat wartawan ..tapi kawe nak tahu siapalah gerangan artis 2 ya
myvios replied at 7-3-2015 07:39 PM
http://www.ohbulan.com/putri-mardiana-kekasih-ditangkap-basah-kali-kedua/
ib-instaforex replied at 7-3-2015 07:23 PM
siapa ni..sorry tt tak tahu artis mana ni
ADVERTISEMENT