BINTANG cantik ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa selebriti kacak Hollywood termasuk Joe Jonas, Taylor Lautner, Jake Gyllenhaal, Conor Kennedy dan Harry Styles. Namun, kesemua hubungan yang dibina hanyalah seketika sahaja apabila tiada satu pun yang kekal bersama pelantun lagu, Blank Space ini. Walaupun hubungan itu kecundang di tengah jalan, namun setiap kisah cinta yang terjalin akan dimuatkan dalam karya lagu-lagunya untuk dijadikan kenangan. Setiap kisah, lain cerita cintanya, Taylor Swift menganggap dirinya bukanlah wanita yang bertuah dalam soal cinta dan perhubungan asmara. Menerusi temu bual bersama rancangan antarabangsa, Swift atau nama sebenarnya, Taylor Alison Swift, 26, memberitahu bahawa kemungkinan besar dia akan bersendiri hingga ke usia 30 tahun. "Melihat kepada perjalanan cinta yang terdahulu, saya merasakan bahawa saya akan terus keseorangan buat jangka masa yang panjang. "Sejujurnya, tidak ada manusia yang sengaja merelakan diri untuk tidak mempunyai teman ataupun terus hidup sendiri kerana kehidupan kita akan lebih gembira sekiranya ada seseorang yang bersama setiap masa. "Namun, buat masa ini, biarlah saya dengan kehidupan sendiri kerana itu yang lebih baik daripada mempunyai hubungan yang tidak mampu kekal lama," katanya lagi. Swift memberitahu, walaupun tiada teman di sisi, namun itu tidak bermakna dia tidak mampu menghasilkan karya-karya luar biasa menerusi pemerhatiannya terhadap kehidupan sekeliling. Malah, kejayaannya di Brit Awards baru-baru ini, membuktikan bahawa karya nukilannya mampu menjadi yang terbaik walaupun terpaksa melayari kehidupan yang sunyi. Berjaya meraih trofi untuk kategori, International Female Solo Artist menerusi lagu, Shake It Off, Swift menewaskan calon-calon lain termasuk St. Vincent, Sia, Lana Del Rey dan Beyonce. Ia merupakan kemenangan pertama Swift di Brit Awards 2015, penyanyi ini mendedikasikan kemenangannya kepada beberapa teman yang bernama Ed Sheeran, Cara, Ellie dan Sam. "Saya sangat beruntung memiliki anda semua dalam hidup saya. Tahun ini adalah tahun paling istimewa buat saya dengan terhasilnya album, 1989. Ia memberi kejayaan luar biasa buat saya," katanya ketika berada di pentas majlis anugerah berkenaan.
|
ninjago replied at 5-3-2015 05:41 PM
Dia nie cam senang2 je nak tukar boyfriend. Aku rasa dia yg cepat boring kot. pastu dump the bf. heh ...
ninjago replied at 5-3-2015 05:41 PM
Dia nie cam senang2 je nak tukar boyfriend. Aku rasa dia yg cepat boring kot. pastu dump the bf. heh ...
Lolzer replied at 21-9-2015 03:15 PM
Taylor makim hot demand makin tinggi gittuu
ADVERTISEMENT