CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Dapatkan Tangan Selembut Bayi

5-3-2015 12:58 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1658| Komen: 0

Siapa kata kalau sibuk dan asyik buat kerja rumah tapak tangan tak boleh jadi halus dan lembut??? Baiklah, sila abaikan cakap-cakap orang di luar sana yang mengatakan kalau tapak tangan seseorang tu halus (yang perempuanlah) sama ada dia tak pernah buat kerja rumah atau tak tau nak buat kerja rumah, tak semestinya tau, sebab kita ni kan kaya dengan tips2 kecantikan bagaimana untuk memperbaiki keadaan sesuatu tu.

Yang bakal bertunang ke, nak kahwin ke pun kena ambil perhatian ni...takkan nak biarkan orang rasa jari jemari kita kasar masa sarung cincin kannn??? Tak divalah... and malulah..oleh itu, kalau nak tapak tangan halus dan lembut apa kata cuba ni???

Ambil 1 camca besar minyak zaitun dan 2 camca besar gula pasir.

Cuci tangan terlebih dahulu dengan sabun dan keringkan.
Campurkan minyak zaitun dan gula pasir pada tapak tangan.
Gosokkan sebagaimana mencuci tangan dengan sabun.
Biarkan beberapa minit dan kemudian bila dengan air suam.
Uols akan dapat rasakan tapak tangan uolss lebih halus daripada sebelumnya.
Selain cara kat atas ni, uols juga boleh menghaluskan tapak tangan dengan menggunakan kulit pisang, avokado, kentang dan limau nipis.

PISANG
Ambil kulit pisang dan gosokkan pada tapak tangan. Amalkan selalu sehingga tapak tangan uols halus. 

AVOKADO
Ambil sedikit isi buah avokado. Oles dan gosokkan pada tapak tangan. Lakukan beberapa kali. 

KENTANG DAN LIMAU NIPIS
Untuk menghaluskan tapak tangan dengan menggunakan kentang dan jeruk nipis, ambil kentang yang telah diparut, gosokkan parutan kentang pada tapak tangan. Biarkan setengah jam, kemudian bersihkan dengan jus limau nipis.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.023757 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top