CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Jom kurangkan bau kaki

2-3-2015 04:22 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1720| Komen: 0

Description: Masalah bau kaki boleh di atasi dengan cara menggunakan baking soda.

Bau kaki bukanlah kerana kita pengotor dan mengambil remeh mengenai penjagaan kaki. Penyebab bau kaki secara biologinya adalah kerana disebabkan oleh peluh pada kawasan kaki yang telah bercampur dengan bakteria. Inilah yang menyebabkan timbulnya bau yang tidak menyenangkan, ‘melekat’ walaupun sudah dibersihkan dengan air dan sabun.


Oleh sebab itulah sangat penting untuk kita merawat setiap inci bahagian tubuh termasuklah mengatasi masalah bau kaki ini. Lebih-lebih lagi, orang akan menilai diri kita daripada cara kita menjaga kebersihan seluruh tubuh kita.

Bayangkan jika anda ke tempat yang memerlukan 


Berikut beberapa cara mudah yang boleh anda cuba untuk mengatasi masalah bau kaki tersebut

Bersihkan Kaki Secara Rutin

Penyebab terbesar bau kaki adalah adanya peluh pada kawasan kaki yang telah bercampur dengan bakteri. Jadi, anda perlu rajin membersihkan kaki setiapkali memakai kasut. Selalulah membersihkan kaki kerana ia boleh membunuh bakteria-bakteria yang melekat.

Khasiat Air Perahan Lemon
Lemon sangat berkesan untuk membantu mengatasi bau pada kaki. Caranya sangat mudah, rendam kaki anda dengan air perahan lemon. Tambahkan sedikit air sejuk, dan biarkan selama 10-15 minit. Lakukan setiap hari. Air perahan lemon ini sangat berguna untuk mengawal kelembapan kaki serta memberikan bau segar pada kaki.

Serbuk Kopi
Terlalu banyak khasiat kopi, di antaranya boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk mengatasi bau kaki. Anda cuma perlu masukkan sedikit serbuk kopi di dalam plastik atau uncang, lalu di simpan di bahagian bawah kasut anda.

Tabur Baking Soda
Masalah bau kaki boleh di atasi dengan cara menggunakan baking soda. Caranya taburkan baking soda pada kasut untuk mencegah bau yang tidak sedap pada kaki. Fungsi lain baking soda ialah menjaga kaki agar  tetap kering ketika melakukan aktiviti.

Tips Ekstra!

Cuci kaki dengan sabun dan air suam dua kali sehari, kemudian keringkannya sehingga ia benar-benar kering.
Gunakan  stoking material cotton agar kaki tidak lembab.Hindari penggunaan stoking yang diperbuat daripada bahan nylon.
Pakai sandal yang terbuka pada bahagian depan, terutama ketika cuaca sedang panas. Ketika di rumah, biarkan kaki anda bebas.
Jangan pakai kasut yang sama selama dua hari berturut-turut. Sebaiknya gunakan kasut lain ya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.031313 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top