#Filem Amerika#
1. Lebih 50 peratus daripada populasi masyarakat adalah FBI/CIA agent yang menyamar sebagai orang biasa (undercover). 2. Tujuan sekolah di Amerika tak lebih daripada untuk menaikkan bola keranjang dan baseball. Seperti tak ada sukan lain.
3.Jika Amerika buat cerita mengenai Alien, pastinya Alien paling suka untuk menyerang US. Macam tak ada negara lainlah Alien mahu serang. 4.Hanya di US anda dapat lihat puntianak dan serigala jadian. Yang peliknya, puntianak dan serigala jadian ini moden sama seperti manusia zaman sekarang. #Filem Buatan Cina# 1. Filem buatan Cina sememangnya mengagungkan seni mempertahankan diri iaitu kung fu. Macam tak ada cara lain yang lagi hebat selain daripada kungfu. 2. Dalam adegan kebanyakkan filem buatan cina, pastinya manusia yang ada kungfu itu boleh terbang. 'Now..everyone can fly', kata orang. Filem buatan India 1. Paling tidak, pasti ada kembar yang dilahirkan jahat. 2. Dalam adegan untuk memusnahkan bom, pastinya hero apabila memotong wayar, TAK PERNAH TERSALAH PILIH WAYAR YANG BETUL. 3.Setiap hero yang berlakon pasti tidak akan tunjuk kesakitan apabila dipukul 100 orang penjahat sekali (baca: WOWW...Kuatnya), tapi apabila seorang gadis membasuh luka mereka... Alahai kemain sakit muka. 4.Detektif (hero) hanya mampu selesaikan sesuatu kes apabila hero tersebut digantung kerja. 5. Apabila scene menari bermula, semua orang di jalanan tiba-tiba tahu step secara tak memasal. 6. Jangan hairan ya! Setiap hero itu mampu untuk mengangkat kereta dengan sebelah tangan. |
ADVERTISEMENT