1.Barack Obama Ya! President Amerika Syarikat ini mempunyai abang ipar yang keluarganya berasal dari Sabah. Dr Konras Ng teruja apabila mengetahui asal usul keluarganya kini diketahui seluruh dunia. Dia yang merupakan seorang Professor di University of Hawaii (UHM) berkahwin dengan kakak Obama (sama ibu lain bapa). 2.Shaun Maloney Bekas pemain Aston Villa dan kini pemain Celtic sebenarnya layak bermain untuk Malaysia! Dilahirkan di Sarawak, dia dan keluarga kemudiannya berpindah ke Scotland, dimana beliau boleh mewakili negara ini 37 kali.
Soalan: Sebelum kamu menyinar di Scotland untuk hampir 10 tahun, pernahkah Persatuan Bolasepak Malaysia menghubungi kamu atas tiket kelayakan? "Nah..mereka tidak pernah menghubungi saya. Saya juga layak untuk bermain untuk negara lain juga. Bapa saya seorang Inggeris dan nenek saya Welsh, tapi akhirnya Scottish FA yang benar-benar menyedari bakat saya.' Shaun Maloney 3. Guy Sebastian Berasal dari Klang, pemenang Australia Idol ini terkenal bukan hanya kerana rambut super cool tetapi kerana kemampuannya dalam bidang muzik. 4. Gwen Stefani Suami Gwen, Gavin Rossdale sebenarnya mempunyai keluarga yang tinggal di Kuala Lumpur! Jadi jangan terkejut jika anda terserempak dengan Gwen sedang makan di kedai mamak. 5. Yin Chang Pastinya anda mengenali beliau dengan nama 'Nelly Yuki' dalam drama siri Gossip Girl, tapi tahukah anda bahawa dia merupakan cucu kepada Dr Teng Beng Chew, pelukis terkenal tanah air. 6. Andy Lau Satu daripada empat Raja Cantopop, Andy atau nama sebenarnya Lau Tak Wah berkahwin dengan Carol Chu. Merupakan seorang rakyat Malaysia. 7. Lee Gaze Menganggotai satu kumpulan rock terkenal Lastprophets, Gaze berkahwin dengan Syirin Said (pakar komunikasi Malaysia). Dia dikurniakan seorang anak bernama Daniyal Rehan.
|
ADVERTISEMENT