CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat Kuasa Suria Mungkin Mula Jelajah Dunia Sabtu Ini

3-3-2015 05:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3223| Komen: 4

Pesawat kuasa suria mungkin mula jelajah dunia Sabtu ini

Solar Impluse 2 menjalani ujian penerbangan ketiga, sebelum mendarat di  Lapangan Terbang Al-Bateen, pada Isnin. 


ABU  DHABI, 2 Mac: Sebuah pesawat berkuasakan suria berjaya  menempuh ujian penerbangan buat kali ketiga di Emiriyah Arab Bersatu (UAE),  pada Ahad, menjelang jelajah mengelilingi dunia bagi mempromosikan  tenaga alternatif.

Ujian penerbangan selama sejam itu adalah yang  ketiga dilakukan di Lapangan Terbang Al-Bateen yang kecil, di Abu Dhabi.

Menurut ketua-ketua misi, juruterbang tidak  melaporkan sebarang masalah.

Penganjur berharap, Solar Impulse 2 boleh  memulakan jelajah dunianya seawal Sabtu ini, namun ia perlu bergantung kepada  keadaan cuaca.



Solar  Impluse 2 dilengkapi sayap seperti sebuah pesawat B747. 

Projek itu adalah hasil kajian dan ujian selama  13 tahun oleh dua juruterbang Switzerland, Bertrand Piccard dan Andre  Borschberg, sekalipun industri penerbangan pada mulanya mempersendakan idea  mereka itu.

“Kami cuba memperkenalkan teknologi bersih dan  tenaga boleh diperbaharui yang boleh kami lakukan,” kata Piccard.

Pesawat itu dilengkapi lebih 17,000 sel suria  pada kedua-dua sayapnya sepanjang 72 meter, hampir sama panjang dengan pesawat  A380.

Pesawat gentian karbon itu hanya seberat  2.3 tan, hampir sama berat dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda atau kurang  satu peratus daripada berat sebuah pesawat A380.

Ia turut dilengkapi kokpit lebih besar yang  boleh memuatkan seorang juruterbang dengan selesanya, selama lima hari  berturut-turut.

Jelajah dunia itu akan menyaksikan pesawat  berkenaan berlepas dari Abu Dhabi ke Muscat, sebelum merentasi Laut Arab ke  India.

Piccard  (kiri) dan Borschberg akan menerbangkan Solar Impluse 2 secara bergilir-gilir. 
Ia kemudiannya akan menuju Myanmar, China,  Hawaii dan New York.

Pendaratan juga dijadual dilakukan di  Midwestern, Amerika Syarikat serta selatan Eropah mahupun Afrika Utara, jika  cuaca mengizinkan.

Pesawat itu adalah urutan kepada Solar Impulse,  sebuah pesawat lebih kecil yang boleh terbang selama 26 jam pada 2010, bukti  kemampuannya untuk menyimpan tenaga secukupnya dalam bateri litium ketika siang,  bagi membolehkanya terbang pada waktu malam.

Pesawat terbaru itu boleh terbang pada kelajuan  50 hingga 100 kilometer sejam, manakala kelajuan pada waktu malam lebih rendah,  bagi mengelakkan ia kehabisan kuasa bateri terlalu cepat.

Juruterbang akan dihubungkan dengan pusat  kawalan di Monaco dan pesawat itu dijangka tiba di Abu Dhabi pada Julai  nanti.

25

Bagus
18

Marah
41

Terkejut
19

Sedih
25

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (147 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ResellerMaxis 2-3-2015 05:14 PM
Pesawat terbaru itu boleh terbang pada kelajuan  50 hingga 100 kilometer sejam, manakala kelajuan pada waktu malam lebih rendah,  bagi mengelakkan ia kehabisan kuasa bateri terlalu cepat.


giler..bila nak sampai destinasi..sekarang 8-16x lagi laju dari kelajuan pesawat ni..pjalanan yang sekarang makan masa 12 jam..boleh jadi seminggu kalau naik pesawat ni..
Quote Loxlaxman 2-3-2015 05:14 PM
Bila nak buat keter ade dinding solar .. minyak dah naik pulak nih.
Quote BotakChinPeng 3-3-2015 03:03 PM
Tak heran ah
Quote GhostWalking 3-3-2015 05:28 PM

amboii apa yang abam bcp heran kalau camtu.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.038284 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top