|
Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al-Quran Dalam Instagram? KECOH jadinya atmosfera dunia hiburan apabila selebriti antarabangsa, Lindsay Lohan didakwa memuat naik gambar ayat Al-Quran dalam laman akaun Instagram miliknya. Seakan pelik dan aneh, gambar tersebut sekaligus heboh diperkatakan masyarakat netizen seluruh dunia. Perkongsian ayat Al-Quran yang bermaksud ‘Ya Tuhanku, tingkatkan aku dengan ilmu pengetahuan’ dan ‘Ya Allah, aku memohon kepadamu ilmu pengetahuan yang bermanfaat’ dilapor telah dimuat naik Lindsay Lohan beberapa jam yang lalu. ![]() Lindsay yang cukup sinonim sebagai bintang penuh kontroversi seakan tidak boleh lari dari menimbulkan pelbagai persoalan dan pertanyaan para peminat. Rata-rata peminat dilihat cuba mempersoalkan status agama yang dianuti aktres wanita popular ini. Bagaimanapun, ada peminat yang mendakwa perkongsian ayat Al-Quran tersebut tidak boleh menggambarkan agama seseorang. Pun begitu, kita tidak boleh menidakkan hidayah yang diturunkan Allah SWT kepada insan yang terpilih.
|
gusikuberdarah replied at 2-3-2015 10:22 PM
mne tau nti dia masuk islam..bertudung gitu...
adikfatin replied at 3-3-2015 12:16 PM
aku ada tgk vlogger youtube...aku suka betul tgk dia...senang sungguh hidayah Allah dia dpt. melalui ...
ADVERTISEMENT