CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

Nasi Kunyit Rendang Daging

2-3-2015 04:47 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1974| Komen: 0

Nasi Kunyit

Bahan-bahan:

2 kg beras
2 camca besar serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
500 ml santan pekat
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan (disimpul)
Cara Memasak:

Pulut dicuci, kemudian masukkan ke dalam bekas, tuang air sehingga pulut tenggelam, tambah serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan asam gelugor dan biar pulut terendam semalaman atau sekurang-kurangnya 8 jam. Kemudian toskan dalam penapis dan keluarkan asam gelugor.
Panaskan pengukus, ambil bahagian atas kukus (yang berlubang). Alas bawahnya dengan tudung periuk. Pastikan saiznya menutup lubang-lubang kukus, dan tudung periuk dalam keadaan.

Kemudian tuang pulut yang anda toskan tadi ke dalam pengukus. Ratakan dan biar sekejap. Letak daun pandan dan angkat kukus berisi pulut dan terus letak atas air mendidih. Tutup dan kukus selama 25 minit.
Sementara itu, bancuhkan garam dengan santan pekat, kacau rata. Angkat pulut dari kukus dan alihkan ke dalam bekas besar. Curahkan santan pekat sedikit demi sedikit atas pulut dan gaul rata. Buat hingga santan habis.
Masukkan kembali pulut dalam kukus dan sambung kukus selama 25 hinnga 30 minit atau sehingga pulut masak dan lembut. Boleh sedia dihidangkan.
 

Rendang Daging

Bahan-bahan:

2 kg daging lembu pejal, dipotong kiub, cuci dan toskan
2 kuntum bunga kunyit (hiris halus)
2 helai daun kunyit (hiris halus)
5 helai daun limau purut
2 liter santan
Air panas secukupnya
5 camca besar kerisik
4 camca besar rempah kari daging
Cili kisar
3 keping asam gelugor
2 camca besar hirisan gula melaka
Garam secukup rasa
Bahan-bahan kisar:

2 biji bawang besar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 inci belacan
2 inci kunyit hidup
30 biji cili padi
12 batang serai (hiris halus)
Bahan-bahan tumis:

1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
5 biji bawang merah (hiris halus)
2 ulas bawang putih, (hiris halus)
Cara memasak:

Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari, kacau rata hingga sebati.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.
Masukkan rempah kari dan bahan kisar halus tadi dan masak hingga terbit minyak dan rempah garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan, kacau dan biar mendidih hingga pekat.
Masukkan garam (sedikit dahulu), kerisik, asam gelugor dan daun limau purut. Kacau rata dan terus memasak hingga sedikit kering. Kalau masa ini daging masih agak keras, tuang sedikit air panas dan sambung masak, guna api kecil.
Masukkan gula melaka dan sedikit lagi garam. Kacau rata dan masak hingga rendang kering tapi masih lembap.
Masuk hirisan bunga dan daun kunyit, gaul rata dan masak lagi.  Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Hidangkan bersama nasi kunyit yang siap dimasak tadi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.018233 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top