Uss New York : Kapal Dibina Dari Besi Runtuhan Wtc Proses pembersihan tapak mengambil masa yang agak lama dan hanya siap sepenuhnya pada March 2003! Kesemua kesan runtuhan WTC dipindahkan ke sebuah bekas tapak pembuangan sampah yang dipanggil Fresh Kill.
Ianya terletak di Pulau Staten, New York. Fresh Kill mungkin nama yang agak "macabre" untuk dijadikan kawasan pelupusan runtuhan WTC tetapi "KILL" disini bukan bermaksud bunuh. Fresh Kill sebenarnya berasal dari bahasa Belanda yang bermaksud Anak Sungai . Yep.. KILL ialah anak sungai dalam bahasa Ruud Van Nistelrooy. Anyway Fresh Kill dijadikan pusat pelupusan kesan runtuhan kerana ianya terletak hampir dengan Ground Zero. Sisa-sisa WTC diangkut menggunakan tongkang ke Fresh Kill. Sepanjang proses pelupusan kesan runtuhan berpuluh ribu sisa tubuh manusia ditemui. Sepuluh tahun selepas 911 masih terdapat lebih 12 000 sisa tubuh manusia yang masih tidak diketahui siapa pemiliknya kerana kesukaran mendapatkan profil DNA. Sisa tubuh ini disimpan dengan harapan ada teknologi di masa hadapan yang membolehkan pengenalpastian kelak.
Terdapat juga besi WTC dijual sebagai besi sekerap kepada syarikat besi sekerap di China dan India. Sebagai contoh 50 000 tan besi dijual kepada syarikat BAOSTEEL dari China. Penjualan ini menimbulkan kemarahan warga New York yang merasakan besi WTC tak sepatutnya dijual apatah lagi kepada syarikat asing.
Untuk menambahkan kemarahan besi WTC ini dijual pada harga USD120 per tan sedangkan harga pasaran pada ketika itu ialah USD 160 per tan. Tapi tak semua besi WTC dijual. Sebagai contoh pada tahun 2003 tunjang haluan kapal USS New York dibina dari 7.5 tan besi WTC. USS New York ialah kapal pengangkut kapal amfibia danBoeing Osprey milik Tentera Laut Amerika dan digunakan dalam misi "menentang keganasan" mereka di Iraq. Bebarapa tan besi WTC juga disimpan di hangar Lapangan Terbang John F Kennedy sebagai bahan sejarah manakala lebihan yang masih tinggal ditanam di Fresh Kill. Hope this answers your question Ahmad Shubaili Aku menerima soalan dari pembaca Blogserius Ahmad Shubaili yang berbunyi;
"Apa terjadi kepada besi dari bangunan WTC? Selepas proses pembersihan kemana ianya dilupuskan?" Well Ahmad Shubaili I will answer this question for you and other Blogserius readers. Ini soalan yang bagus dan aku enjoice buat research pasal benda ini. Pertama sekali sebanyak 185,101 TAN besi dikutip dari tapak Ground Zero. |
ADVERTISEMENT