CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Hafiz Suip Diarahkan Jalani Fisioterapi Setahun

27-2-2015 05:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11809| Komen: 29

Hafiz Suip Diarahkan Jalani Fisioterapi Setahun

Hafiz perlu menjalani rawatan fisioterapi selama setahun.




PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Suip terpaksa akur apabila perlu menjalani rawatan fisioterapi selama setahun di sebuah hospital swasta di Subang Jaya dekat sini akibat kecederaan pada bahagian tulang belakangnya (slipped disc) bulan lalu.

Hafiz, 25, berkata, biarpun kecederaan tersebut sudah pun pulih namun dia masih perlu melakukan rawatan tersebut bagi memastikan dia benar-benar bebas penyakit itu.

"Kecederaan slipped disc itu telah menghimpit beberapa saraf lain pada badan saya. Biarpun ia semakin pulih namun doktor mahu saya menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang.



"Biarpun perlu berulang-alik ke hospital dalam jangka masa setahun ini tetapi saya akur demi kesihatan saya," katanya kepada mStar Online.



Hafiz ketika mendapatkan rawatan di hospital.


Terdahulu, Hafiz dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit pada bahagian belakang badannya akibat tercedera semasa bermain futsal.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, biarpun dia kini kelihatan sihat namun dia dinasihatkan tidak melakukan sebarang kerja berat selain berdiri terlalu lama.


"Kesakitan yang saya alami sebelum ini memang teruk dan Alhamdulillah sekarang saya semakin pulih dan mengikut semua arahan yang doktor berikan.

"Pun begitu saya kini kembali aktif mengambil undangan nyanyian tetapi lebih berhati-hati dalam pergerakan saya," katanya.
4

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lagubestbest 27-2-2015 03:42 AM
Ramai sakit seumur hidup sebab slipped disc sekarang ni.. alhamdulillah hafiz ni kira mampu sembuh,
Quote Orix 27-2-2015 05:51 AM
Lagubestbest replied at 27-2-2015 03:42 AM
Ramai sakit seumur hidup sebab slipped disc sekarang ni.. alhamdulillah hafiz ni kira mampu sembuh,

sebab dpt detect awal mse mude mudi ad high possibility utk pulih balik.. selalu slip disc ni org tak perasan.. igtkan sakit belakang... igtkan sakit sendi otot etc.. dah 10 tahun pstu sakit sgat bru la nk gi wt check up bru sedar ad slip disc.. mse tu dah tua.. badan dah tak lentur nk wt fisio segala.. plg2 pn operation.. itu pn ad possibility utk paralyze.. lg2 klau dekat c3 c4 c5 dekat ngn saraf tunjang.. doc pn fikir panjang kalo nak operate..
Quote yusryimran 27-2-2015 07:05 AM
take good care... semoga lekas sembuh
Quote ecahaha 27-2-2015 08:07 AM
memang sakit slipped disc ni.. sian hafiz.. get well soon!!
Quote Mr.Virus 27-2-2015 08:22 AM
Bertabhla hafiz
Quote cemp 27-2-2015 08:23 AM
slip disc ngan skoliosis mana yg serius ek...
Quote cahayahati 27-2-2015 08:33 AM
Get well soon my dear Hafiz..
Quote marshmallow88 27-2-2015 08:36 AM
semoga cepat sembuh
Quote Lunitun 27-2-2015 08:52 AM
Semoga cepat sembuh hafiz
Quote luvpierre 27-2-2015 09:13 AM
xpela ulang alik hospital
demi kesihatan
Quote zuliana29 27-2-2015 09:14 AM
get well soon hafiz. & selamat bertunang...

Quote tomet05 27-2-2015 09:50 AM
take care la kan
Quote jetrofa 27-2-2015 07:30 PM
slipped disc ni kalau tak d rawat boleh lumpuh waist down (selisih)
mcm mana heol dpt masalah ni...pernah accident ka?
elok ler teww di rawat awal2 untuk persediaan malam pertama nanti...kang susah pula
tak silap sabhi saddi pun ada masalah yg sama..
Quote mitnick 27-2-2015 08:44 PM
kesian sakit gini.. teringat member jatuh moto bertahun2 br detect rupanya slipped disc... smpi tahap cucuk steroid punyalah xtahan sakit..
Quote Kak-Leen 27-2-2015 11:18 PM
Akak slipped disc. Teruk 14 thn lepas. Sebelah kebas sampai x blh jalan.. 3 tahun intensive phsio. Alhamdulillah, blh drive dan ,cm biasa balik tp last week akak gi urut dan tukang urut tu tekan kat tulang yg sakit tu.. Punyalah sakit! Ni tukang urut baru.. Sblm ni tukang urut mmg x usik tulang belakang..huhuhuu..
Quote nadieya 27-2-2015 11:20 PM
Lagubestbest replied at 27-2-2015 03:42 AM
Ramai sakit seumur hidup sebab slipped disc sekarang ni.. alhamdulillah hafiz ni kira mampu sembuh,

betul. my mom sampai skrg still x bila jalan x berapa stabil. dah 3 tahun dah...
slipped disc mmg bahaya...
Quote Kak-Leen 27-2-2015 11:22 PM
cemp replied at 27-2-2015 08:23 AM
slip disc ngan skoliosis mana yg serius ek...

Scoliosis kan.. Kalau silap, harap mahapkan..

Ada kawan akak sorang scoliosis. Ketinggian dia makin berkurangan sbb tulangnya meembengkok. Tp dia amalkan pilates dan beberapa exercise yg therapist kata membantu perlahankan pembengkokan tulang dia..
Quote anno_miss 27-2-2015 11:22 PM
speedy recovery to apis...
Quote melinda_kerr 27-2-2015 11:23 PM
Sian dan sgt memahami. Actually klau dah slip it won't heal forever. Akan sakit jugak. Like my case take few years untuk kurangkn sakit. Good luckla dik.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.291023 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top