Maharajas Express ialah perkhidmatan keretapi mewah yang ditawarkan di India. Ia mempunyai 5 koc deluxe, 6 koc suite kecil, 2 koc suite besar dan satu koc kelas Presiden.
Kesemua bilik didalam koc ini dihiasi dengan cukup mewah sekali dan untuk koc suite dan presiden dilengkapi dengan tandas persendirian lengkap dengan tab mandi! Bagi menunjukkan lagi kemewahan Maharajas Express mempunyai 2 koc dewan makan yang juga dihiasi macam rumah pegawai kerajaan korup makan duit rakyat. No seriously memang mewah gila Maharajas Expres ini. Selain hiasan dalaman yang opulent pihak Maharajas Exprees menyediakan seorang butler bagi setiap bilik kelas presiden dan suite besar. Kelengkapan skrin LCD dan internet jalur lebar juga disediakan. Harga tiket Maharajas Express ialah diantar USD800-2500 sehari. Termasuk dalam pakej mewah ini ialah perkhidmatan pemandu pelancong disetiap bandar keretapi ini berhenti. Maharajas Express ialah inisiatif kementerian pelancongan India bagi menarik pelancong kaya yang mahu mengembara keserata India dalam keadaan mewah dan selesa. Amaciem? Ada duit lebih?
|
ADVERTISEMENT