CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Genji Buskers: Kutipan Bertambah Waktu Demo

26-2-2015 05:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2260| Komen: 0

Genji Buskers: Kutipan bertambah waktu demo

Kumpulan penyanyi jalanan, Genji Buskers mengakui jumlah kutipan wang diterima daripada pengunjung bertambah sewaktu demonstrasi jalanan berlangsung khususnya depan pusat membeli belah Sogo.

Vokalisnya Mustam Mustapa berkata sebelum ini mereka beberapa kali mengadakan persembahan depan pusat membeli-belah itu ketika demonstrasi berlangsung dan mendapat jumlah kutipan yang lebih berbanding hari biasa.

"Saya telah melalui beberapa episod perhimpunan aman sebelum ini termasuk yang tidak aman.

"Bila berlaku himpunan aman sebenarnya, ia impak yang bagus (pendapatan meningkat). Saya juga pernah lalui benda yang sama, waktu ada kereta polis terbalik, waktu itu saya busking," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini Astro Awani melaporkan kumpulan Caliph Buskers mempertikaikan perhimpunan 'Kita Lawan' yang dianggotai aktivis Adam Adli sebagai mengganggu periuk nasi pemuzik jalanan.

Pada Sabtu lalu perhimpunan 'Kita Lawan' bagi mendesak pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung di Sogo yang menyaksikan aktivis Adam Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa ditahan.

Mereka ditahan bawah seksyen 143 Kanun Keseksaan itu berkaitan dengan Akta Himpunan Aman 2012 bagaimanpun dibebaskan keesokkan harinya.

Menurut Mustam lagi, ketika perhimpunan itu berlangsung Sabtu lalu, Caliph Buskers tidak berada di situ kerana mengikut stesen radio Hot FM ke Port Dickson.

Dapat kaw kaw

"Saya pun tak tahu dia bercakap bagi pihak siapa," katanya yang sudah lima tahun menjadi penyanyi jalanan.

"Yang perform di Sogo pada hari itu adalah kumpulan Sentuhan Buskers, mereka dapat kaw kaw (banyak) income (pendapatan) pada hari itu, saya tahu kerana ada yang beritahu. Separuh dari beg mereka penuh duit," katanya lagi.

Menurutnya lagi, beliau khuatir ada pihak yang berada di belakang Caliph Buskers sehingga mereka berani mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan usia kumpulan insan istimewa cacat penglihatan itu masih baru.

Sementara itu, seorang lagi penyanyi jalanan Nik Jidan turut mengakui pendapatannya meningkat ketika demonstrasi berlaku namun sekiranya sudah disembur dengan gas pemedih mata beliau tidak dapat meneruskan nyayian.

Forum : http://bit.ly/1EtYScU

"Makin banyak dapat pendapatan ketika berdemonstrasi, namun tidak tentu juga kalau FRU sudah sembur kita tidak juga dapat perform," katanya.

Beliau berkata, kebiasaanya sebelum hari demonstrasi berlaku, beliau sudah menjangkakan sesuatu yang akan berlaku dengan mengikuti perkembangan semasa.

"Biasa kalau hari demo saya tidak akan fokus kepada wang yang diterima tapi saya akan bawa gitar ke jalan raya dan menyanyi lagu rakyat atau lagu yang sesuai dengan keadaan waktu itu," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.112221 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top