CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beca Melaka bakal dipatenkan

10-6-2013 02:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2307| Komen: 5

Description: Antara pengayuh beca yang mengambil bahagian pada program perarakan beca di Dataran Sungai Melaka. Melaka Tengah: Beca Melaka yang menjadi identiti negeri ini sejak sekian lama, akan dipatenkan tidak ...


Antara pengayuh beca yang mengambil bahagian pada program perarakan beca di Dataran Sungai Melaka.

Melaka Tengah: Beca Melaka yang menjadi identiti negeri ini sejak sekian lama, akan dipatenkan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman, berkata usaha melindungi beca melalui hak paten bertujuan memastikan pengangkutan pelancongan itu tidak ditiru negeri lain.

Ketika ini, katanya, ada lebih 250 beca bernaung dengan Persatuan Beca Pelancongan Negeri Melaka (PBPNM) manakala paten turut membabitkan rekaan hiasannya.

“Kita menyokong penuh usaha PBPNM melindungi kenderaan mereka dengan mempatenkan nilai eksklusif itu, seiring peruntukan undang-undang.

Strategi pemasaran

“Apabila beca dipaten dan diiktiraf Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), ia mampu memberikan pulangan berganda kepada pemilik berkenaan menerusi strategi pemasaran atau penjualan hak, pelesenan dan francais hingga ke pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Perarakan Beca Berhias sempena Hari Harta Intelek Negara dan Festival Antarabangsa Sungai Melaka di Dataran Sungai Melaka di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi MyIPO, Datuk Abdul Manan Ismail; Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Azizan Mohamad Sidin dan Pengerusi PBPNM, Kapten (B) Khalid Ahmad.

Hasan turut berharap semua pengusaha beca berusaha meningkatkan perkhidmatan bagi mengembangkan industri pelancongan di negeri ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jonlabu 10-6-2013 12:09 PM
tukang becak indon tak klaim ke?
Quote gaara_X 10-6-2013 12:24 PM
wah....tak masuk book malaysia rekod ke?....ahaks!!
Quote abil_tetra 10-6-2013 12:31 PM
global....kemana tuh

btw baru je tgk 2 mgu lps...xde la mende pon..takat hias bunga2, ada kartun2
pastu psg lagu ikut la customer tuh...mende yg nak dipaten tuh
Quote lasagnaklcc 10-6-2013 12:39 PM
mentang2 baru ada IP day kat melaka....terus nak patenkan beca
Quote nonok22 15-7-2016 01:47 PM
Unikkkkkkk....

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.043450 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top