Perhimpunan 20,000 Orang Melayu, Sabtu Ini
Setiausaha Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, program itu akan memberi penekanan kepada usaha memperkasakan konsep maqasid syariah yang berteraskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) secara konsisten. Menurut beliau, setelah usaha itu membuahkan hasil, agenda seterusnya iaitu pembangunan orang Melayu dapat dilaksanakan secara teratur. “Kita boleh bekerjasama dalam semua perkara yang melibatkan kepentingan bersama orang Melayu seperti agama, pendidikan dan ekonomi. “Saya percaya matlamat itu tidak mustahil untuk dicapai sekiranya semua pihak yang berkepentingan memainkan peranan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Hasan mengulas tentang penganjuran Perhimpunan Gerakan Perpaduan Melayu anjuran MPM di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini pada Sabtu ini. Perhimpunan yang dijangka disertai lebih 20,000 orang termasuk ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin politik, ahli akademik dan orang ramai itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan pembangunan orang Melayu dengan berlandaskan konsep maqasid syariah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan amanatnya dalam perhimpunan yang dijadualkan bermula pada pukul 5 petang itu. Orang ramai juga dinasihatkan membawa sejadah atau telekung sebagai persiapan untuk menyertai solat Maghrib berjemaah di lokasi perhimpunan.
|
7
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
10
Sedih |
7
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anak_Nogori replied at 26-2-2015 12:29 AM
Alhamdullilah..persetankan setan2 tu semua..ni perpaduan melayu.
tepisket.. replied at 26-2-2015 12:50 AM
Alahai, dah la panas. Nak g beratur ramai2. Mngarut je keje korg ni. Gi perhimpunanni muka kena masu ...
Perhimpunan yang dijangka disertai lebih 20,000 orang termasuk ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin politik, ahli akademik dan orang ramai itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan pembangunan orang Melayu dengan berlandaskan konsep maqasid syariah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan amanatnya dalam perhimpunan yang dijadualkan bermula pada pukul 5 petang itu.
tungkai replied at 26-2-2015 01:32 AM
Sabtu depan tak boleh ke? Sabtu ni kucing nak beranak laa..
Modngengade replied at 26-2-2015 06:49 AM
Alhamdulillah.....akak syak ummah bukit dan jinjang akan mula menyalak....
Sekor dah masuk dah
ADVERTISEMENT